BERNAMA melaporkan pengguna yang didapati menyalahgunakan rangkaian internet untuk
menyebarkan fitnah atau mengedarkan kenyataan berbentuk ancaman, boleh didakwa
mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.
Setiausaha Parlimen Kementerian Tenaga,
Komunikasi dan Multimedia Chia Kwang Chye ketika menjawab soalan tambahan Senator
Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman berkata jika sabit kesalahan, seseorang itu boleh
didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.
Katanya,
mengikut seksyen itu, adalah menjadi kesalahan jika seseorang menggunakan mana-mana
kemudahan atau perkhidmatan rangkaian, meminta atau menghantar apa-apa komen,
permintaan atau cadangan yang berunsur lucah, ancaman, jelek sifatnya dengan niat
untuk menyakitkan hati, mengugut atau mengganggu orang lain secara berterusan atau
berulang.