MAHU MENULIS DI LAMAN MINDA RAKYAT?
Assalammualaikum...
Saya sudah lama mengikuti perkembangan laman
reformasi serta laman menentang fitnah e-umno. hampir setiap hari saya menjenguk
laman-laman ini dan hampir boleh dikatakan ketagih untuk mendapatkan
maklumat-maklumat.
Untuk makluman tuan webmaster, saya seorang guru
di M****** S*** dan terlibat menyediakan laman web sekolah. Rakan-rakan sejawatan
saya begitu gemar membaca dan bijak mengulas berita-berita reformasi.. sehingga saya
merasakan pandangan mereka adakalanya bernas dan ingin saya kongsikan bersama
rakyat...namun saya agak khuatir untuk menulis kalau-kalau tidak diterima..
Jadi
saya dengan ini ingin membuat permohonan untuk menjadi lidah penyambung pendapat
rakan-rakan dan saya sendiri...di laman milik rakyat.
Nota webmaster:
Jangan gusarkan diri dan minda
anda untuk menulis di laman ini. Hakikatnya laman ini diwujudkan sebagai memenuhi wadah
perjuangan dan jihad kepada anda yang meyakini bahawa adanya hari pembalasan dan sebagai
bekalan 'jariah' yang berpanjangan.
Jihad bukannya bererti mengangkat
senjata di medan perang sahaja. Sebaliknya ia meliputi peringkat yang sesuai dengan
kehendak semasa dan sezaman. Di alaf ini kita sudah disediakan dengan alam siber sebagai
medan jihad alaf baru. Justeru itu mulakan dari sekarang, jangan bertangguh untuk
kepentingan agama dan tanah air.
Selamat berjihad!!