“Ummi Nasuha”:BUKAN ORANG BARU DALAM PERJUANGAN
REFORMASI.
Mungkin kita jarangkali mendengar nama pena “Ummi Nasuha” di laman-laman reformasi
biasa. Tetapi saya pernah berinteraksi (menggunakan nick yang berlainan) bersama-sama
beliau di Laman Reformasi “WebAntu” satu masa dulu (makluman: Webmaster Asst.
‘WebAntu” pada penilaian saya antara ilmuan IT paling tinggi tahap kepakarannya).
Bagi
saya “Ummi Nasuha” tidak asing lagi dengan nama penulis wanita yang serasi dalam
minda kita – seperti adik Dahlia dan Tun Teja.
Sebagai seorang yang berkeluarga
dan telah dikurniakan cahaya mata, mungkin adik “Ummi Nasuha” tiak mempunyai masa
yang terluang banyak. Tetapi, sebagai seorang yang pernah menjejak tulisan beliau sejak
WebAntu dilancarkan, nampak kepada saya beliau (seorang yang berpendidikan tinggi)
adalah jelas berjiwa kental, berpandangan jelas melalui titipan penanya yang memang
mencabar!! Beliau tahu menggunakan masa yang terluang dan memanfaatkannya untuk kita
bersama.
Pertama kali saya membaca tulisan beliau di laman reformasi (diluar
WebAntu) ialah LamanWeb Minda Rakyat. Pendek saja tulisan beliau. Namun apa yang beliau
dijelaskan memberi makna yang besar.
“Ummi” menulis seperkara yang jarangkali
kita anggap sebagai penting iaitu peranan “Sticker Pada kereta”. Kita jarang
memikirkan impak yang memungkinkan peranan “sticker” sebagai satu kaedah perjuangan
yang dapat diwar-warkan melalui cara paling simple dan tepat.
Dimana-mana pun
kita nampak kenderaan seperti bus-bus, lori dan taksi (termasuk kereta persendirian)
menggunakan “Sticker untuk memberitahu pelbagai pihak mengenai sesuatu perkara.
Seseoang melekatkan sticker bertulis “University of Syracuse” memberi pengertian
bahawa beliau lepasan IPT luar negeri. Bermakna beliau pernah terdedahan diluar negara
dan berpendidikan pula.
Jika kita melihat sticker berbunyi “Bahai is a way of
life”, mungkin kita akan menjangka, Mahathir pun kawan se mazhab dengan pemandu kereta
itu!!
Dipendekkan, sticker bertujuan untuk dijadikan sebagai daya dan tarikan
untuk memberi orang ramai pengertian dan pemahaman mengenai sesuatu perkara yang
disogokkan itu. Pentafsirannya mungkin lebih luas, lebih bermakna dan terbuka.
Tafsirannya tidak ‘restricted’.
Dalam “window” di komputer kita pun,
pasti kita diberi tanda-tanda sebagai maklumat – samada “bakul sampah”, “brief
case”, tanda ‘delete’ menggunakan tanda ‘pangkah’, dll. Lambang-lambang itu
memberi kita tafsiran semulajadi, selari dengan ‘intelligence’ kita. Kalau gambar
muka Mahathir tersiar, akan kita masukkan kedalam bakul sampah saja!! Daripada komputer
menanggung “sial”nya lebih baik ‘dibakulsampahkan’ saja!! Padan muka dia!!
Malah,
(sekadar bergurau cuma) jika anda pergi ke hotel-hotel mewah pasti anda tidak akan
tersalah masuk ruang tandas “wanita”, walaupun tidak ditulis panjang-panjang
memberitahu “Ini bukan bilik tandas untuk lelaki, jangan masuk nanti kena pelempang
sang suami”, dll. Seorang pondan seperti “Hisham Aw-aw” pun tahu, masakan anda
seorang reformis tidak pula!!….. Heheheh….!!
Seriously speaking, jika membaca
rumusan seorang karyawan pengiklanan Barat mengenai “the impact of brief
advertising”; kita baru tahu sejauhmana sesuatu barangan dan idea yang dislogankan
dalam bentuk “sticker” mampu meraih ‘consumers’ dan memberi makna kepada mereka.
“Sticker dan slogan” sama kemampuan dengan sebuah rencana yang ditulis lengkap
huraiannya.
Pengalaman saya: disemua kereta saya, saya lekatkan logo komponen BA
selebar “2 inci” di sudut cermin hadapan dan belakang. Nak jadi cerita, satu hari,
seorang tua menahan kereta saya sedang dalam perjalanan untuk menumpang kesatu
destinasi. Setelah kami meneruskan perjalanan, saya tanya kenapa tahan saya dan tidak
puluhan kereta yang lalu lalang sebelumnya.
Jawapan beliau memeranjatkan saya,
katanya, “Bapak lebih percaya kereta yang ada lambang macam anak ini. Lambang
reformasi. Orang UMNO pembohong banyak kelentong. Penyokong Anwar amanah. Mahathir
rasuah…..”. Dan berjela-jela kami bercerita mengenai konsep dan ideologi Reformasi.
Paling
tak disangka, satu hari saya dapat tahu bahawa beliau adalah salah seorang Ketua
Cawangan UMNO yang menyerahkan segumpal borang ahli-ahli UMNO yang berpaling tadah
menyebelahi BA (partinya adalah rahsia). Bila saya bersalaman dengan beliau, ditepuknya
bahu saya sambil berkata kepada bekas ahli-ahli UMNO (yang memasuki BA) itu, “Kalau
saya tak tumpang kereta Encik ini, saya masih lagi hamba Mahathir”, katanya.
Terperanjat
saja bagaimana perkenalan kami yang bermula cuma dengan sebuah lambang yang terlekat di
cermin kereta saya. Kerana lambang itulah, perkenalan kami berpanjangan hingga mengenal
hati-nurani kami. Ini membuktikan bahawa saranan “Ummi” memang memberi satu
pengertian dan ‘relevance’ yang harus diangkat tinggi.
Kita cuba
pertimbangkan (dari aspek legal) jika tampal logo ‘kartun’ mengenai kenyataan
mahkamah Datuk Shafie Yahya, atau keengganan seseorang yang tak mau diheret ke mahkamah.
Mungkin ia akan memberi 1000 makna.
Nilailah sekarang! Hanya sebuah lambang “2
inci” yang dilekatkan di kereta saya, ia mampu memberi ‘familiarization’ terhadap
wadah betapa ‘demokratik’nya sebuah parti gabungan yang baru berusia setahun jagung.
Dengan itu saya sangat bersetuju dan memandang tinggi saranan “Ummi” itu.
“Ummi
Nasuha” sebagai seorang reformis, tidak boleh kita permudahkan pandangan beliau,
kununnya ia seorang wanita. Dalam melaksanakan fungsi untuk memberi sumbangan ke arah
meningkatkan agenda Reformasi – khusunya untuk menawan teraju negara dalam tahun
2003/4, sekecil-kecil sumbangan memberi makna. Kita pasti ingat, “Tangan yang mengayun
buaian itu mampu mengoncang merbah dunia!!”
Dan, “Ummi Nasuha” adalah
seorang lagi “Joan Of Arc” seiringan dengan adik Dahlia dan Tun Teja. Kita harus
berbangga!! Tentu “Ummi” masih ingat “S’seng Bando”!!
Amin
Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)