SEDARKAN RAKYAT, SALAH LAKU MAHATHIR!!
Saudara webmaster,
Cuba fikirkan, dari
keterangan yang dibuat oleh Dato Shafie, bekas Ketua BPR dalam mahkamah tidak lama dulu
jelas menunjukkan salahlaku seorang Perdana Menteri yang cuba menghalang seorang anggota
kerajaan dari melaksanakan tugas yang telah diamanahkan kepada beliau. Satu jenayah yang
lebih teruk dari salahlaku yang dikenakan terhadap DSAI yang tidak melibatkan satu sen
pun sebaliknya didapati bersalah kerana cuba menghalang satu fitnah besar terhadap
beliau!
Setelah dihalangnya siasatan rasuah terhadap
bekas Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi, dilantik pula menjadi gabenor bank negara!
Dua dose jenayah yang telah dilakukan oleh PM sendiri-pertama, menghalang siasatan
rasuah dan kedua,orang yang didakwa ini, seorang perasuah boleh pula dilantik ke jawatan
lebih tinggi-menjaga bank negara! Bukan calang-calang bank!
Dato Shafie ialah seorang kakitangan kerajaan
yang berwibawa dan berprinsip dan sepatutnya menjadi satu teladan. Sebagai seorang
saksi, kredibiliti beliau tidak boleh dipertikaikan berbanding dengan saksi-saksi
seperti Azizan dalam kes DSAI yang hanya seorang drebar yang pernah ditangkap basah atau
pun Ummi Hafilda yang dikatakan pernah berzina di London!
Salahlaku PM menghalang siasatan terhadap
perasuah memalukankan negara kerana berita ini dilaporkan secara meluas di seluruh
dunia. Orang buta pun boleh 'nampak' kepincangan ini. Takkan orang yang berfikiran waras
dan tidak cacat tak boleh nampak? Kecuali orang tu buta hati!
ANTI RASUAH
Nota
Webmaster:
Inilah perjuangan kita iaitu untuk menyedarkan anak bangsa tentang laporan
media dan tindakan badan kerajaan tertentu yang jelas 'berat sebelah'. DSAI pernah
berkata, di Malaysia ada dua tafsiran undang-undang yang sama, satu untuknya dan satu
untuk Mahathir. Soalnya, apakah peranan kita untuk membangkitkan mimpi ngeri anak bangsa
tentang kepincangan yang saban hari diperkatakan melalui media internet ini? Cukupkah
dengan sekadar meluahkan perasaan kita? Bagaimana rakan di sekeliling kita yang masih
belum sedar?
Justeru itu buat persiapan rapi bagi
menghadapi satu kebangkitan menyeluruh. Kebangkitan ini adalah penyertaan keseluruhan
rakyat Malaysia pada tahun 2004 nanti. Jangan masih berleka. Giatkan usaha memberikan
kesedaran kepada anak bangsa tentang perkara ini. Sebarkan maklumat dari internet dan
urlnya sekali terutama kepada pengguna baru. Ucapkan kepada mereka, selamat berjuang di
alam siber!!