MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

MANA SATU YANG SESAT?

(Reaksi Penulis kepada artikel Ibnudaud dari Putra Jaya)

Memang ada kebenaran dalam tulisan beliau. Ini merupakan satu tamparan yang menggugat kewibawaan PAS, DAP, Adil dan juga PRM. Sepatutnya HARAKAH sebagai nadi penggerak maklumat PAS mampu memaparkan segala foto mengenai tempat perkhemahan itu. Kemudian ambil dan buat perbandingan dengan segala kepingan foto yang ditunjukkan oleh akhbar perdana. Dari situ buatlah komen kenapa gambar yang dipaparkan oleh akhbar perdana itu terlalu menyelewengkan akan 'caption'nya.

Sebagai penulis siber, tugas kita yang paling menonjol ialah memerangi maklumat songsang yang ditonjolkan oleh Mahathir dan para jongosnya. Kemudian kita buat perbandingan apakah yang akan dilapurkan oleh media perdana. Kemampuan semua penulis siber memberi penerangan yang dapat menangkis segala bentuk maklumat songsang sudah memadai sebagai satu perisai untuk memerangi  serangan maklumat songsang itu.

Dunia siber Melayu bukannya laksana 'Radio Murati' yang ditaja oleh Amerika Syarikat untuk memerangi maklumat songsang Fidel Castro. Dunia siber Melayu adalah satu dunia yang menakjubkan kerana para peserta yang aktif di dalamnya  adalah golongan marhaen berbilang bangsa yang tidak mengenali antara satu. Hanya sejarah akan membuktikan akan pengaruh  dunia siber Melayu masa kini, setelah ia mengharungi satu fasa diliwat dan dicerobohi oleh satu kumpulan pelayar dan pengendali web yang memainkan peranan sleeping spy untuk seketika. Kini, di sebalik serangan itu sudah muncul satu kesedaran betapa pihak regim diktator mampu menceroboh masuk dunia siber yang tidak berduit itu. Yang ada pada penggerak dunia itu adalah semangat insan kamil yang terus mengharapkan hidayah daripada-Nya sambil bertakwa kepada-Nya.

Dengan hal yang demikian, tidak perlu kita paparkan foto ataupun  gambaran jelas laksana yang dipaparkan oleh media perdana. Cukuplah kalau ada rangsangan para penulis siber agar para pembaca khasnya membuat lawatan sambil belajar secara persendirian ke Sauk. Di sana akan terserlah segala jawapan yang dinantikan itu. Usahlah Ibnudaud repot-repot dalam hal ini, kerana sesiapa yang ikhlas memerangi kekuasaan satu regim yang hampir gila tentu mampu bertanya kenapa kali ini UMNO dan Mahathir tidak mahu menaja imam-imam dan para pemimpin cawangan UMNo ke Kemah Al-Ma'unah itu? Bukankah elok kalau lawatan sambil belajar itu dapat ditaja beramai-ramai untuk memberi ruang kepada para pengikut totok itu membuat tafsiran sendirian akan kesahihan tapak persembunyian Prebet Amin dan para perompaknya.  Dari lawatan itu tentu ramai yang mampu membuat perbandingan yang mana satu yang haq dan yang mana satu yang bathil. Yang lebih penting lagi melalui lawatan itu tentu ramai yang akan mendapatkan jawapan kepada persoalan serius: Mana Satu yang Sesat? Ajarannya yang Sesat ataupun amalannya yang sesat? 

Kemang Suasa

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com