MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

PENGHARAMAN PERKATAAN ISLAM

Astagfirullah,

Saya amat terperanjat apabila ada yang sudah "bersedia" untuk mematuhi "arahan" kerajaan BN untuk memadam perkataan ISLAM dari PAS dan juga pertubuhan Islam yang lain!!! Apa dah jadi dengan kita ni??? Dah bacul
sangat ke?? Apakah tak takut bala yang bakal menimpa?? Bala ini bukan saja dari yang terdekat tetapi juga akan membawa kehancuran Islam di bumi Malaysia!!! Lihat apa yang telah terjadi di Turki!!! Kita nak jadi macam tu ke??? UiTM dah mula memadam perkataan ISLAM dari Persatuan Mahasiswa Islam kabarnya. Diam saja kah pensyarah-pensyarah Islam dan ustaz-ustaz di sana ??? Takut kah di buang kerja? Tidak takut kah azab Allah yang bakal turun? Saudara yang di kasihi, tentanglah cadangan ini sepuas-puasnya!!! Jangan di turutkan kemahuan durjana-durjana itu!!! Itu yang mereka mahu. Selama ini kita diamkan saja, kita turutkan saja. Bila
di persendakan kekasih Allah pun kita diamkan saja, tidak ada satu demonstrasi pun untuk menentang berdasarkan penghinaan terhadap Rasul kita. Apa dah kena kita ni??? Dah jadi meLAYU sangat-sangat ke?

Agaknya besok lusa, Jabatan Agama ISLAM pun di tukarkan jadi Jabatan Agama saja??? Oh ya, kenapa tidak pula di buang perkataan Buddha, Kristian, dan agama lain di persatuan-persatuan lain?? Umpamanya Persatuan Ugama Kristian/Buddha/Hindu......kenapa??? Saya kira ini juga akan membangkitkan kemarahan penganut agama lain bukan???? Tapi, yang kita ni, sanggup men"delete"kan perkataan ISLAM dengan satu arahan dari
Mahligai di Putrajaya tu. Dengar kabar ada patung berhala dalam Mahligai tu betul ke?? (Ini saya ingin nak tah u sangat-sangat betul atau tidak. Kalau ada, apa ke jadahnya patung tersebut berada di situ?).

Wahai saudara Islam ku, bangkitlah menentang penghapusan perkataan Islam ini. Jika tidak, lambat laun akan hancurlah Islam. Dan jangan salahkan sesiapa, jangan salahkan Mahathir, Rais atau sesiapa lagi. Salahkan diri
kita bila bala menimpa kerana kita duduk diam!!! Tuan Guru dah janji akan turut berjuang untuk menentang nya! Kita harus menentang dengan segala mungkin untuk menghalang ini dari berlaku.

Lihat apa dah jadi dengan Tadika Islam?? Dimana lagi kita nak mengasuh anak-anak belajar Islam???? Di Tadika Kristian??? Di Tadika biasa yang suka mengajar menyanyi sepanjang hari??? Tidak fikirkah ini semua?? Kita nak mengajar??? Aduh, cakap sedap, tapi laki bini dua-dua nak kerja. Bukan salah, tetapi sesetengahnya laki bini terpaksa bekerja kerana suami tidak berkemampuan menanggung....KENAPA???? kenapa ini berlaku?? Kerana ekonomi kita tidak menjurus ke arah itu!! Maaf, ..berbalik ke isu pengharaman perkataan ISLAM.

TENTANG HABIS-HABISAN!!! KALAU MATI PUN, KITA MATI KERANA MEMPERTAHANKAN
ISLAM!!!!!!TAHU APA MAKNA TU?????

Damak

Nota Webmaster:
Terima kasih kepada Damak kerana tulisan yang baik untuk minda kita. Mempertahankan perkataan 'Islam' itu memang sesuatu yang wajar bagi kita umat Islam. Mahathir sudah melakukan percubaan ini di kad pengenalan baru kita, tetapi ramai yang tidak menyedari 'dirty politiking' Mahathir. Nampaknya bila orang Islam tidak menentang tentang itu Mahathir fikir dia boleh meneruskan strategi seterusnya untuk mengharamkan 'Islam' pada parti politik dan lain-lain yang ada perkataan Islam.. Saya tidak mungkin mengulas panjang perkara ini tetapi sedang bersedia membuat analisis untuk kita semua berkisar tentang mengapa kita perlu mempertahankan 'Islam'. Tunggu Minda Mingguan tulisan webmaster Ahad ini...

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com