MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

Khemah Al Ma'unah di Jenalik, Sauk
(Satu Penipuan Rancangan Syaitan)

Berpandukan beberapa tulisan panglima Sauk, kami telah mengadakan satu 'rombongan' berkereta daripada Teluk Kemang untuk melawat Kemah Al Ma'unah (KAM). Kereta berkuasa 1000 cc. Pun mampu naik terus ke pondok 'penunggu durian' di puncak bukit yang dikatakan itu. Dari situ dapatlah kami analisa segala berita yang tersiar selama ini di akhbar perdana dan membandingkannya dengan segala berita dan kiasan penulis di alam siber.

Memang, tulisan di media perdana sengaja mahu memberikan maklumat songsang. Jelas sekali perkhemahan itu adalah satu berita yang amat songsang. Tidak ada tanda tempat itu pernah didudukki oleh kumpulan selama 52 hari. Malahan kalau kumpulan Amin di situ selama empat hari, kita masih mahu jawapan bagaimana mereka masak nasi. Tidak ada kesan masam-memasak, selain kesan unggun api untuk memanaskan badan di malam hari. Alangkah pelik perkara ini sedangkan mereka dikepung setiap masa oleh sekumpulan 2,000 askar terlatih. Ini menunjukkan mereka menerima bekalan makanan daripaa luar di sepanjang perkhemahan mereka itu.

Kemudian kita lihat pula segala kubu dan 'kubur' yang digali oleh Sarjan Lompat dan juga Arwah Jaafar. Anda tidak perlu menjalani latihan keenteraan untuk memikirkan bagaimanakah kubu boleh digali hanya sedalam panjangnya mata cangkul.  Anak yang berumur lapan tahun pun tidak mampu menyorokkan pinggangnya ketika berdiri di 'kubu' itu. Yang anihnya kubu itu digali di bahagian rendah kerana memudahkan meyauk tanah yang satu ketika dulu merupakan hakisan daripada bukit yang tinggi.

Salah seorang ahli rombongan kami ialah ahli keluarga terapat dengan salah seorang 'pengikut'  Amin itu. Dia menggelengkan kepalanya apabila melihatkan kedudukan tapak persembunyian itu. Dia bercerita bagaimana sepupunya telah digunakan sebagai 'human shield' (penampan bernyawa) oleh anggota tentera untuk merapati  kumpulan Amin. Dengan cara itu mereka tidak menembak tentera itu. Yang menyedihkannya ialah apa perlunya lakonan menggunakan ahli keluarga askar itu sedangkan segala  rencana itu adalah satu lakonan.

Memang pelik tempat persembunyian Amin ini. Apakah benar, para pengikut Amin pada hari itu sebenarnya terperangkap. Mereka dikatakan telah dibawa oleh amin ke situ untuk melakukan latihan dalam hutan.  Setibanya di situ mereka terkejut melihatkan senjata yang begitu banyak sudah siap tersusun. Kerana itu mereka disuruh mencuba menembak ke udara, sebagai latihan juga.  Ini menunjukkan bahawa berita bagaimana Amin telah diupah untuk melakukan onar itu adalah semakin munasabah. Hanya beberapa pengikutnya di dalam perkhidmatan kerajaan itu yang tertipu bulat-bulat.

Saya menyarankan agar semua rakyat yang perihatin dengan keadaan getir negaranya untuk pergi melawat tempat itu seperti yang disarankan oleh Panglima Sauk.  Tetapi, ingat ada beberapa perkara yang mesti diteliti:

  1. Selekoh memasukki kawasan adalah sedikir berbahaya. Kalau mahu naik terus, berhati-hati di jalan masuk. Kalau mahu berjalan kaki ke atas, letakkan kereta dengan kemas di ruangan lapang di pintu masuk Sekolah Sauk.  Semalam (Isnin) berlaku satu kemalangan di selekoh tajam di situ membabitkan sebuah lori dan kenderaan. Bantuan ambulans telah diperolehi untuk membawa mangsa ke hospital.
  2. Bacakanlah fatihah kepada sesiapa yang menjadi mangsa dalam episod ini. Ramai di kalangan mereka itu telah terperangkap kerana satu tipu helah yang amat licik sekali. Alhamdullilah rakyat secara keseluruhannya sedar akan perkara ini.
  3. Ramai kaum India yang datang ke situ yang  menggelengkan kepala mereka. Mereka sendiri sedar bahawa episod itu adalah satu penipuan.
  4. Daripada perbualan kami dengan beberapa penduduk persekitaran (Sauk, Kati, Ngor, Belimbing dsbg) di Gerik, kami dapati semakin ramai penduduk kampung yang menjadi jijik dengan episod itu walaupun sudah diberikan pampasan berupa beras,saguhati dan pujukan.
  5. Jangan terperanjat kalau ada orang kampung yang menyebut  benda-benda negatif terhadap jaafar Putih, kerana sanggup menderhaka kepada masyarakat sendiri di kampung dan bersekongkol dengan syaitan.

Buatlah peninjauan sendiri. Pergilah ke Sauk sebelum terlambat. Ambillah iktibar darinya betapa negara ini akan terus dilanda musibah selagi pihak kerajaan tidak mahu meminta maaf kepada rakyat di atas sandiwara gila ini.

Kemang Suasa

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com