Sandiwara
Sauk Belum Tamat: Mahathir Belum Pasti Kalah, BA Belum Tentu Mendapat Manfaat
Sandiwara
Mahathir supaya isu Sauk mencetuskan kegelisahan rakyat dan menimbulkan pertentangan
baru antara orang Melayu dengan bukan Melayu jelas tidak berjaya, malah menikam dirinya
sendiri. Kalau dulu, hanya orang Melayu pro-pembangkang yang tidak percaya, kemudiannya
orang Melayu dalam Umno pun curiga dengan insiden itu. Sebab itu Umno bertungkus lumus membuat penerangan bagi menutup pembohongan dan pendustaannya.
Sekarang, selepas
nampak begitu agresif Mahathir dan konco-konconya cuba menafikan bahawa apa yang berlaku
itu di Sauk dirancang Umno, orang bukan Melayu pula tertanya-tanya, "kalau benar
apa yang berlaku, mengapa pula Mahathir beria-ia sangat membuat penafian terhadap
tuduhan yang hanya dilemparkan melalui internet? Sudah pasti ada sesuatu di sebalik
tabir."
Namun Mahathir pasti tidak berputus asa. Insiden Sauk
sekurang-kurangnya menyebabkan rakyat tertumpu kepada satu isu yang sengaja dicipta, dan
menyebabkan kerajaan boleh berhujah tentang perlunya ISA terus dikekalkan. Lupalah
sekejap isu penghakiman Anwar, isu salah laku Ketua Hakim Negara, isu rasuah Mahathir
kerana mengarahkan siasatan BPR ke atas Ali Abul Hassan dihentikan, dan senanglah masuk
jarum untuk terus memburuk-burukkan PAS, tonggak utama Barisan Alternatif.
Membiarkan
diri terperangkap dalam isu yang sengaja dicipta Mahathir menyebabkan isu-isu asas yang
perlu diketengahkan kepada rakyat tenggelam begitu saja. Di samping itu hubungan PAS
dengan golongan bukan Islam dapat disabotaj. Konsep Negara Islam akan terus
diburuk-burukkan. Tapi Allah Maha Agung, setakat ini kehendak Mahathir dapat digagalkan.
Namun,
ingat, permainan ini belum tamat. Mahathir belum pasti gagal dan BA belum tentu dapat
melonjakkan sokongan
"DETIK SUDAH MATI! HALANG PENCABULAN KDN TERHADAP
KEBEBASAN MEDIA"