RAKYAT DIMINTA 'BERTENANG'
Selaras dengan nasihat Presiden PAS supaya ahli (rakyat) bertenang daripada melakukan
sesuatu yang boleh memburukkan keadaan, eloklah kita buang perasaan marah kita kepada
kerajaan yang telah menyekat rakyat
membicarakan isu rampasan senjata. Kata-kata
hikmat yang ringkas ini boleh membantu kita menjimatkan perkataan untuk memperkatakan
'perkara yang tidak munasabah' yang diceritakan oleh tukang lawak bodoh
(Maha Firaun).
- "Orang yang bercakap benar tidak pernah memaksa orang lain mempercayai
cerita yang dibawanya."
- "Hanya orang bodoh memaksa orang lain mempercayai cerita yang sudah
benar".
Maksudnya, kalau seseorang itu benar dia tidak perlu memaksa orang lain mempercayai
ceritanya. Sebab cerita sudah benar, sudah tentu orang percaya. Bodohlah orang yang
tak percaya cerita benar. Sebab itu tak perlu paksa. Melainkan cerita itu adalah
cerita rekaan.
Macam mana pula kalau ada orang yang menyuruh (memaksa) orang mempercayai cerita benar
yang dibawanya? Kalau ada lagi orang macam ni, dia tentu orang bodoh yang ada masalah.
Anapas.