MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

TERUS MENYOKONG LAMAN PRO REFORMASI

Sdra WM mindarakyat..
Assalamualaikum wbt.

Sesuai dengan nama halaman minda rakyat, sesungguhnya tulisan pemberita Nestea 'Mahathir Ada Penyakit AIDS dan TB' sangat baik dan merangsang minda ke arah pemikiran yang kritis, matang, bernas dan tajam yang mengajak kita menjurus kepada tindakan untuk menjana suatu kelangsungan yang konkrit dan bersepadu.

Penulis-penulis minda rakyat memang mempunyai minda yang bersifat lateral-thinking, kritis dan pro-aktif yang memupuk kecerdasan, kesedaran dan cara berfikir setiap pembacanya. Syabas...minda rakyat terutamanya WM yang bertindak sebagai peneraju laman ini yang sentiasa dilihat dan dirasai sebagai seorang yang dedikasi, luas pengalaman, bijak dan terbuka.

Saya ingin mengajak semua peminat dan pelayar laman ini agar terus berbuat demikian dan memanjangkan alamat web minda rakyat kepada rakan-rakan kita di seluruh tanahair dan di luar negara, samada melalui e-mail, perjumpaan, telefon dsbnya, supaya maklumat yang bernas yang diusahakan oleh penulis-penulis ini, dapat di ketahui, disalurkan dan seterusnya di praktikkan secara menyeluruh. Kita mahu lihat jumlah pelayar halaman ini terus meningkat dari masa ke semasa. Adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk mencari jalan untuk berbuat demikian. Cara ini juga adalah sebagai usaha kita untuk memberi maklumat semaksima mungkin kepada rakyat, sekaligus menyedar dan mendidik mereka ke arah survival agama, bangsa dan negara kita yang tercinta ini.

Rakyat sudah dikekang dan dinafikan hak untuk menerima maklumat yang sebenar. Kita sering saja ditipu dan diperdaya oleh mereka yang memegang kuasa kini melalui media milik mereka. Kebebasan bersuara sudah disekat sehinggakan untuk membincangkan soal SAUK secara rasional akan dikenakan ISA. Tindakan ini samalah seperti rakyat diperlakukan seperti haiwan di dalam ZOO diberi makan dan menu makanan mengikut citarasa dan selera mereka. Lama-kelamaan kita akan lemah dan pupus begitu saja. Kita di nafikan dari menikmati khazanah warisan yang sepatutnya menjadi milik kita dan zuriat kita, sebaliknya mereka memperai'tkan harta kita sesama mereka. 

Bila kita bersuara tentang ketidakadilan ini, mereka menganggap kita melawan dan mendurhaka kepada mereka. Mereka bertindak ganas sesuka hati terhadap kita, di rumah kita dan di tanahair kita seolah-olah kita ini milik mereka. Cuba kita renung dan berfikir secara serius... Siapakah mereka yang dengan sewenang-wenangnya memperlakukan sedemikian rupa kepada kita? Adakah datuk nenek moyang mereka mempunyai rekod gemilang dalam sejarah, seperti pahlawan2 kita Tok Bahaman, Mat Kilau, Tok Gajah dan lain-lainnya,  dalam mempertahankan tanahair pusaka kita ini, yang boleh menghalalkan segala perogolan mereka terhadap bangsa dan negara kita kini? Yang jadi menjadi bajingan dan perompak segala kekayaan kita kini rata-rata adalah bangsa pendatang yang tidak seirama dengan budaya bangsa kita. Apa masih lagikah kita mahu mendiamkan diri?

Jadi, sebarkan maklumat dan alamat web pro reformasi ini semoga semua rakyat celek dan well-informed mengenai keadaan rakyat dan negara sebenar. Tindakan kita ini adalah sama seperti demonstrasi secara aman yang telah dinafi dan di sekat oleh pemerintahan yang zalim..iaitu pemerintahan Era Mahathir. Mereka tidak mahu melihat demonstrasi secara terang-terangan, kita buat secara maya. Ini lebih hebat dan berkesan dan sasarannya amat jauh. Inilah demonstrasi kita!

Ayuh semua PELAYAR dan teruslah BELAYAR untuk memberi maklumat di setiap PENGKALAN dan PELABUHAN yang kita singgahi.


Cik Siti

Nota Webmaster:
Waalaikumsallam...
Aduhai Cik Siti anda sungguh pandai memuji. Puji-pujian itu hanyalah hak Allah dan saya ucapkan terima kasih di atas sokongan dan kepercayaan anda terhadap laman ini. Ingatlah!: 'Apabila anak Adam itu mati, maka terputuslah hubungannya kecuali 3 perkara iaitu, doa dari anaknya yang salih, segala amalan baiknya semasa hidup dan sedekah jariah di sepanjang hayatnya.

Mudah-mudahan laman ini menyediakan wadah kepada semua untuk merealisasikan jariah kita selepas kita kembali kepada-Nya.. Amin

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com