MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

TIDAK SETUJU SERAHKAN NAMA AHLI

Saudara webmaster,
Saya berharap sesungguhnya parti PAS tidak akan memberikan senarai keahlian PAS kepada kerajaan BN kerana dengan ini akan memudahkan lagi pihak BN menindas rakyat yang tidak menyokong mereka. Senarai tersebut tidak patut di berikan kerana itu bukan prosedur yang menjanjikan ketelusan. Saya juga berharap BA akan dapat menyelesaikan ketidaktelusan SPR pada pilihanraya akan datang kerana jika tidak saya sama sekali TIDAK PERCAYA BA akan menang. Saya juga ingin mengetahui bagaimana cara nya untuk mendaftar sebagai pengundi jika berada di luar negara kerana akan hanya pulan pada tahun depan. Sekian, terima kasih. 

Damak

Nota webmaster:
Keahlian PAS boleh dilakukan dengan mengisi borang tertentu yang boleh didapati dari cawangan atau kawasan di mana anda tinggal di negara ini. Selain itu cubalah melawat laman web PAS di mana ada borang tertentu (elektronik) yang disediakan. Cari link itu di laman ini.

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com