MESEJ DARI SEORANG SAHABAT
(Kepada Zedmulia:
Diharap saudara faham akan masalah yang saya hadapi dan
teruskanlah menulis di alam siber dengan dua PW yang 'SETAKAT INI' Alhamdullilah memang
boleh saudara yakini. Memang sesungguhnya berjihad ke arah menegakkan maruah bangsa dan
menyibarkan syiar Islam adalah sesuatu perjuangan yang amat besar yang memerlukan hidayah
dari-Nya dan ketaqwaan kepada-Nya)
Assalamualaikum wbt.
Saudara yang
dihormati..
Saya doakan saudara berada dalam keadaan sihat dan sentiasa dilindungi
ALLAH dalam perjuangan ini. Seperti yang saya katakan, saya memang tidak
'serik' untuk menulis kepada saudara. Saya mendiamkan diri kerana seperti yang
diketahui saya masih belum membaiki PC yang rosak tu... sedang mencari pc baru yang lengkap
dengan internet.. insya-Allah...
Saya faham saudara dalam kesibukan dan saya tidak akan
menggangu dengan cerita remeh-temeh.. saya harap saudara masih sudi membaca nukilan saya
ini (melalui attachment) kerana semangat tidak pernah padam, malah semakin berkobar. Dalam
situasi yang semakin 'getir' ini memang ruang untuk 'berkata-kata' mengenai isu
semasa sedang disekat... Yang termampu ialah berdoa, berzikir, membaca ayat-ayat
quran dan solat hajat untuk perjuangan rakyat marhaen agar ALLAH memberkati,
melindungi dan merahmati kita semua. Jerebu semakin mendatang... kemarau dan
apa lagi selepas ini...
Saya akan ke Melaka esok sehingga 26/7, nampaknya saya
tidak berpeluang mengikuti berita terkini melainkan melalui sumber-sumber yang satu
itulah.... Nukilan saya ini dari pengalaman saya setelah bertugas di parlimen tempoh
hari dan pemerhatian dari menghadiri mesyuarat dan teman-teman yang sealiran....
Sehingga
di lain masa, salam hormat.
-zba-