LAGI BANTAHAN SERAH NAMA AHLI PAS
Assalamualaikum,
Kami ahli-ahli PAS tidak bersetuju sama sekali nama ahli PAS diberikan kepada pihak
polis untuk tujuan mengenal pasti anggota Al-Maunah. Polis tidak wajar minta
senarai nama ahli PAS kerana pada pandangan kami mereka hanya ingin memerangkap PAS
dalam peristiwa tersebut.
Kami berharap pemimpin PAS jangan terpedaya dengan tipu muslihat Umno dalam kes
tersebut. Tujuan mereka sebenar ialah untuk membuktikan yang PAS terlibat dengan
kumpulan tersebut. Sedangkan mereka yang terlibat adalah sebahagian kecil saja....
Dengan mengaitkan nama ahli PAS mereka tentu akan berkata yang Al-Maunah adalah sayap
perjuagan PAS yang cuba merampas kuasa secara kekerasan...Dengan itu mudah bagi Umno
mengharamkan PAS... Semoga ahli PAS bertenang dalam hal ini tapi kalau kita dicabar
jangan kita takut demi perjuangan kita kerana Allah. Semoga Allah selamatkan PAS dan
umat islam ..
Ahli PAS Swak