TIDAK WAJAR POLIS MINTA SENARAI
KEAHLIAN PAS
Harakah
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Haji Mahfuz Omar menegaskan,
tidak wajar sama sekali tindakan polis menggesa PAS mengemukakan senarai nama
ahli-ahlinya di seluruh negara kononnya untuk mengenal pasti kaitan dengan anggota
Al-Maunah.
Sebaliknya, kata beliau, pihak polis sepatutnya
mengemukakan senarai nama anggota al-Maunah yang didakwa kononnya adalah ahli dan
pemyokong PAS.
"Jika kita ada senarai mereka, bolehlah kita buat
siasatan dan bukan dengan cara meminta semua nama ahli PAS," katanya ketika
dihubungi sini.
Semalam, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Zainal Abidin
Zin dalam satu kenyataan berkata "Kita akan meminta PAS serahkan senarai ahli
mereka di seluruh negara kepada polis dan kita akan tunjukkan yang mana anggota
Al-Maunah".
Bagaimanapun, terdahulu daripada itu, Presiden PAS, Dato'
Fadzil Noor ketika menjawab kenyataan Datuk Zainal menegaskan, tidak ada peruntukkan
undang-undang yang mengarahkan PAS berbuat seperti yang diminta oleh pihak polis.
Tambah Dato Fadzil, tidak munasabah untuk PAS mengemukakan
kesemua nama ahlinya yang berdaftar kepada polis.
Isu mengemukakan senarai nama Al-Maunah yang didakwa adalah
ahli PAS mula ditimbulkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohammad, 20
Julai lalu.
Dr Mahathir dalam satu kenyataanya menyebut "walaupun
PAS tidak terlibat secara langsung dalam gerakan Al-Maunah, tetapi sebahagian besar
daripada kira-kira 1,800 ahli kumpulan itu adalah ahli PAS.