MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

BILAKAH PENJENAYAH AKAN DIDAKWA?

Sdra webmaster,
Sudah beberapa hari episod Sauk berlaku tapi kita masih menunggu nunggu bilakah 27 ahli ahli kumpulan Al Mau'nah nak dihadapkan di mahkamah. Biasanya, polis kita yang cekap  berupaya membawa kes seperti ini ke mahkamah dalam masa yang pantas tapi kali ini, lambat sikit. hairan sungguh! Mungkin siasatan belum beres lagi atau mungkin juga ada di kalangan ahli ahli kumpulan ini yang belum lagi bersedia dengan penuh yakin untuk keluar di depan kaca TV untuk  membuat pengakuan. Bukanlah senang nak berlakon  kerana satu negara kelak akan memerhati gerak geri ahli2 yang akan membuat pengakuan. Mungkin untuk lebih menyakinkan, dipasangkan alat 'lie detector' kepada setiap ahli yang membuat pengakuan tapi pemasangan alat ini kenalah dilakukan oleh pihak pihak yang bebas.

Seperkara lagi ialah oleh kerana tragedi ini melibatkan 2 nyawa sudah terkorban, maka semua pihak termasuk parti BA perlu bersetuju supaya hukuman gantung dikenakan terhadap ahli ahli kumpulan ini yang terlibat dalam kes pembunuhan ini.Amacam? Baru kita dapat saksikan betapa gelabahnya pihak-pihak tertentu!Bukankah bapa mangsa berketurunan Iban ada berkata beliau mahu melihat wajah pembunuh anaknya? Nyawa dibayar dengan nyawa. Setakat RM25,000 sebagai pampasan terlalu murah!

PEGUAM

Nota webmaster:
Mengikut sumber berita yang dikeluarkan oleh media perdana kesemua mereka akan didakwa minggu depan. Kita tunggu sajalah perkembangannya.

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com