BOLEHKAH DIHARAP TENTERA KITA?
Sekarang ni org dah tak caya kat polis dah, habis rakyat dok harap askarlah yg akan
membela rakyat, tapi, masalahnya, askar ni yang pangkat rendah aje ramai yg bagus,
tapi yg kat atas atas tu, nak tahu? Sekarang nih, pegawai atasan askar ni
(kebanyakanlah) bukannya kesah kat rakyat sangat. Ramai yg dah kelabu bijik mata bila
dapat pangkat dan harta. Melawat kem sana sini, tapi bukan niat nak betul betul
melawat untuk kerja. Sebaliknya untuk mendapat layanan istimewa, cenderamata, dan yg
paling utama dapat main GOLF!
Yang herannya, tak cukup padang golf kat malaysia, pergi pulak main golf kat Hadnyai.
apa benda ni? Bagi O.C. atau komandan-komandan pulak, ramai yg bukan mainlah menyambut
macam nak rak, cari sponsor sana sini untuk melayan kerenah dato-dato yang nak datang
melawat tu. Tu yang mula timbullah kroni
Kroni (ada yang sedihnya, kroni ni bangsa lain) yang dapat macam macam projek kat kem
hingga menyusahkan
anggota bawahan. Apa taknya, kalau dah banyak sangat pelaburan,
jadi segala macam peralatan seperti baju,
kasut dsb.nya dimestikan dibeli oleh
anggota dan melalui kroni nilah, lepas tuh, lebih mahal dari kedai
biasa. Habis,
duit dah banyak labur untuk sponsor dato dato main golf!
Begitu juga dengan peluang kenaikan pangkat, mana-mana yg baik dengan yg berkenaan, yg
bagus dapatkan sponsor, yg rajin main golf, yg rajin tulis surat kat dato' (surat
tahniah dato naik pangkatlah, tahniah dato bertukarlah, tahniah dato dapat anaklah
dsbnya) itulah yg berpeluang naik pangkat. Tak caya tanyalah mana mana askar pun. Mereka
yg ada degree, yg rajin kerja, yg tak suka monteng tapi tak rajin layan kerenah boss,
alamat lambatlah naik pangkat. Yang lebih menghairankan, ada satu unit tu, sampaikan
ada cadangan pegawai semua yg datang berkursus di situ dimestikan ada set golf! Barangsiapa
yang tak main golf, dianggap kera sumbang.
Begitu juga dengan anggota bawahan dimestikan ada kayu pancing. Sebab?
Sebab kem sudah buat kolam ikan (disponsor dek kroni) maka semua orang kena
mancinglah! Bayaran yg dikenakan tak tahu pergi ke mana. teruk betul, apa kena mengena
pancing dan golf dengan kerjaya askar?
Kalau beginilah kualiti para pegawai yg memerintah tentera kita, dapatkah mereka
membela nasib rakyat
jika berlaku apa apa hal? Fikirkanlah......
Pena
Askar