MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

STICKER PADA KERETA

Bismillah hirrah man nirrahim....

Assalamu'alaikum w w

Kepada Webmaster yang saya muliakan

Saya ingin mengulas sedikit berkenaan dengan cadangan seorang netter yang mengatakan kita patut menanggalkan sticker-sticker PAS yang ada pada kereta, yang menurut beliau ditakuti akan menerima 'repercussion' dari polis dsb.

Saya tidak setuju kita patut tanggalkan. Malahan pada pendapat saya, kita patut meningkatkan lagi kempen menampal sticker PAS khasnya dan BA amnya kepada sebanyak kenderaan yang boleh.

Saudara Webmaster,

semua sudah arif dan faham bagaiman suara kita telah dipadamkan dari tv, akhbar dan radio. Tiada saluran lain untuk kita menunjukkan sokongan padu, melainkan menerusi internet. Apatah lagi hendak berdemo pun sudah dilarang. Maka, dalam memberi sokongan secara visual/physical, tiada cara yang lebih efektif lagi selain dengan menampal sticker dan mengibarkan bendera. Lebih baik lagi jika kita dapat menyakinkan kawan-kawan kita yang berlainan ugama supaya sama menampal sticker PAS. INI akan lebih mengelirukan puak taghut! Biar pihak berkuasa menjadi lebih panik apabila semakin ramai rakyat menunjukkan secara terangan/vokal bantahan terhadap tindak-tanduk kejam kerajaan kepada kita.

Saya merayu janganlah kita 'back out' atau mengalah lagi kepada taghut2 ini. Pada saya, cukuplah dengan segala fitnah dan kekejaman yang mereka lemparkan kepada kita. They may push us ten steps back, but we can fight back in one step at a time.

JAzakallah hu khairan kathiraa pada tuan [yang mana laman web tuan paling saya minati]

Wassalam

Ummi Nasuha

Nota Webmaster:
Saudara Ummi, cadangan saudara itu juga baik. Sebenarnya sticker itu sekadar lambang sahaja. Lihatkan BN menjelang pilihanraya umum lalu. Kalau nak dikira bilangan bendera, memang BA tak mampu melawan bilangan poster dan bendera mereka. Tapi apakah keputusan yang kita dapat?

Perkara ini berlaku lagi di Telok Kemang. Suasana bendera dan hujan poster mengalahkan BA akan K.O. Nasiblah mereka masih punya 'umpan' yang banyak. Kita lihat undian pos pun sudah memihak kepada BA. Jadi jangan gusarkan sangat soal menanggalkan sticker atau bendera. Rakyat kita sudah agak matang berpolitik. 

Kadang kala untuk melonjakkan sesuatu lebih jauh ke hadapan kita perlu undur sedikit. Dalam ilmu persilatan ini dikatakan 'pasang kekuda'. Bila kekuda sudah kukuh barulah senang menendang lawan!

 

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com