MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

TUNTUT MAHATHIR JALANI RAWATAN SAKIT JIWA!

Bila meneliti beberapa kenyataan dan tindak tanduk Mahathir selama dua tahun ini,  semakin hari semakin jelas kewarasannya sudah menghampiri NYANYOK kalau pun tidak sudah NYANYOK.

Ahli-ahli pakar sakit jiwa tentu lebih mengerti nyanyok ni ada berbagai jenis dan tahap serta berbagai perlakuan dari pengidapnya.  Biasanya juga pengidap nyanyok dan gila ni tak akan mengaku dirinya nyanyok atau gila.

Nyanyok ni boleh disebabkan tua juga boleh disebabkan tekanan perasaan, atau terlalu rindu atau taksub kan sesuatu.  Kepada orang-orang tua rakyat marhain biasa, selalu nyanyok disebabkan rindukan anak-anak, merasa diri tersisih.  Ia juga boleh terjadi kepada mereka yang memendam rasa, merasa bersalah atau menyimpan rahsia.  Juga boleh terjadi kepada mereka yang takut kehilangan sesuatu yang amat disayangi.

Ciri-ciri seperti tua, tekanan perasaan akibat pelbagai masaalah, merasa diri sudah dibenci, rasa berdosa oleh berbagai tindakkan zalim, menyimpan terlalu banyak rahsia dan kepincangan orang dan diri sendiri, takut teramat
takut kehilangan kuasa dan kedudukan . . . . semua ciri-ciri ini  boleh membawa kepada sakit jiwa dan nyanyok.  Apatah lagi jika semua ciri-ciri terkumpul tertekan kepada saorang . . . peluang untuk jadi nyanyok dan gila
adalah amat tinggi.

Nyanyak atau gila kepada orang biasa tak apalah juga . . .  tapi kalau ianya disyaki sedang dialami oleh seorang pemimpin negara . . . amatlah BAHAYA.

Demi keselamatan negara perlu rasanya di TUNTUT MAHATHIR MENJALANI RAWATAN SAKIT JIWA.

Mahathir tentunyalah tak mahu dan marah akan saranan ini . . .  memanglah orang nyanyok dan sakit jiwa biasalah tak mahu mengaku atau terima dirinya dikata nyanyok dan sakit jiwa . . .  NAMUN demi sayangkan negara Menteri dan ahli-ahli majlis tertinggi BN dan UMNO bertanggungjawab memastikan agar beliau menjalani rawatan sakit jiwa.   Paling bertanggung jawab ialah Menteri Kesihatan.  Jangan biarkan tanggungjawab ini terserah kepada Dr Siti Asmah seorang aje.  Sebagai Perdana Menteri, Mahathir kepunyaan rakyat, Menteri-menteri yang dipileh rakyat kena pastikan Mahathir menjalani rawatan tersebut supaya kenyakinan rakyat tidak terhakis dan negara tidak terjerumus dengan kepimpinan seorang yang sedang sakit jiwa dan nyanyok.

Yang Rindu Bulan.
24hb Julai 2000
 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com