MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

MAHATHIR KEPALA SEGALA DEMI

DEMI KESELAMATAN NEGARA, DEMI KESELAMATAN AWAM

Dua baris ungkapan ini sepatutnya menjadi rangsangan untuk menaikkan semangat patriotik sesiapa saja yang mendengarnya. Tapi hari ini ungkapan itu sudah terlalu amat membosankan untuk dihayati. Lebih-lebih lagi jika digunakan pada keadaan yang tidak sesuai dan dalam keadaan yang janggal. Mahathir dan sida-sidanya sering saja mengguna ungkapan ini yang berpaksikan ISA dan AKTA-AKTA zalim untuk terus berkuasa, melindung kegiatan yang menyalahi undang-undang dan tidak bermoral seterusnya mengekang hambatan rakyat terhadap mereka.

Kelmarin, Rais Yatim, yang baru menguburkan semangat 46 nya, telah sekali lagi mendendangkan perkataan DEMI itu. Isu Islam yang mau dipisahkan dengan politik DEMI menjaga kesucian Islam... kunuunnya.

Oleh kerana itu kita nak tanya Rais....Apakah pengertian sebenarnya perkataan POLITIK itu? Mengapa Islam dan politik itu mesti dipisahkan? Adakah dikhaskan untuk bukan Islam saja? Apa salahkah perkataan Islam itu digunakan kalau kena pada tempatnya iaitu pada Parti atau Persatuan yang mengamal dan memertabatkan agama Islam sebenar?

Apakah kriteria yang dikatakan menyalahgunakan perkataan Islam itu? Kalau begitu orang Islam yang buruk tingkah-lakunya seperti pembohong, rasuah, kaki judi, minum arak dan perogol serta perasuah tidak layak mengaku dan dipanggil orang Islam kerana dikhuatiri akan mencemar kesucian agama dan salah pembawaannya sebagai orang Islam. Dan Rais sendiri tidak perlu mengakui Islam lagi kerana telah berusaha menjumudkan Islam mengikut persepsi si Mamak Barua itu dan dengan sengaja mencemar kesucian Islam. Nampaknya Rais Yatim lebih takut pada Si Tua kutuk ini daripada ALLAH.. dasar manusia BANGSAT!

Apakah penggubalan undang-undang yang sedang dalam proses ini benar-benar untuk menjaga kesucian Islam atau menjaga kedudukan bapak penipu yang dayus itu?

Apakah sebagai orang Melayu yang beragama Islam, kamu tidak tau bahawa dalam Islam itu ada politiknya? Apakah Piagam Madinah iaitu perjanjian diantara Nabi Muhammad saw dengan kaum Yahudi itu bukan politik namanya? Bukankah Islam itu suatu agama yang lengkap SYUMUL atau Universal sifatnya dan sesuai sepanjang zaman? Bukan saja universal malah merangkumi the future world...alam akhirat, alam sesudah roh bercerai dari badan. Jika politik hendak dipisahkan dari Islam, makanya Islam itu mempunyai sesuatu kekurangan... kekurangan POLITIK, dan sudah menjadi tidak syumul lagi. Tindakan menggubal undang-undang itu samalah seperti mahu merungkai agama Islam yang SYUMUL yang telah ALLAH akui sendiri kesempurnaan Islam itu. Baca the last wahyu...(kalau saya tidak silap)

Janganlah berlagak seperti sibuta baru celek, dapat sikit kedudukan diberi oleh Mamak , maka sudah cuba memandai-mandai hendak menyempit, memperlekeh dan mencabut Kesempurnaan Islam yang telah diberi oleh ALLAH. Itulah bahana terlalu sangat baca buku undang-undang orang kuffar maka otak jadi Jumud dan tidak dapat melihat keindahan dan kesempurnaan yang ada pada agama Islam itu sendiri.

And mind you...dalam menganuti agama Islam cukup simple, samada you are 'IN' or 'OUT'. Tidak ada apa yang dikatakan 'Islam extreme' atau 'Islam sederhana'. 'IN' Islam ertinya mematuhi segala suruhan ALLAH dan Sunnah Nabi serta meninggalkan segala larangan-NYA seperti yang termaktub dalam Al Quran dan Hadith, manakala 'OUT' pula itulah orang-orang kuffar, murtad dan sekular.

Label extreme dan sederhana itu diberi oleh orang kuffar yang cuba menyekat perkembangan Islam itu sendiri. Cuma dalam Islam kita diajar supaya bersikap 'sederhana' dalam segala hal TETAPI bukan dari segi anutan agama! Dan politik Islam itu sendiri memang wujud perbezaannya dengan politik sekular....

BERUK SEKULAR MENGGUBAL UNDANG-UNDANG ISLAM...

Sahlah peristiwa Sauk menjadi pemisah antara agama Islam dan politik. Maka salahkah kalau kita katakan bahawa rompakan senjata di Sauk itu telah sengaja di rancang oleh Si Pariah dan kuncu-kuncunya bagi tujuan menghancurkan agama dan perjuangan Islam? Dan sekaligus mengekalkan kuasanya?

Untuk menghalalkan tindakan mereka, lagi satu DEMI digunakan iaitu DEMI menjaga kesucian Islam. Lihatlah manusia yang menganut fahaman sekular, hendak menggubal undang-undang untuk menjaga kesucian Islam...he..he..he...lawak bodoh!

Adakah orang yang menggubal itu terdiri dari ulamak-ulamak UMNO{B} yang membiarkan Si Tua Bangsat menyanggah dan mempersendakan hukum ALLAH dan memperlekehkan Nabi Mohammad? Adakah ketua penggubal undang-undang itu ulamak ulung UMNO iaitu Mahathir a/k Kutty? Apakah penggubalan undang-undang itu mengikut lunas-lunas agama atau atas kehendak manusia bangsat ini? Adakah benar kerana hendak menjaga kesucian Islam atau menjaga kesucian si Pariah Kerela Mamak Kutty anak beranak dan kroninya?

Kalau benar hendak menjaga kesucian Islam mengapa UMNO(B)/BN tidak meletakkan Al Quran itu sebagai pemerintah negara ini? Mengapa pula JAIS dimalukan pada hal terang-terang tindakan JAIS itu benar? Mengapa pula Anwar Ibrahim seorang Islam tidak dibicarakan dalam Mahkamah Syariah? Begitu juga dengan kumpulan Al Maunah sekarang ini? Bagaimana pula dengan kes tiga orang ratu cantik di Selangor, Nor Aishah Bokhari dan remaja-remaja dan orang Islam yang murtad? Mengapa tiada tindakan diambil?

Mengapa dalam kad pengenalan diri dimansuhkan perkataan agama? Adakah tujuannya untuk memberi keselesaan kepada orang yang murtad supaya tindak-tanduk mereka tidak dikesani? Apa inikah symptomnya kepada dasar kebebasan beragama? Atau secara saikologinya mendidik rakyat (ke arah ateis) bahawa agama itu sudah tidak penting lagi. Apakah rakyat sedang dididik ke arah komunisme?

Kes saudara baru bangsa India tiga beranak yang mati dibunuh dengan sia-sia, di PJ, apakah kesudahannya? Rasa-rasanya, usahkan JAIS, polis pun terus kecut dan jadi bebal bila tiba hal macam ini.

Dan yang paling nyata kesucian Islam itu terang-ternag dicemar dan dihina oleh empat orang menteri Barisan Nasional yang bukan beragama Islam, Ling Liong Sik, Lim Keng Yik, Ong Ka Teng dan Samy Vellu. Sudahkah tindakkan diambil terhadap mereka DEMI menjaga kesucian Islam?

Banyak lagi kes-kes yang mencemar dan menghina Islam tetapi sedikit pun tidak diambil peduli oleh orang yang dikatakan sedang menggubal undang-undang Islam ini. Memang orang yang mengaku Islam yang berada dalam UMNO itu sudah dayus sedayus-dayusnya. Itulah tabiat beruk-beruk sekular yang sedang gegak menggubal undang-undang Islam kunuunnya. Di era pemerintahan yang zalim ini, semua undang-undang dan akta-akta digubal dan digunakan bertujuan tidak lain dan tidak bukan DEMI menjaga kepentingan Si Pariah seekor nih.

DEMI....DEMI...DEMI

Jadi jangan cuba hendak memperbodoh dan membohongi rakyat dengan isu DEMI Islam... Sampai bila nak berselindung disebalik DEMI ha? Lihatlah betapa DEMInya mereka...

Melaksanakan perojek mega DEMI pembangunan..DEMI generasi akan datang. Mengkritik pemimpin adalah 'taboo' DEMI keselamatan negara. Dulu sistem payung di ujudkan DEMI mendidik dan menjaga kepentingan perniaga kecil dan sederhana bumiputra, tetapi syarikat anak Mamak dan kroninya yang jadi payung itu kaya raya dan peniaga bumiputra itu lingkup entah ke mana...

Begitu juga akhbar pembangkang dan suara rakyat perlu dikekang DEMI keselamatan awam. Perhimpunan secara aman atau berkumpul melebihi dari lima orang tidak dibenarkan DEMI kestabilan negara. Dan akhir-akhir ini sesiapa yang mengatakan peristiwa rompakan senjata di Sauk itu suatu 'sendiwara' akan dikenakan tindakan ISA itu pun DEMI keselamatan negara.

Berapa banyak DEMI yang dilaksanakan namun impak DEMI itu cuma untuk keselesaan dan mengukuhkan kuasa regim Mahathir yang sudah gila itu sahaja dan tidak kepada rakyat terbanyak. Rakyat masih menderita dengan gejala sosial yang masih tidak dapat dibendung, kesempitan hidup dan segala cukai yang dikenakan serta hutang negara yang dilakukan oleh Mahathir dan kuncu-kuncunya DEMI memperkayakan anak-anak dan kroni mereka.  Yang iyanya segala yang dilakukan di atas nama DEMI..DEMI..DEMI itu hanyalah ....

DEMI Mahathir dayus maka...
1.Berselindung dibalik buntut hakim DEMI menyelamat dirinya diheret     ke mahkamah.
2.Sendiwara semasa SAUK

DEMI mengalih membusukan mereka kepada PAS dan Parti BA dan mengalih pandangan rakyat terhadap laporan polis mengenai kes salah guna kuasa Mahathir oleh Datuk Shafie Yahya.

DEMI memusnahkan musuh poltiknya
DEMI mengsekularkan Islam bila sudah sekular mudah saja orang Melayu itu diperkotak-katikkan dan UMNO(B)/BN boleh terus berkuasa mengikut selera Yahudi dan..
DEMI menyesatkan orang Islam.
DEMI takut perbuatan Rasuah, songlap wang rakyat dan kejahatannya terbongkar.
DEMI mengkayakan anaknya dan kroninya.
DEMI takut ditangkap polis kerana mengamalkan segala yang menyalahi undang-undang.
DEMI mahu mengembalikan sokongan rakyat kepadanya.
DEMI bencinya kepada bangsa Melayu kerana dia Mamak.
DEMI mengekalkan fitnah dan pembohongan dan penipuan.

Yang sebenarnya kalau kita lihat dan fikirkan, Mahathirlah kepala segala DEMI yang menjadi doktrin kepada semua kuli-abdinya!

DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA

Tingkahlaku pentadbiran Mahathir dan UMNO{B}/BN ini tidak ubah seperti ala pentadbiran regim Tel Aviv.. mengugut, menekan, menindas dan menyeksa rakyat di bawah ISA. Mungkin juga pentabirannya ini adalah kembar pemerintahan Yahudi. Semua orang tahu penasihat ekonomi dan imejnya adalah bangsa Yahudi. Dan segala apa yang berlaku terhadap Islam kini adalah mirip tindak-tanduk Yahudi Israel! Bukankah Mirzan itu pernah dididik dan bekerja dalam syarikat Yahudi di Hongkong? Mahathir sendiri dikatakan pernah menghadiri perjumpaan dan persidangan CIA/Yahudi di Amerika. Ahli FREEMASON? iaitu sebuah pertubuhan Yahudi yang bergerak di seluruh dunia...wallahualam bissawab..siapa tahu sila jawab.

Jadi apa lagi yang mahu diharapkan pada regim ini..semuanya menyakitkan, mengsangsarakan, menghancurkan, membebankan, menyusahkan dan menjahanamkam rakyat dan negara. Begitu juga segala perilaku dan tutur-kata mereka semuanya menjijikan...

Dan DEMI agama, negara dan bangsa....biar beribu undang-undang digubal, biar berjuta isu yang ciptakan, biar menggunung penghinaan lemparkan terhadap Islam, PAS dan Barisan Alternatif, biar...biar...  biar dan terus biar.... namun rakyat sudah tidak peduli lagi semua itu. Rakyat tetap mahu merasa di bawah pentadbiran BA kerana 'kalau tidak dirasa manakan tahu nikmatnya' dan 'tak kenal maka tak cinta'

AYUH KITA TERUSKAN AGENDA KITA..... MERUNGKAI SEGALA KEBUSUKAN MAHATHIR DAN KRONINYA... BIAR DIA MELALAK MENCIPTA BERJUTA 'DEMI' DAN 'ISU'.. NAMUN ISU KITA UNTUK MENGHERET MAHATHIR DAN KRONINYA KE MAHKAMAH TETAP DITERUSKAN HINGGA TERLAKSANA... DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA TERCINTA!


Tun Teja

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com