MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

KEMUDAHAN INTERNET

Saudara webmaster,

Saya telah lama tidak mengikuti sebarang ceramah anjuran PAS atau keADILan. Sebab utamanya adalah kerana bila ianya diadakan di tempat tertutup dan terhad seperti madrasah, pejabat parti, hotel dan sebagainya, ia kurang menarik minat saya.

Oleh itu maklumat semasa yang saya terima hanyalah dari internet. Saya tidak pernah ketingalan melayari 6
atau 7 laman-laman web setiap hari. Dan saya juga sentiasa membuat hardcopy untuk edaran kepada kawan.

Saya mendapati maklumat di laman-laman web ini sangat penting untuk menangkis berita fitnah dalam
media-media kerajaan BN.

Semasa peristiwa Memali, saya seratus peratus percaya apa yang diceritakan oleh tv dan suratkhabar. Sebabnya
pada masa itu tiada sumber maklumat yang lain. Pada saya apa yang diceritakan di tv dan suratkhabar itu adalah betul belaka dan saya sentiasa bersangka buruk terhadap mereka yang terlibat dan juga PAS.

Dengan adanya internet, keadaan telah berubah sama sekali. Walaupun media pembangkang disekat dan diharamkan, ceramah-ceramah di tempat terbuka tidak diberi permit, dan berbagai lagi halangan dilakukan
oleh kerajaan BN terhadap penyebaran maklumat oleh pembangkang, namun masyarakat tetap juga mengetahui
perkara-perkara yang cuba dirahsiakan oleh kerajaan BN.

Namun begitu ini sebenarnya masih tidak mencukupi kerana mengikut angka yang tertera melayari laman-laman tertentu tidak pun sampai 1 juta orang setiap hari, sedangkan rakyat Malaysia jauh lebih banyak dari itu.

Oleh yang demikian rakyat yang tidak melayari laman-laman ini mendapat sumber maklumat dari mana? Walaupun sudah pasti pengundi-pengundi BA pada 1999 akan masih memileh BA pada tahun 2004, namun mereka ini masih perlu mengetahui perkembangan semasa, terutama yang membabitkan penipuan oleh kerajaan BN.

Persoalannya, berapa ramai yang memiliki kemudahan internet ini. Di Kuala Lumpur ini pun masih terdapat ramai dikalangan kawan-kawan saya yang masih tidak memiliki kemudahan ini. Setiap hari, saya akan menjadi sasaran untuk mereka mendapat berita terbaru. Kalau di Kuala Lumpur pun masih ramai yang tidak memiliki komputer, bagaimana di kawasan pendalaman?

Apakah ada usaha-usaha yang tidak saya ketahui yang menuju kearah memastikan setiap rakyat akan memiliki
komputer di rumah mereka? Sejauh manakah serious dan berkesannya usaha tersebut? Adakah pehak BA ada
memainkan peranan dalam perancanaan ini? 

Masalah utama yang dihadapi oleh kawan-kawan saya adalah masalah kewangan. Kerana itu apabila pihak KWSP memberi kebenaran untuk mengeluarkan simpanan untuk tujuan membeli komputer untuk persekolahan anak-anak, mereka berebut-rebut mengambil peluang itu.

Begitulah miskinnya umat Melayu. Tapi apa nak buat, kita jadi begini kerana salah kita sendiri.

Mungkin sebahagian royalti minyak di Terengganu boleh dijadikan dana untuk memberi pinjaman mudah supaya
semua rakyat di Terengganu dapat memiliki komputer. Dan memberi sedikit bantuan kepada rakyat di Kelantan,
Kedah, Perlis dan Pahang.

Bukanlah tujuan saya untuk menghalang rakyat dari mengikuti ceramah-ceramah anjuran BA, cuma kemudahan
komputer ini perlu ada. 

Seperti debat ustaz Asri dan Astora Jabat tempoh hari, ianya diadakan di Mersing. Tidak mungkin orang di KL
akan kesana untuk mengikutinya. Dan ramailah yang berpusing merata mencari tape rakaman debat tersebut,
dan selalunya usaha tersebut akan berakhir dengan kekecewaan. Namun saya dapat juga mengikutinya dilaman
Tranung Kite. Walaupun cuma suara yang kedengaran dan tanpa gambar, namun saya masih dapat mengikuti debat tersebut di dalam rumah sendiri. Kan senang tu.

Akhirkata, bagaimana kalau usaha untuk memastikan setiap sepuluh rumah penyokong BA, paling kurang satu
rumah mesti mempunyai sebuah komputer berserta sebuah printer, dijadikan sebagai salah satu perjuangan?

Sekian.

Sofjan Tsauri

Nota webmaster:
Cadangan saudara sungguh baik sekali. Alhamdulillah, saudara bukanlah rakyat yang boleh diperbodohkan. Saya rasa bersyukur kerana saudara insan yang diberi petunjuk Allah. Tetapi janganlah kita sesali akan kelemahan kita. Sesungguhnya inilah peluang untukk kita berjihad kerana ganjaran di sisi Allah sungguh besar sekali. 

Ingat! Berjihad bukanlah semata-mata mengangkat senjata di medan pertempuran. Malahan jihad yang utama adalah kata-kata yang benar disampaikan kepada pemerintah yang zalim. Manakala jihad kita yang besar melawan hawa nafsu sendiri. Mulakan berjihad di jalan Allah. Cetakan artikel yang mustahak kepada mereka yang terdekat, ibu bapa, adik beradik atau anak-anak kita. Sebarkan juga url laman ini kepada mereka yang masiih belum mengetahuinya. Ini disebut fisabilillah.

 

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com