YANG ARIF HAKIM-HAKIM BADUT
Dalam kita memperkatakan soal pementasan Sandiwara Sauk
dan rentetan isu mengenai Pesta Filem Gabra SeMalaysia itu, jangan sesekali kita lupa
perkara-perkara besar lainnya seperti krisis keyakinan rakyat dan dunia
terhadap
sistem kehakiman dan pengadilan di Malaysia.
Walaupun kita ada ramai hakim,
kita dapati hakim-hakim yang sama duduk mengendalikan kes-kes yang melibatkan
kerajaan, UMNO dan Mahathir. Bila hakim-hakim ini ada, umum boleh agak apa hasil
keputusannya nanti. Walau sebernas mana hujah pihak yang satu lagi, pihak kerajaan /
UMNO / Mahathir serta geng-geng mereka akan pasti menang. Keputusan-keputusan yang tak
masuk akal adalah lumrah. Memang benar kata Tun Suffian, kita yang tak buat salah
memang akan berasa tak selamat jika dihadapkan di Mahkamah tertentu dewasa
ini.
Hakim-hakim
kita ramai yang bagus dan tekun bertugas sebaiknya walau sentiasa diganggu orang
politik (baca UMNO dan Mahathir) dan tidak mendapat imbuhan sewajarnya. Kesilapan
memang ada kerana mereka juga manusia biasa. Tapi terdapat sekumpulan hakim badut yang
turut menghantui, mengugut dan memalukan kewujudan mereka ini.
Hakim-hakim
badut ni rata-ratanya tak layak jadi hakim pun. Bukan saja ilmu dan pengalaman yang
kurang, rupa pun tak ada!
Mereka ada rekod zaman silam yang disimpan Mahathir. Ada
juga yang turut taksub dengan Mahathir dan UMNO hinggakan mereka membelakangkan
keadilan. "Ketenteraman negara" memerlukan pengorbanan dan adalah nanti
sesiapa yang sengaja dijadikan korban. Segala keterangan dan kesaksian yang jelas
palsu akan diterima. Ada orang UMNO mengaku ulama turut mengiakannya kerana "darurat".
Apa lagi, menggila sakanlah hakim-hakim badut ni. Apa peduli rakyat kata. Orang
luarpun tak boleh menyibuk. Semua kerana mereka mendapat perlindungan penuh dari
Mahathir dan selepasnya pulak nanti, dari UMNO yang mereka yakini akan terus merangkul
kuasa sampai bila-bila.
Di peringkat Mahkamah Tinggi, Hakim duduk sendirian.
Kita akan dengar nama-nama seperti Augustine Paul, R.K.Nathan, Wahab Patail, Ariffin
Jaka dan Low Hop Bing berkali-kali. Anak-anak sekolah rendah pun boleh agak keputusan
yang bakal mereka buat. Ramai peguam cuba sedaya upaya untuk tidak menfailkan kes-kes
pelanggan mereka dengan hakim-hakim sebegini. Namun tak semua berjaya sebab penentuan
hakim mana yang bicara kes akan dibuat oleh ketua mereka, Hakim Besar Malaya (Wan
Adnan bekas wakil rakyat BN peranakan Terengganu) kalau tidak pun dari Ketua Hakim
Negara (Eusof Chin yang terkenal tu) sendiri. Satu panggilan telefon dari mereka ni
sudah cukup untuk menukar korum.
Di peringkat Mahkamah Rayuan, tiga hakim
sekali duduk bersidang. Pasti sekurang-kurangnya dua dari mereka ni adalah di antara,
Lamin Yunus (Presiden Mahkamah Rayuan - salah seorang hakim paling junior di antara
hakim-hakim
Mahkamah Rayuan), Mokhtar Sidin (kes rasuah dan salah lakunya sudah tersohor), G. Sri
Ram (dipercayai sebagai jurutulis utama kesemua penghakiman yang dibuat oleh
badut-badut ini - sebagai bekas peguam, selain Low Hop Bing dan R.K.Nathan, dialah
satu-satunya yg paling bijak dan baik English nya) atau Fairuz (seperti tersebut di
"surat layang" yang mengorbankan Hakim Syed Aidid dulu, seolah-olah lalang).
Supaya tidak nampak "obvious", hakim ketiga selalunya hakim Mahkamah Rayuan
lain ataupun seorang
hakim Mahkamah tinggi. Lihatlah rayuan kes Anuar bila Lamin,
Mokhtar dan Fairuz duduk sekali; hasilnya dah jadi sejarah. Selalunya tidak akan ada
hakim senior dan disegani dijemput duduk bersama mereka. Lamin Yunus yang tentukan
korum. Disebabkan keputusan ikut majoriti, tentulah keputusan boleh diduga dari awal.
Di
Mahkamah Persekutuan juga, sekurang-kurangnya tiga hakim bersidang sekali.
Sekurang-kurangnya dua dari mereka ini adalah di antara Eusof Chin, Wan Adnan atau G.
Sri Ram (hanya 1 hakim Mahkamah rayuan boleh duduk di Mahkamah Persekutuan dalan
satu-satu masa). Boleh juga mereka bertiga duduk sekali. Biasanya tiada juga hakim
senior dan disegani dijemput duduk bersama mereka. Eusof yang tentukan korum.
Keputusannya ikut majoriti. Hasilnya, tekalah sendiri.
Di mahkamah Rayuan dan
mahkamah Persekutuan setiap hakim patut buat penghakiman mereka sendiri. Tapi hampir
di semua kes yang melibatkan badut-badut ni, cuma satu saja penghakiman dibuat yang
kononnya sebulat
suara. Sebenarnya itu satu helah untuk menutup kelemahan mereka
dari membuat alasan penghakiman yang ditertawakan dunia disebabkan
"kearifan" mereka itu. Juga bagi membolehkan perjalanan kes mengikut skrip
yang dirancang bersama. Tiada hakim senior yang disegani terlibat bagi mengelakkan
beliau menulis penghakiman walaupun keputusan minoriti (dan kalah) tapi kukuh, bernas
dan paling meyakinkan.
"Justice is dead, long live keADILan!"
-Abang
Kenyalang.