INGAT UMNO: DATANG KEBENARAN DAN LENYAPLAH
KEBATILAN!!
Pemimpin dan Penyokong UMNO hilang pegangan!! Mahathir Mohamad, President orang UMNO
yang masih mengaku dirinya Perdana Menteri, makin nampak keterluan rimas melihat
“Sadiwara Sauk” yang direkaciptanya bersama beberapa orang pengikut ‘jumud’nya
betul-betul nampak kecewa direndam perasaan yang amat gundah lagi dan gabra.
Apa Kesudahan Sandiwara Mahathir di Sauk?
Diakhir-akhir ini, beliau terpaksa menyudahkan sandiwara jijik itu dengan tajuk baru
dinamakan “Sandiwara UMNO” pula. Makin itu makin ramai orang UMNO yang menggeleng
kepala. Masakan sandiwara “kejam dan zalim” mahu dipalitkan kepada orang yang tidak
bersalah. Kata mereka, “Kalau nak mampos pun, kojol sendiri sajalah. Kalau ke Neraka,
kroni tak mau lah!!”. Sebelum memanjangkan bicara, ingin saya menyampaikan
sepotong Firman Allah swt. didalam surah Al Isra’ ayat 81, yang bermaksud:
[[ Katakanlah sesungguhnya yang benar telah datang dan yang batil telah hilang,
sesungguhnya yang batil pasti akan lenyap/hilang]].
Bertitik tolak dari ayat itu, perbicangan kami yang dipandu oleh seorang ulamak yang
pernah menjadi penyokong kuat UMNO (satu masa dulu, kini telah menolak
mentah-mentah parti itu) berlanjutan hingga berbicara perkara-perkara dan permasalahan
terkini yang sangat releven dengan ‘events’ yang dilakukan UMNO dengan pengarah
utamanya: Datuk Seri Dr. Mahathir, Presiden dan Perdana Menteri UMNO yang kini hidup
dalam serba-salah.
Amalan Jahiliah Pilihan UMNO
Berkata beliau lagi, “Amalan Jahiliah bukanlah merupakan amalan yang berasaskan agama
dan aqidah. Bahkan mereka tidak punya agama dan aqidah yang teguh mengamalkan juga.
Sebab itu amalan dan perbuatan jahiliah tidak lebih dari sekadar menurut kehendak nafsu
menjadi warisan yang sukar dihapuskan. Kerapkali wang, ganjaran pangkat dan habuan
menjadi kiblat mereka. Ia menjadi adat didalam kehidupan seharian. Tengok saja apa yang
terjadi kepada mereka (maksud beliau puak pemimpin UMNO)”.
Sepulangan saya dari majlis itu, saya kembali menyemak pita rakaman wawancara Mahathir
dan beberapa puak dari kelompok UMNO. Saya tanya diri saya, “Apakah mereka taksub
hingga terpesong begitu jauh dari kebenaran?”. Teringat saya seorang netter di
LamanWeb FGR menyebut:
- Pemimpin UMNO (Barua) mahukan orang Melayu “Baru”(a) sederhana dalam
mengamalkan agama Islam. Apakah konsep “sedeharana” kepada mereka? Adakah
bermakna Solat Zohor, 'Asar dan Isya' jadikan 2 rakaat, maghrib 1 1/2 rakaat dan
subuh 1 rakaat agaknya?
- Apakah memadai bersolat setakat seminggu sekali saja (hari Jumaat) sebagai tanda
sederhana dan menunjukkan mereka Islam kununnya.
- Kita nampak WANITA UMNO mentafsirkan ‘Aurat’ boleh dedah. Pakai tuduh juehkan
jambul, atau telanjangkan rambut di kepala – samada rambut asal atau
‘cemara’… SEDERHANA namanya!! Orang Islam buat kerja-kerja mungkar dibiarkan
kerana itu urusan dia.
- Begitu juga, Pemimpin UMNO berdiam diri saja bila berlaku kes-kes ROGOL
dikalangan mereka atau menyepak-terajang rakyat bila ada yang kena pada seleranya.
Mereka tak boleh ditegur dan tak boleh dilarabf-kritik, sebab mereka mengamalkan
Islam SEDERHANA.
Sekaligus saya teringat kesah Rahim Thamby Chik MEROGOL
gadis bawah umor. Dan terdengar kesah orang UMNO pergi ke Indonesia melawat Jawa Pos
(akhbar Indonesia) mengaduakan prihal (Dr. kah dia?) Abu Hasan Omar, MB
Selangor melakukan “persetubuhan haram” dengan adik iparnya hingga melahir bayi
diluar nikah !! Kerana mereka bertaraf pemimpin, maka undang-undang syariah dikendur
dan dibengkang-bengkokkan supaya selari dengan konsep “SEDERHANA”. Itulah dia
UMNO dan pemimpin mereka!!??
- Pemuda pemudi Islam berkelakuan tak senonoh, minum arak, bohsia dan menggila-gila
dengan Konsert Bolliwood dan Vengaboys. Pemimpin UMNO tak ambil pusing sebab
mereka mengamalkan konsep Islam “Mahathirisma“ yang serba SEDERHANA. Teringat
saya Ning Baizura (kununnya masih dara) mengaku hebat dalam “pergelutan ala
Xena”, hingga “5 Herculis campur Sindbad” pun boleh kalah kalau setakat
“mendayung tongkang” nya yang sudah bertukar menjadi setanding “belulang
kasap” yang dijemur kering.
- Pemimpin kaki betina dibiarkan seperti Megat Joned dan suku-sakat UMNO amat bangga
kerana melanyak “dara-dara bawah umor”, Pemuda pemudi Islam masuk gereja utk
nonton konsert (seperti apa yg berlaku di gereja Monfort Boys' Home di Shah Alam).
UMNO membiarkan saja. Kununnya, UMNO dan pemimpinnya adalah “open-minded dan
sporting” dan atas segala-galanya mereka adalah SEDERHANA, katanya.
- Sapu duit rakyat, tak apa, sebab kita mengamalkan Islam SEDERHANA. Pukul dan
penjara rakyat yang membantah Persahabatan “peluk-cium” antara Mahathir dengan
Yahudi. Melakunkan “drama Sauk” atas nasihat Yahudi (juruperunding beliau)
dianggap sebagai usaha ‘mengglobalisasikan’ negara dan rakyat!!
Makin lantang seruan rakyat dengan berkata “Wahai ulama UMNO (Barua), sila beri
penjelasan, apakah dia tafsiran mengenai amalan Islam SEDERHANA kalian? Kemanakah kalian
hendak bawa Islam, dan kemanakah hala tuju aqidah yang umat Islam kalian arahkan?
Jawapan yang terdengar cuma….. “Kami tak boleh berbuat apa-apa. Siapa nak bagi
pendapatan bulanan? Siapa yang nak bagi kami jawatan, pangkat dan gelaran Tan Sri,
Datuk, Datuk Wira sebagai habuan dunia? Biarlah ugama tinggal ugama asalkan perut kami
kenyang…sudahlah!!
Sandiwara Bertukar Tajuk Asal
Dari pita rakaman wawancara Mahathir dan sekongkolnya yang disedut dari TV Malaysia,
nampak kepada kami (Bekas UMNO yang sama-sama menonton) betapa malu dan serba-salahnya
beliau (Mahathir) terpaksa mengerah, memaksa dan mengugut semua pemimpin UMNO (yang
tidak tahu hujung pangkal) supaya bercakap di TV dan menulis di media massa. Saban hari
Mahathir memantau pergerakan mereka bagi mempastikan ‘Sandiwara
Pembohongan Mega’ melinium ini mampu memberi daya dan keberkesanan yang setimpal
dengan tujuan asal beliau. Malangnya, sandiwara itu masih tidak mendapat tahap
“Tayangan Perdana” bertaraf ‘Box Office’ pawagam rakyat.
Mahathir dan UMNO Tersilap Besar
Makin nampak Mahathir tersilap besar! Beliau masih dalam ‘dreamland’ dengan
menganggap dirinya masih ada kaliber dan ketokohan selama hampir 18 tahun. Beliau
tidak menerima hakikat dirinya secara tiba-tiba kehilangan kewibawaan – pudar, malap
dan ‘evaporate’ bagai kepulan asap. Makin rakyat nampak bahawa segala sadiwara
“Pembohongan, Rasuah dan Penyelewewngan” beliau yang beragenda Mega selama ini
telah dikesan dan didedahkan untuk rakyat dan dunia sejagat melihat dengan mata
kepala.
Bukan salah siapa. Kesemuanya berpunca dari sikap beliau yang tamak kuasa dan bangsat
jiwa dan peribadi yang penuh dengan dendam dan kesumat serta prasangka iblis yang
menghasut rohaninya. Pagi ini, Ahad 23 Julai 2000, kedua-dua “orang bangang” yang
jadi barua Mahathir – Jamaluddin Jarjis yang berkelulusan akedemik Ph.D dan Hamid
Zainilabidin yang terkenal dengan “Khutbah Pro-UMNO” nya telah diupah khas oleh
Mahathir dan regimnya supaya membantu mempromosikan peralihan “Kiblat” umat Islam
supaya terpesong dari kebenaran Allah swt.
“Islam Sekular Mahathirisma” – satu ‘Ajaran
Sesat’
Mereka berdua itu adalah diantara puluhan pemimpin puak UMNO kalangan “penganut Ajaran
Sesat” yang dipelopori oleh Mahathir. Mereka adalah “kumpulan” yang ternyata
taksub dengan imbuhan wang dan ganjaran dunia. Dikatakan Mahathir menerajui “Ajaran
Sesat UMNO” kerana parti itulah yang bermati-matian mewujudkan satu fahaman Islam yang
disebut “Islam Sekular Mahathirisma”. Contoh yang nyata, Mahathir mengeluarkan
pelbagai fatwa dan hasutan yang sangat-sangat bertentangan dengan Islam sebenar yang
diwahyukan kepada Nabi Muhammad saw. Mahathir dengan sengaja telah
memperlekeh Nabi dengan menyindir janggut Baginda. Mahathir mencabar dengan angkuh
menggila-gila dengki dengan kepimpinan dan kesungguhan Baginda sebagai pesuruh Allah
swt. Mahathir mencabar kenabian Muhammad saw yang kununnnya hanya mampu mengetuai satu
kabilah, wahal dirinya (Mahathir) menerajui sebuah negara 20 juta hingga diberi gelaran
“Wira Negara Ke-3”.
Mungkin Mahathir tidak tahu jumlah penganut Islam hampir 2.0 billion seluruh dunia.
Mahathir ingat lain orang “tak ada baca ka?” Mahathir telah mengugut dan memaksa
rakyat Malaysia dan orang Melayu beragama Islam supaya BERSYUKUR kepada beliau dan UMNO
Baruanya kerana memberi rezki dan kesejahteraan. Bermakna Mahathir telah mengalih aqidah
umat Islam dari bersyukur kepada Allah swt. kepada beliau (Mahathir). Mahathir tidak
sedar, kalau setakat menjadi Presiden UMNO (tanpa bertanding seperti FIRAUN) atau
menjadi Perdana Menteri Malaysia seperti Diktator Hitler, Pinnocet, Soeharto,
Marcos, Stalin dan Lenin, orang tak pandang sebelah mata. Kau pasti akan mampos, dan
waktu itu satu dunia akan bersorak-sorai merayakan “memaposan” seorang “ahli
neraka Jahanam” dari bumi Tuhan!! Alhamdulillah…syukur nikmat!!
Dengan karenah menyerupai Yahudi dan Nasrani, Mahathir menggunakan semua jentera awam
dan wang untuk memberi imbuhan kepada semua pihak selagi mereka sanggup menajdi
“hamba-sahaya dan budak suruhan”. Yang afdhal bagi beliau, namanya mesti diangkat,
dijulang dan diketengahkan sebagai seorang pemimpin “sahaja” dalam UMNO yang
dinobatkan dengan “kuasa” sampai maut merentap nyawa dari tenggoroknya!! Maut
sedang mengintai detik terakhirnya!!
Mahathir Menentang Fitrah Manusia
Dengan menggunakan khidmat para penjilat dari puak UMNO (seperti Jamaluddin Jarjis) yang
sanggup denga rela hati memperbodohkan diri walaupun punya degree akedemik Ph.Dnya, dan
Hamid Zainilabidin yang menggadaikan ilmu ugama yang di timba dari Al-Azhar, tetapi
lebih bangang jauh lebih dungu-bebal dari “anak-anak tadika Islam”; mereka berdua
bercakap dengan otak sebegitu cetek dan minda yang madal lagi tumpul. Alangkah
menderitanya jiwa mereka!!
Sebelum ini Fuad Hassan (anak seorang Ulamak terkenal) dan seorang Ustaz Kpt Najmudin
telah masuk perangkap yang sama. Mereka membantu puak bukan Islam dengan memberi
tafsiran dan kefahaman seolah-olah agama Islam itu adalah agama yang tidak sesuai untuk
dijadikan ugama resmi seperti termaktub dalam Perlembagaan negara. Ini adalah
bertepatan dengan hujah Mahathir di Perhimpunan UMNO Mei 2000 dan semua Perhimpunan
sebelum itu. Katanya, Islam terlalu kuno dijadikan landasan pentadbiran sebuiah
negara!!
Sebagai menambah golongan orang Melayu dalam kategori “Bangang dan Madal” itu,
terangkumlah beberapa orang cendekiawan yang rosak akhlak dan luntur jiwa bangsa
membantu Mahathir mewar-warkan faham “MahaJUMUD” nya. Di media arus perdana,
timbullah nama-nama jelek seperti Firdaus Abdullah dan Ramlah Adam yang mudah dibeli
dengan memberi mereka kenaikan pangkat sebagai “profesor”. Rumusannya, tugas
“hamba-sahaya” Mahathir itu adalah semata-mata menyebarkan “prophecy”
Mahathir dalam agenda beliau merosakkan pandangan rakyat terhadap perjuangan
rakyat “menegakkan Keadilan dan menumbangkan Kezaliman dan Kebatilan”.
Mereka ‘melalak’ mengutuk sesiapa juga selain diri tuan mereka dan diri
sendiri. Tidak pernah mereka mempersoalkan karenah Mahathir melakukan pecah amanah
selaku seorang penjenayah undang-undang negara, menganjurkan sesi-sesi fitnah dan
adu-domba, memutarbelitkan fakta-fakta agama, takut ke mahkamah menjadi saksi,
melindungi penjenayah rasuah, perogol dan pembunuh, merompak harta rakyat, menghasut
umat Islam mengecam agama dan menyeleweng pelbagai fakta melalui fitnah dan dendam
kesumat. Puak-puak upahan itu tidak saggup berbicang dan membincangkan isu sebenar
bagaimana orang Melayu telah dipandang hina oleh Mahathir dengan menggunakan UMNO yang
disokong oleh komponen BN!! Tak ada!! Mereka sengaja buat-buat lupa.
Kepentingan perut makin mengatasi segala-gelanya. Bagaimana mau membaiki UMNO yang sudah
terlalu parah, terlanjur nazak menanti maut saja? Tak ada obat lagi, melainkan
mati bergalang tanah, dan dilipat dan gonyoh-gonyoh buang kelubang tandas..!!
(bersambung)
Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar
Berduri)