MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

KENYATAAN YANG MENGELIRUKAN

Sdra webmaster,
Tidak lama dulu, sejurus tiba dari Mesir selepas menghadiri mesyuarat OIC, saya masih ingat lagi PM kita berkata bahawa kejadian tidak senonoh membakar sekolah oleh segolongan pelajar boleh dikaitkan dengan  hasutan dari pihak pembangkang yang mengajar pelajar-pelajar supaya membenci kerajaan. Sekarang isu tragedi Sauk pula dikaitkan dengan se buah parti pembangkang. Mula-mula seorang ahli dari kumpulan ini saja dari PAS yang dikenalpasti tapi sekarang, boleh dikatakan tindakan kumpulan Al Mau'nah ini dikaitkan dengan PAS. Macam ada sesuatu yang tak kena kerana saya percaya banyak ahli UMNO yang juga menjadi ahli kumpulan Al Mau'nah ini tapi mengapa dipersalahkan PAS saja? Mengapa tak dikaitkan perilaku tak senonoh pelajar perempuan yang dilaporkan berlaku di Sarawak dengan ajaran sesat PAS? Kelakuan tak senonoh, tak bermoral di tempat awam seperti ini sungguh memalukan. Macam mana ia boleh berlaku? Siapa sebenarnya yang menyesatkan rakyat?

Satu lagi berita menarik yang sempat saya baca pada hari ahad ini ialah komen yang dibuat oleh PM berhubung dengan isu 3 rakyat Malaysia yang dibebaskan dari  tahanan di Jolo di mana PM berkata tidak ada bayaran wang bebas tebusan. Tapi, jika kita baca berita dari pihak Filipina pula, memang ada wang tebusan dibayar kepada kumpulan Abu Sayyaf. Tidak lama dulu ada disiarkan dalam akhbar mengenai wang tebusan yang di tuntut oleh kumpulan tersebut. Jadi, mana yang patut kita percaya sekarang? 

Yang kita tahu kumpulan Abu Sayyaf ini bukan sahaja pejuang pembebasan tapi mereka juga lanun dan tidak mustahil, sejumlah wang tebusan telah dibayar kepada lanun lanun ini. Namun demikian, kita mengalu-alukan pembebasan dan kepulangan rakyat Malaysia ini. Cuma, kita harap isu ini tidak dipolitikkan oleh pihak pihak tertentu dan malang sekali ini telah pun berlaku kerana sejurus kembalinya rakyat Malaysia ini, semasa ditemuramah oleh pemberita pemberita, seorang yang dilantik sebagai jurucakap telah memberi penghargaan kepada PM kita!

Pelik, apa kena mengena tebusan tebusan ini dengan PM sehingga tiba tiba memuji PM? Sudah pasti sudah ada orang tertentu yang menyuruh jurucakap ini berkata demikian kerana yang ternampak bersama-sama tebusan tebusan ini semasa di Filipina ialah Aziz Shamsuddin! Mungkin imej dan kredibiliti PM kita sudah berada ditahap yang terlalu rendah disebabkan beberapa isu maka peluang ini diambil untuk menaikkan imejnya.Takkan seteruk macam tu sekali???

RAKYAT PRIHATIN

Nota webmaster:
Memang peranan akhbar mengelirukan. Ini adalah kerana NST dimiliki oleh Tun Daim melalui pemegangan saham tertentu dalam syarikat itu. Ramai rakyat tidak menyedari hal ini.

Kumpulan Abu Sayyaf sebenarnya bukan lanun atau 'gangster' sebagaimana yang digambarkan media perdana. Mereka adalah pejuang Islam tulen yang menentang kemungkaran oleh kerajaan Filipina. Memandangkan rakyat Filipina minoriti Islam, maka mereka berjuang secara haram sebagai anggota subversif.

Memang perjuangan menegakkan Islam ada berbagai cara. Ianya bergantung pada keadaan setempat. Adakalanya kita disuruh berperang dan ada kalanya kita dianjurkan berdiplomasi. Mungkin di negara kita cara yang sesuai sekarang ialah berdiplomasi iaitu melalui pilihanraya. Namun suatu masa apabila pilihan raya dicabul oleh penyelewengan, apakah tidak mungkin kita semua memikul senjata menentang kezaliman kerajaan?

Ringkasnya media adalah alat BN semata-mata untuk menegakkan pendirian mereka dan menunjukkan mereka kuat dan gagah. Sebaliknya ...

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com