EPISOD SAUK: CARA SERANGAN UMNO TERHADAP PAS
Oleh Fathi Aris Omar [emel: faomar@yahoo.com]
Umno
hanya mampu menyerang PAS daripada tepi atau secara sipi-sipi. Serangan Umno terhadap
PAS dalam
drama ala 'Mission Impossible' Sauk itu bermaksud menimbulkan kekeliruan,
dengan tujuan mengaitkan secara kabur dan sipi-sipi kumpulan Al-Ma'unah dengan PAS.
Kumpulan itu digambarkan begini = merampas senjata = melanggar undang-undang = ganas +
sesat = membunuh bukan Islam = hendak tegakkan negara Islam = anti kaum bukan Islam.
Selepas
tersebar watak dan ciri-ciri kotor Al-Ma'unah, maka kesimpulannya "sebahagian
besar daripada 1,800
ahli Al-Ma'unah terdiri daripada ahli-ahli PAS." Inilah
hujah Mahathir. Tidak cukup dengan itu, Mahathir berhujah lagi, kenderaan yang
digunakan oleh sebahagian pengikut kumpulan itu di Sauk "menampal lambang-lambang
PAS." Malah, pemimpin tua ini berhujah, "Amin Razali (ketua atau presiden
persatuan silat itu) dibesarkan dalam keluarga PAS, tinggal dalam kampung yang
didominasi PAS dan dekat dengan penyokong PAS."
Apa hujah ini, Dr
Mahathir? Nyanyuk ke? Alamak... tak kan macam ini cara Perdana Menteri dan kerajaan
menangani
isu "keselamatan negara." Alamak... Najib dan Norian Mai... TOLONGLAH
nasihat PM yang tua ni... janganlah meraban, merepet dan melalut sangat.... Kalau
pakai hujah PM ni, semua ahli Umno di Terengganu dan Kelantan merupakan ahli PAS!!!
Satu penghinaan yang ketara kepada ahli-ahli Umno di dua negeri itu.
Saya
cadangkan PAS, KeADILan dan Barisan Alternatif melaporkan kepada polis agar menyiasat
PM di bawah
Akta Rahsia Rasmi (OSA). Mungkin sebahagian ucapan Mahathir itu diambil
daripada maklumat sulit pihak
keselamatan negara yang dikategorikan
"RAHSIA."
Kalau berani, cubalah siasat PM.
Kalau polis tidak
berani, nescayalah PM itu 'kebal'. Al-Ma'unah dituduh sesat kerana kebal. Mahathir
kalau
kebal (daripada proses undang-undang) apakah tidak sesat?