MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

Islam Agama Rasmi: Baik atau Buruk?

Adalah termaktub di Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa Islam adalah agama rasmi negara. Bermakna, kerajaan boleh memperuntukkan belanjawan dari perbendaharaan negara bagi tujuan membina masjid (mungkin juga maktab Islam dan sebagainya) dan menggajikan Imam-imam dan sebagainya. Pendekata, perkataan bahawa Islam adalah agama rasmi Persekutuan membolehkan kerajaan membuat seribu satu
macam kebaikan untuk umat Islam di Malaysia. Pun begitu, seperti yang telah saya katakan terdahulu lagi, bahawa ianya juga boleh merupakan senjata bagi kerajaan untuk mengawal dan membendung pengaruh Islam demi keselamatan dan kepentingan UMNO.

Masjid dibina merata-rata oleh kerajaan dan diletakkan Imam-imam pilihannya berserta gaji (saya tak pasti). Yang pastinya, Imam-imam ini sekiranya nak terus menerima gaji dan kekal sebagai Imam tidaklah boleh mengatakan sesuatu yang menentang kerajaan – melawan taukeh pula. Begitu juga khutbah—khutbah merupakan skrip dan lakonan dimana Maha Firaun merupakan direktornya.

Imam kak tua sebegini mestilah dihapuskan. Khutbah mereka hambar dan tak relevan kerana tidak mengambil kira masalah dan fakta –fakta setempat. Khutbah tidak sepatutnya ditentukan oleh Jabatan Islam negeri kerana keadaan setempat memerlukan maklumat dan penyelesaian yang tersendiri. Bermaksud, di tempat yang banyak masalah dadah memerlukan khutbah yang bercorak pendidikan akan bahaya dadah. Tak bolehlah sama saja dari satu masjid dengan yang lain. 

Maka saya ada mencadangkan perlu adanya demokrasi bukan demokasi di dalam perlantikan AJK Masjid. Apa yang telah saya syorkan ialah AJK masjid dan Imam masjid mestilah dilantik di kalangan penduduk atau mukim yang terlibat secara demokrasi (pilihanraya kecil) bukan oleh Jabatan Islam Negeri walaupun mereka
boleh mengesahkan. Tempoh perjawatan Imam dan AJK hanyalah selama 2 tahun dimana selepas itu perlu diadakan pemilihan semula. AJK ini boleh terus menjawat Jawatan mereka selagi ada sokongan penduduk. Kedudukan begini memastikan tidak ada sikap tidak kisah dan tidak peka dengan perkembangan semasa dan keadaan sekitar negara atau mukim. Bermakna juga AJK dan Imam mestilah menunjukkan bahawa perlantikan mereka membawa faedah dan rahmat kepada penduduk setempat yang mereka wakili.  Mereka ini perlu digajikan oleh penduduk setempat (jumlah gajinya dengan persetujuan penduduk setempat dari derma-derma jemaah masjid tersebut). Walau apa pun, jabatan Islam negeri atau kerajaan juga mesti memberikan mereka ini elaun yang berpatutan (gaji guru besar atau pensyarah universiti) berserta penginapan rasmi (atau elaun perumahan sekiranya sudah ada rumah) memandangkan bahawa Islam adalah agama persekutuan. Ini adalah hak mereka. Ini memberikan kredibiliti kepadanya dan pengiktirafan atas kebolehan ilmunya. Imam mestilah diberikan kursus lanjutan seperti kelas komputer kerana biarlah dia boleh mengarang dan menaip khutbah-khutbahnya hasil dari ilmu dan penyelidikannya.

Seterusnya, saya hendak mengsyorkan lagi agar Imam tidak boleh dipecat sebelum tamat tempohnya kecuali dengan ditubuhkan sebuah tribunal yang dianggotai oleh tiga Imam dari tiga Mukim yang berdekatan serta dengan satu anggota dari Jabatan Islam negeri. Keputusan mestilah dengan keputusan majority (3 menyokong). Saya
juga ingin melihat agar gaji Imam dan bilal diselaraskan dan dipertingkatkan selaras dengan kedudukan Islam sebagai agama persekutuan. Juga Jawatan Imam mestilah selamat bermakna dikehendaki sebuah tribunal ditubuhkan bagi pemecatannya. Mesti ada perpustakaan dan bilik darjah untuk mengadakan kelas bimbingan atau kelas komputer (rakyat harus celik dengan penggunaan komputer termasuk Imam). Mesti ada jual buku-buku alat tulis dan mesin fotokopi dan mesin minuman. Ingat bahawa Islam adalah agama rasmi.


Saya amat terharu bila baru-baru ini (saya tonton web tv harakahdaily.com), saya mendapati kerajaan Terengganu sebanyak-sedikit (lebih banyak dari sedikit) akan implemen (membuat) seperti di atas. Bermakna perlantikan AJK masjid dilantik oleh penduduk setempat dan merupakan orang-orang yang berwibawa dalam hal agama tidak kira fahaman politik mereka, dengan jabatan Islam negeri mengesahkan .

Saya juga mengambil kesempatan ini untuk berterima kasih kepada Presiden Pas bila dia menyebut di TV WEB laman yang sama bahawa Polis dalam menyiasat kes salah guna kuasa Maha Firaun hendaklah mengambil pernyataan dari si Firaun, Datuk Shafie Yahya dan Tan Sri Bebal Hassan di bawah seksyen 112 kanun acara jenayah. Suara presiden Pas tentu boleh memberi tekanan kepada Polis yang semacam tak relevan lagi. Kata siasatan masih dibuat dan fail belum tutup, namun hingga kini polis belum lagi mengambil statement dari Maha Firaun, Datuk Shafie Yahya mahupun Hassan siBebal. Inilah yang pelik hehehe. Saya juga berharap agar mana-mana pemimpin dapat menyuarakan di TV atau akhbar tempatan mengsyorkan agar Mahkamah rayuan dan Persekutuan (atau bersekutty?) menyemak semula keputusan Hakim Gula Hacks dan keputusan Hakim Jaka untuk tidak memanggil Maha Firaun. Mahkamah ada kuasa inheren (semula jadi) samada ada rayuan atau permohonan dibuat.

Sekian
Jinbravo.

Nota Webmaster:
Cadangan penulis adalah sesuatu yang baik dan seharusnya disokong. Kita sebagai rakyat sudah memikirkan perkara ini. Persoalannya, apakah kerajaan yang memerintah sedia melaksanakan anjuran ini? Ini menjadi satu persoalan apakah mereka ikhlas hendak menegakkan Islam atau melakukannya ala kadar.. Ingatlah bahawa Allah mengetahui apa-apa yang tersembunyi sekalipun kita tidak mengetahuinya..

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com