ANTARA REALITI DAN
PEMBOHONGAN MEDIA
Sdra webmaster,
Saya telah mengikuti tragedi Sauk
dari mulanya. Apa yang saya nampak ialah memang banyak terdapat perkara-perkara yang pelik yang
telah dilaporkan. Terlalu banyak sangat percanggahan fakta yang menimbulkan banyak
tanda tanya.
Yang terbaru ialah mengenai apa yang dikatakan oleh Ketua Polis Negara yang
dilaporkan dalam akhbar-akhbar pada hari ahad 23 Julai. Ini ialah berhubung dengan letupan di
Klang di mana KPN telah berkata bahawa pihak polis belum lagi menghubungkan kejadian ini
dengan mana-mana kumpulan. Yang peliknya, kalau tak silap apa yang saya pernah dengar, PM
baru-baru ini ada berkata bahawa beliau telah mendapat maklumat bahawa kejadian-kejadian seperti
ini ada kaitan dengan kumpulan Al Ma'unah yang kebanyakkannya ialah pengikut-pengikut PAS.
Seolah-olah macam PM sudah tahu sebelum siasatan selesai dibuat.
Pelik sungguh, dan ini
mengimbaskan kembali insiden yang berlaku semasa pemecatan DSAI. Sebelum apa-apa lagi, PM
sudah menghukum DSAI dan akhbar pula membesar besarkannya sebelum tuduhan dibawa ke mahkamah. Saya tak hairan jika setelah di'torture' semasa dalam tahanan, ahli ahli
kumpulan 'Al Ma'unah' yang ditangkap, akan muncul dalam kaca TV untuk membuat pengakuan
!
Sama juga dengan kes pengakuan bersumpah Murad atau kes berhubung dengan
pengakuan Dr Munawar dan Sukma.
Satu lagi perkara yang pelik ialah mana datang bom-bom ni? Dari
rampasan di Sauk? Tak mungkin kerana dilaporkan semua senjata telah dirampas. Jumlah yang
hilang dan dirampas semula telah dilapor dan ditayangkan tak lama dulu.
Seperkara
lagi yang agak pelik ialah mengapa UMNO beriya-iya benar nak menjelajah satu negara nak
buat sesi penerangan mengenai kes ini. Bukankah ini kes kerajaan dan adakah kerajaan itu
UMNO? Mana pergi peranan ahli-ahli komponen BN yang lain atau mungkinkah parti-parti komponen
yang lain berpendapat ini kes kerajaan dan bukan melibatkan mereka. Hanya UMNO saja yang
beriya iya benar. Kita lihat Kelantan dan Terengganu sekarang aman damai, tak ada
sebarang insiden semenjak PAS memerintah negeri tersebut. Tak ada pun bunyi rakyat
bukan Islam di negeri-negeri tersebut merungut kerana ditindas oleh kerajaan PAS.
Yang saya
tahu tak pernah saya dengar PAS berkata nak merampas kuasa secara kekerasan. Yang selalu
dilaungkan oleh pemimpin-pemimpin PAS pengambilan kuasa melalui saluran demokrasi iaitu melalui
pilihan raya.
Lagi satu perkara yang amat pelik ialah mengapa saranan pembangkang
untuk membahas perkara ini di dalam parlimen disekat? Bukankah parlimen ialah tempat
yang terbaik untuk membahaskan isu ini? Apa salahnya menubuhkan satu suruhanjaya
penyiasat diraja untuk menyiasat perkara ini ke akar umbi? Mengapa tergesa gesa sangat
nak sediakan satu kertas putih apabila isu ini dihalang dibahas dalam parlimen? Bukankah
ahli-ahli parlimen dilantik oleh rakyat untuk mengutarakan sesuatu kehendak rakyat jelata?
Tak
kurang menjadi tandatanya ialah macam mana berita seperti ini yang melibatkan keselamtan
negara boleh dihebohkan dalam media media? Untuk musuh2 negara, bukankah cara ini
mendedahkan bahawa sekuriti di kem-kem askar kita agak lemah dan mudah diceroboh oleh pihak
musuh? Pelik sungguh kerana semasa kejadian ini baru berlaku menggambarkan seolah olah
akhbar-akbar dan stesyen-stesyen TV sudah bersedia dengan maklumat maklumat mengenai kejadian ini.
Cuma detailsnya kurang tepat kerana terdapat banyak sangat percanggahan fakta. Banyak
yang dilaporkan tidak sama dengan apa yang dikatakan oleh pihak-pihak tertentu. Pelik
sungguh!
Setelah mengikuti apa yang sudah berlaku, saya tidak akan terperanjat jika
lagi banyak cerita2 dan kejadian2 pelik yang akan berlaku dalam masa terdekat ini.
Berhati2lah!!
RAKYAT MALAYSIA CINTAKAN KEAMANAN
Nota webmaster:
Justeru menyedari
akan putarbelit fakta oleh media perdana, elektronik dan kertas, maka itulah sebabnya
kita disaran menulis memperbetulkan fakta sesuatu kejadian. Hasil penulisan rakyat yang
terlibat dalam semua insiden yang difokuskan amatlah penting untuk mendedahkan betapa
media seringkali menganjurkan pembohongan demi kuasa politik murahan pihak tertentu yang
menguasai akhbar itu. Minda Rakyat sentiasa mengalu-alukan penulisan saudara dan akan
diedit sekiranya keadaan memerlukan. Marilah kita meneruskan jihad ini sebelum tafsiran
jihad disempit dan dijumudkan...