PENULISAN YANG KONTROVERSI
Email ini saya terima dari seorang yang bernama Mohamad
(nama samaran Keli Lembut). Tulisan beliau penuh kontroversi kerana beberapa persoalan.
Umpamanya soal fitnah, adu domba yang memang dikeji dalam Islam. Namun Allah memberikan
ruang lingkup yang luas persoalan fitnah, carut mencarut yang dituduh kepada Tuan Guru
Nik Aziz, termasuk persoalan amanat Haji Hadi.
Saya ingin memberikan penjelasan kepada saudara penulis
ini, tetapi dalam bentuk artikel penulisan secara satu demi satu. Umpamanya bagi maksud
dalam berdakwah saya turunkan petikan artikel Hikmah
Dalam Dakwah: Antara Berlembut dan Berkasar
yang ditulis oleh Ustaz Mohd Ali Muda.
Diharap saudara yang menulis sudi untuk terus menjadi pelayar laman ini di masa hadapan
untuk membaca artikel seterusnya yang bakal ditujukan kepada saudara dan rakyat yang
masih keliru sebagaimana saudara.
Saya tidak menghampakan saudara
yang menulis ke laman ini dan menyiarkan tulisannya sebagaimana diminta. Namun kita
berdoa ke hadrat Ilahi semoga saudara yang menulis ini bangun dari mimpinya dan lihatlah
alam sekeliling dengan mata dan hati yang terbuka. Hendaknya kita lahir ke dunia ini
menjadi tentera Allah, pembela agama, bukan pembela sesiapa. Jika Ustaz Nik Aziz mahu
pun Fadzil Noor atau Ustaz Haji Hadi sekalipun menyeleweng dari ajaran Islam, pastinya
kita tidak akan memberikan sokongan kepada mereka. Kita bukan fanatik kepada manusia,
tetapi ingin patuh kepada suruhan Allah.
Jangan terkeliru dengan suasana
Islam yang sebenar dengan Islam yang dipalsukan. Jika terasa masih lemah berguru dan
mengajilah. Lebih baik membanyakkan membaca tafsiran ayat Al-Quran dan Hadis. Hakikatnya
negara ini bakal menerima lebih banyak bala apabila kita membela manusia yang zalim dan
ingkar kepada suruhan Allah sebagaimana amaran Allah:
"Barangsiapa yang berbuat
sesuai dengan hidayah Allah, maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk dirinya sendiri
dan barang siapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi dirinya sendiri. Dan
seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain dan Kami tidak akan
mengazabkan sebelum Kami utuskan seorang Rasul.
Dan jika Kami hendak
membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah
di negeri itu (berbuat taat) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu,
maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami) kemudian Kami
hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya!" ayat 15 dan 16 Surah Al-Israa'
(Antara maksud dalam ayat di
atas ialah apabila mereka yang berkuasa tidak menjalankan titah perintah Allah maka
akan timbullah 'perkataan-perkataan' yang Allah tentukan seperti yang saudara dakwa
fitnah, adu domba, laga melagakan dan lain-lain. Untuk memahami hakikat ini bergurulah
dan rajin-rajin membaca Quran, sebagaimana rajinnya saudara membaca akhbar kesayangan
harian saudara. Insya-Allah, petunjuk dan hidayah akan memenuhi ruangan hati
saudara)
Wallahua'lam
Kritikan Untuk Pena Suasa dan BA
Saudara,
Ingatlah akan kebesaran Allah dan takutlah kepada-Nya segeralah berhenti daripada
amalan fitnah dan adu domba melalui tulisan saudara. Andaikata benar bahawa anda
seorang muslim sejati tentunya anda faham dengan
ayat ayat Allah dan hadis nabi yang
cukup jelas menerangkan dan memperingati persoalan fitnah dan adu domba tersebut.
Takutlah. Takut lah bahawa seksa Allah amat pedih dan janjiNya bukanlah mainan. Beristigfarlah wahai saudara,
beristigfarlah moga Allah memberi petunjuk kepada kebenaran.
Saudara,
tak
usahlah hendak melagakan Dato Zainal Abidin dengan Astora Jabat hanya disebabkan
kepercayaan diri saudara yang jumud dan fanatik kepada kefahaman ajaran Islam serta
kiblat saudara yang bertuhankan
ideologi sebuah parti yang berlebelkan Islam.
Sebenarnya saudara pena suasa amat tidak memahami dengan Islam atau saja tidak
mahu faham, Islam (SELAMAT) anda tentu takut dengan amaran Allah untuk tidak memfitnah
dan adu domba kerana ia perbuatan berlawanan denga.maksud Islam.
Sayang orang yang
berfikiran tajam seperti saudara yang bolih menulis dan mnyebarkan berita, tidak dapat
menilai antara intan dengan kaca olih itulah saudara mengaggap ilmu Islam dan
kefahaman islam yang
hakiki yang di luahkan olih Astora Jabat untuk di fahami dan
dihayati olih semua orang sebagai merosakkan. Alangkah dangkalnya pemikiran saudara
disebabkan taksub dan kepentigan diri, saudara sanggup membuta
kan hati, mata dan
pemikiran saudara untuk menyaring kebenaran yang mutlak sebagai pegangan.
Saudara,
lalu
itulah saudara menganggap periatiwa orang-orang yang berfikiran sesat di Sauk Gerik
sebagai masalah kecil, sebenarnya disinilah betapa menggambarkan bahawa orang-orang
yang seperti saudara telah pun
hilang kewarasan dan prtimbangan atau sengaja
hipokrit. Kumpulan itu kecil 15-20 orang tetapi tahukah saudara bahawa keahlian kumpulan
itu
lebih 1000 orang dan itu dikira tidak termasuk saudara dan BA yang tekenal dengan demontrasi
jalanan melakukan kerosakkan dimuka bumi Allah. Kira-kira samalah dengan kumpulan
Al-Maunah tersebut.
Ingatlah. Ingatlah saudara Allah menyediakan siksaan yang amat
pedih di dalam firmanNya kepda orang orang yang melakukan fasad dimuka bumi ini. Moga
moga saudara dan sekelian BA jadilah orang orang yang takut dan gementar serta sujud
mendengar ayat ayat Allah.
Saudara, Dato Zainal, Zainuddin Maidin dan Astora
Jabat sebenarnya adalah tokoh tokoh pemikiran dan pemahaman Agama Islam yang
sealiran dengan tokoh tokoh Agama dan pemikir Islam yang mencapai kecemerlangan dizaman
keagungan Islam.Bukan nya spt. apa yang dicap oleh pemikiran nafsu saudara dan
seluruh BA.Pemikirannya yang berpijak kepada kenyataan bukan bentuk pemikiran jumud yang
dikuasai olih nafsu penuh ekploitasi dan berpihak kepada kepentingan puak dan
individu.
Saudara pena suasa dan seluruh BA jangan ingkar dengan perintah Allah yang
menegah dari melakukan fitnah dan menyebarkannya spt. dengan menuduh saudara Astora
sebagai menyeleweng akidah. Sebaik baiknya saudara selidikilah dulu dengan kekuatan
pandangan ilmu seluas luasnya agar saudara akan bertemu dengan kebenaran dan
kenyataan .Cubalah saudara bandingkan dengan orang yang terang terangan
menyelewengkan
Agama dan akidah spt. Haji Hadi Awang, Fadil Nor dan Tuan Guru Nik Aziz
Hadi
Awang dgn. fatwa UMNO kafir (seleweng Agama), Fadil Nor maki orang tidak bertempat
(seleweng Agama)dan Nik Aziz terlebih alim sehingga bolih berkawan dengan
syaitan dan menyamakan Zat Allah dgn. dirinya dan manusia dalam hal mencarut.(seleweng
Agama dan Akidah) Nik Aziz ni sikit pun tidak takut kpd. Allah sebab dia
mursyidul am
semua dia tahu tiada yang tiada melainkan tahu sebab tu Allah larang berkawan
dgn. syaitan dia nak juga,punya kerdil Allah bagi Nik Aziz sehinggakan menuduh
Allah mencarut sama sepertinya dan sekutunya.
Cuba fikirlah adakah begitu lemahnya
Allah pada pandangan orang serba mursyid spt. Nik Aziz ,hendak marah kepada
yg.diciptaNya terpakasa mecarut (contoh Abu Lahab) sedangkan sebelum adanya Abu Lahab
dan sesiapapun dimuka bumi ini Allah telah Maha mengetahui dari Lohmahfuz Alam
Malakut hingga kiamat. Tentunya tidak dilahirkan Abu Lahab kalau kerananya Allah
terpaksa mencarut!!!...Tidak! Tidak! Tidak! Janganlah
selewengkan kefahaman Islam
semata mata untuk memenangkan kebatilan. Maksud sebenar drp. pengajaran Abu Lahab itu
ialah Allah menghendaki kita semua dan seluruh manusia tidak bersifat spt.sifat buruk
Abu Lahab. Bukannya Allah mengajar kita mencarut yang boleh mendatangkan keburukan
seperti faham yang telah di selewengkan olih Nik Aziz , Fadil Nor, Hadi dan BA. Mustahil
bagi Allah mengajar kita semua melakukan
perbuatan mencarut yang boleh merosakkan
hubungan manusia dimuka bumi ini. Melainkan ajaran ini di bisikkan oleh kawan Nik Aziz
semata mata.
Sekian sebagai kaca perbandingan untuk menyingkap Islam itu suatu kebenaran
semoga kita semua diberi tafik dan petujuk untuk sama sama memelihara Agama Islam dan
Negara Malaysia.
Yang Benar
Keli_lembut@hotmail.com