SATU CADANGAN BUAT PENYOKONG PAS
Assalamu'alaikum Wr. Wb. & Salam Sejahtera.
Nampaknya di akhir-akhir ini
keadaan politik negara semakin gawat. Ada tanda-tanda yang tersirat dan
tersurat dalam beberapa kenyataan pemimpin negara.
- Al-Ma'unah dikaitkan dengan ahli PAS. Dinasihatkan kepada ahli-ahli PAS termasuk
diri saya sendiri berwaspada dengan lambang-lambang PAS yang dilekatkan di kenderaan
masing-masing. Dikhuatiri kita boleh ditahan pada bila-bila masa semasa
dalam perjalanan dan DIPAKSA mengaku menjadi ahli Al-Ma'unah bagi menggambarkan
kebenaran dakwaan bahawa keahlian Al-Ma'unah itu memang banyak. SAYA CADANGKAN KITA
BERAMAI-RAMAI CABUT LAMBANG PAS DAN GANTI DENGAN LAMBANG "DACING" SUPAYA
MEREKA-MEREKA YANG BERKENAAN BERADA DALAM KEKELIRUAN. MOHON KERJASAMA
AHLI KEADILAN UNTUK MENJAYAKAN SILAP MATA INI. SAYA PASTI AHLI-AHLI UMNO YANG
KAMCING DENGAN KITA ORANG AKAN MEMBERI KERJASAMA UNTUK MENSEDEKAHKAN LAMBANG
"DACING" YANG MASIH BANYAK TERSIMPAN.
- PAS kemungkinan bukan nama politik Islam Nampaknya semakin dekat nama parti yang
ada kaitan dengan Islam akan diharamkan. Mereka akan mendakwa UMNO pun boleh
diharamkan kenapa tidak PAS. Tapi kita mesti ingat namanya juga masih UMNO
walaupun pada hakikatnya UMNO BARU. DICADANGKAN SUPAYA BERSEDIA DENGAN NAMA BARU
TETAPI MASIH MEMBAWA NAMA SINGKATAN "PAS" DENGAN PERLEMBAGAAN PARTI
DIKEKALKAN.
- Rompakan senjata RAW. Cerita rompakan senjata yang heboh sekarang ini nampaknya
tak diambil peduli oleh rakyat jelata. Bukan sahaja ahli-ahli BA, bahkan sebahagian
besar orang UMNO sendiri pun tak percaya dan tak nak baca surat khabar lagi.
TERUSKAN BOIKOT SURAT KHABAR KERANA INI MERUPAKAN "INDICATOR" BN.
Widuri
Nota webmaster:
Pandangan saudara ini ada baiknya kita
mencabut sticker tersebut. Tetapi untuk menggantikannya dengan sticker BN itu rasanya
tidak sesuai. Cabutkan sahaja, bukan bererti kita takut tetapi untuk mengambil
pendekatan yang bijaksana dalam erti kata kita menyimpan undian kita 4 tahun lagi.
Jangan gantikan dengan apa-apa sticker. Biar mereka keliru seolah-olah tiada lagi
penyokong PAS atau jumlahnya kurang (dari segi lambang). Namun hakikatnya kini kita
sama-sama ketahui bahawa majoriti rakyat bersama PAS dan BA.