MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

Tindak tanduk Mahathir yang menjadikannya SANDIWARA

Usah salahkan rakyat jika menganggap insiden GERIK dan SAUK satu SANDIWARA.

Tindak tanduk Mahathir dan para pemimpin UMNO dan BN yang tak sempat-sempat menuding jari ke arah parti lawan yang menyebabkan rakyat beranggapan ia suatu mainan politik Mahathir dan kuncu-kuncu yang rela bersekongkol dengannya. Walaupun ia benar ia sudah di SANDIWARAkan oleh Mahathir dan puak-puaknya

Dengan insiden yang menggugat keselamatan dan kebolehan ATM menjaga kem dan hartanya sendiri tercabar, sepatutnya sebagai pihak yang bertanggung jawab, perkara utama yang patut difikirkan oleh Mahathir dan para menterinya adalah bagaimana ia boleh berlaku, siasat dimana kelemahan dan perbaiki. Bukan tak sempat-sempat menuding jari . . . seolah-olah berkata " Hah ini peluang nak hentam PAS"

Tak sempat-sempat dihebohkan dalam media-media depa, hingga media pun seolah-olah tahu dulu dari Pak Menteri dan Pak Panglima.   Eloklah tu . . .  habis rosak semua usaha Kadir Sheikh Fadil menarik pelancung . . . sebab gambaran yang diberi sekarang Malaysia tak selamat hingga kem tentera pun boleh kena rompak.  Pelampau agama (mengikut kaca mata Mahathir) yang ganas ramai kat Malaysia.  Kerja Rafidah menarik pelabur pun kacau . . Buat apa melabur dekat negara yang keselamatan kem tentera nya pun bolos.

Kalau benarlah kumpulan ALMAUNAH tu yang merompak, sememanglah perbuatan merompaknya tu salah.  Tapi yang musykil yang penting adalah bagaimana kem tentera boleh dirompak sedemikian.

Bagus dan terrorlah bagaimanapun Amin tu, kalau tak ada yang tak kena, tak kan dapat dia merompak sedemikian.

Seperkara lagi, kalau AMIN tu ahli PAS, so what ?!, ahli UMNO dan BN tak ada ke yang pernah terlibat dengan jenayah ?!!!.

Hanya kerana AMIN tu PAS, kerana AMIN tu pakai serban dan kupiah, langsung mudah benar agama ISLAM dikaitkan, diaib dan dihina. Kalau yang mengaitkan itu mereka yang bukan Islam tidak lah luka dan marah sangat hati rakyat.

Seorang ibu, berumur lingkungan 60an, yang selama ini memangkah UMNO (BN), mengatakan :
" Kalau betullah pun tangkap aje dan hukum ajelah . . .  tak perlulah mengaitkannya dengan agama Islam.  Ajaran sesat ke tak sesat, yang jelas yang rasa terhina dan dipandang jahat adalah agama Islam.  Sedih hati mak chik,  mana dia sensitiviti Mahathir kepada agamanya sendiri ?!"

Cakap-cakap dari dalam tentera dan yang telah bersara juga adalah kenapa pihak tentera yang memainkan peranan "centre stage" sedangkan ianya adalah masalah keselamatan dalam negeri.

Cakap-cakap mereka juga mempersoalkan kenapa terlalu ramai anggota tentera yang terlibat, hingga seorang Panglima Ketua Markas Kor perlu terlibat sedang kekuatan pihak musuh yang hendak dihadapi adalah kurang dari 30 orang.  Maklumat dari Kementah mengatakan sebelas batalion sudah siap untuk di "deploy". Zaman komunis dulu, untuk tugas operasi sedemikian cukup diketuai oleh paling tinggi pun seorang Major. Adakah "maklumat" perisikan yang disampaikan kepada pihak tentera yang menjadikan tindakan besar-besaran dan seolah-olah panic itu?!   - -  Pihak pimpinan tentera panic atau "maklumat" yang mereka terima "mempanickan".

Cakap-cakap di kalangan pegawai tentera adalah,  Mahathir, UMNO dan BN boleh tuduh ALMAUNAH sesat, dan tuduh PAS terlibat, tuduh lah sana sini, dan siapa juga, tangkaplah sana sini  . . . Berilah berapa juga gelaran dan pingat kepada seorang panglima dan pampasan sebanyak mana kepada yang terkorban . . . Ia tidak akan dapat membasuh malu yang terpalit. Kewibawaan pihak ATM yang selama ini disanjung di luar negara telah tercemar di dalam negara sendiri. Sengaja atau tidak sengaja pihak  ATM tetap terasa terpalit tahi di dahi.  Palit ini akan memomokkan untuk tempoh yang lama.   Semua pimpinan dalam ATM tentu terkena juga busuknya.

Kawan Tentera.
23 Julai 2000

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com