UNTA MEMBERI KETERANGAN DI ZAMAN RASULULLAH
Pada zaman Rasulullah s.a.w, ada seorang Yahudi yang menuduh orang Muslim mencuri
untanya. Maka dia datangkan empat orang saksi palsu dari golongan munafik. Nabi s.a.w
lalu memutuskan hukum unta itu milik orang Yahudi dan memotong tangan Muslim itu
sehingga orang Muslim itu kebingungan. Maka ia pun mengangkatkan kepalanya menengadah ke
langit seraya berkata, "Tuhanku, Engkau Maha Mengetahui bahawa sesungguhnya aku
tidak mencuri unta itu."
Selanjutnya orang Muslim itu berkata kepada Nabi s.a.w, "Wahai Rasulullah, sungguh
keputusanmu itu adalah benar, akan tetapi mintalah keterangan dari unta ini."
Kemudian
Nabi s.a.w bertanya kepada unta itu, "Hai unta, milik siapakah engkau ini ?"
Unta
itu menjawab dengan kata-kata yang fasih dan terang, "Wahai Rasulullah, aku adalah
milik orang Muslim ini dan sesungguhnya para saksi itu adalah dusta."
Akhirnya Rasulullah s.a.w berkata kepada orang Muslim itu, "Hai orang Muslim,
beritahukan kepadaku, apakah yang engkau perbuat, sehingga Allah Taala menjadikan unta
ini dapat bercakap perkara yang benar."
Jawab orang Muslim itu, "Wahai
Rasulullah, aku tidak tidur di waktu malam sehingga lebih dahulu aku membaca selawat ke
atas engkau sepuluh kali."
Rasulullah s.a.w bersabda,
"Engkau telah
selamat dari hukum potong tanganmu di dunia dan selamat juga dari seksaan di akhirat
nantinya dengan sebab berkatnya engkau membaca selawat untukku."
Memang membaca selawat itu sangat digalakkan oleh agama sebab pahala-pahalanya sangat
tinggi di sisi Allah. Lagi pula boleh melindungi diri dari segala macam bencana yang
menimpa, baik di dunia dan di akhirat nanti. Sebagaimana dalam kisah tadi, orang Muslim
yang dituduh mencuri itu mendapat perlindungan daripada Allah melalui seekor unta yang
menghakimkannya.
Nota Webmaster: Adakah Mahathir mahu percaya sejarah ini? Jelas unta dalam sejarah ini
lebih baik dari Ariffin Jaka!!