PEMIMPIN BN MEMANG PANDAI BERCAKAP
Para pemimpin BN sebagaimana bosnya Mahathir hanya pandai bercakap dan melakukan
sandiwara semasa bahawa kununnya merekalah juara rakyat, pembela rakyat. Projek mega
yang dilakukan mereka apa sahaja lebuh raya terpanjang, jambatan terpanjang, menara
berkembar teringgi, litar lumba tercanggih, semunya dibina atas nama pembangunan negara.
Hakikatnya semuanya ini dilakukan atas nama projek kepada kroni dan bukan bersifat
membela rakyat. Apa tidaknya, nak menaiki jambatan kena tol RM7 bagi kereta, lebuh raya
semua bertol kecuali motosikal, nak tengok luma kereta tiketnya beratus RM, apa yang
tidak berbayar, semuanya masuk ke kocek kroni.
Apa erti semua pembangunan dan projek mega jika rakyat tidak dapat menikmati dan masih
berbangga dengan sebuah kereta buruk, walaupun negara sudah mengeluarkan kereta
nasionalnya (tak mampu beli sebab mahal) dan menumpang di rumah setinggan (sebab kos
sewa rumah sudah naik, nak beli jauh sekali..)
Pemimpin BN hanya pandai bercakap depan media berjanji itu ini untuk membeli simpati
rakyat. Hakikatnya untuk menghantar sekeping cek yang berupa pampasan pun mereka tidak
mampu. Anda tak percaya. Bacalah berita ini ...
SAMY VELLU KECEWA KELUARGA
SAGADEVAN PERTIKAI KEIKHLASAN MIC
KUALA LUMPUR, 22 Julai (Bernama) -- Presiden MIC Datuk
Seri S.Samy Vellu berasa kesal kerana keluarga mendiang Sarjan S.Segadevan yang
terbunuh dalam kejadian di Sauk mempertikaikan keikhlasan parti itu dan masyarakat
India untuk membantu mereka.
Beliau mengulas kenyataan S. Supramaniam, seorang sepupu
Segadevan, yang dilaporkan berkata semua janji untuk memberi bantuan kepada keluarga
itu akan luput mengikut masa dan mereka tidak akan memperolehi bantuan seperti yang
dijanjikan.
Samy Vellu kesal kerana keluarga Sagadevan tidak menaruh
kepercayaan kepada usaha yang dibuat oleh MIC dan pihak lain, dan keluarga tersebut
bertindak menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad
memberikan senarai nama pihak-pihak yang telah berjanji untuk membantu keluarga
tersebut.
Surut itu bertujuan meminta Perdana Menteri memantau semua bantuan
itu disalurkan seperti yang dijanjikan.
Dr Mahathir melawat keluarga Sagadevan
di Kuala Kangsar Khamis lepas. Anggota polis itu terbunuh samasa menjadi tahanan
kumpulan Al-Ma'unah di Sauk, selepas kumpulan itu merompak senjata api daripada dua
kem tentera di Gerik pada 2 Julai lepas.
"Saya tidak akan meneruskan usaha
yang sedang dilakukan kerana mereka kini sudah bertindak sendiri...Saya tidak
berminat. MIC tidak pernah mengabaikan janji yang dibuat," katanya kepada
pemberita di sini.
"Buat masa ini kami (MIC) akan lakukan setakat mana
yang boleh dan mungkin satu tabung akan diwujudkan. Biarkan tabung itu yang salurkan
bantuan yang diterima," katanya. -- BERNAMA