MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

KEGELISAHAN ASTORA

Saudara Astora,
Kegundahan dan kegelisahan saudara nyata sekali setelah cadangan saya pada ruangan "Ahad 21 Mei" untuk diadakan muzakarah dengan Ulama PAS secara langsung di TV, saudara menyatakan patut diadakan secara tertutup bukan secara terbuka. Adakah saudara takut untuk berhujah secara langsung tanpa menggunakan skrip?

Sepatutnya perkara ini perlu diadakan secara terbuka. Bertujuan untuk membuka minda orang ramai diantara hak dan batil. Siapa benar siapa menyeleweng.

Contoh yang saudara nyatakan bahwa Ulama PAS menghina kerajaan amat meleset sekali jika dibandingkan Ulama kerajaan yang menghina Ulama PAS melalui berbagai siaran media tempatan.

Secara peribadinya saya telah mengikuti perkembangan Ulama PAS. Rata-rata pihak umum menyatakan belum pernah saudara mengadakan apa-apa muzakarah dengan Ulama tersebut dan saya yang ketahui pihak pembangkang ini sentiasa bersedia dan menanti undangan untuk berbuat demikian.

Semoga saudara lebih prihatin akan situasi ini.

Wassalam...


Penyampai
Penyampai1@hotmail.com

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com