MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

Mahkamah Perseketuan atau Mahkamah bersekutty?

Assalamualaikum pelawat laman ini, disini perlu bagi saya memberi sedikit-sebanyak penjelasan atau kedudukan undang-undang mengenai permintaan DSAI untuk memenggil Mahafiraun tetapi telah ditolak oleh Hakim Pondan siJaka dan juga Mahkamah Rayuan.

Mahkamah Rayauan (bukan rayuan) menolak rayuan mereka selepas membenarkan bantahan awal yang dibangkitkan oleh Peguam Negara Tan Sri Mohtar Abdullah yang mengetuai pasukan pendakwaan, atas alasan bahawa perintah itu adalah keputusan muktamad, ia tidak boleh dirayu. Mungkin bantahan tersebut ada asas.
Bagaimanapun seperti yang telah saya katakan terdahulu (Takut kerana bersalahkah?), Mahkamah Rayauan (bukan rayuan) dan Mahkamah bersekutty - hehehe (bukan Persekutuan) mempunyai kuasa menyemak semula dan menyelia kes-kes yang dikendalikan oleh mahkamah dibawah mereka. 

Kuasa ini adalah kuasa inherent (semula jadi) dan Mahkamah boleh dengan kemahuannya sendiri menyemak semula kes yang diputuskan oleh Hakim Gula Hacks tidak kira ada atau tidak rayuan atau apa-apa permohonan. Sekiranya ada kesilapan fakta atau undang-undang maka DSAI boleh dibebaskan atau disuruh bicara semula. Tujuannya tidak lain hanyalah memastikan agar keputusan mahkamah dibawah mereka boleh diperbetulkan dengan cepat dan adil dan tanpa memanjangkan perbicaraan senadainya memang ada asas bahawa keputusan mahkamah dibawahnya pincang. Bermakna tak boleh menganiaya yang tertuduh dengan keputusan yang tak sepatutnya.

Berbalik kepada keputusan Hakim Pondan (bukanlah Jaka), hakim pondanni sepatutlah menggunakan kuasanya dibawah seksyen 425 Kanun acara jenayah yang menyebut :

Mahkamah dibawah kanun ini, boleh dimana-mana peringkat perbicaraan atau prosiding lain menyaman sesiapa sebagai saksi, menyoal siasatnya  (examine) walaupun tidak disaman sebagai saksi, atau memanggil semula (recall) dan menyiasat semula (reexamine) saksi-saksi yang telah dipanggil sekiranya hakim merasakan bahawa keterangannya perlu kepada membawa kepada keputusan yang adil.

Pada penilaian saya Jaka sipondan ni telah dengan sengaja tidak menghiraukan seksyen diatas dan walaupun keputusannya untuk tidak mahu memanggil Mahafiraun adalah muktamad seperti yang diputuskan oleh mahkamah Rayauan, tidak juga bermakna bahawa mahkamah rayauan tidak ada kuasa untuk menyemak semula keputusan jaka sipondan. Sama-samalah kita tunggu samada Mahkamah Persekutuan juga bersekutty dengan Mahafiraun, iaitu tidak mahu menyemak semula keputusan jaka sipondan (untuk tidak memanggil) walaupun menolak juga rayuan permohonan pihak pembela untuk memanggil Mahafiraun walaupun keputusan Mahkamah Rayuan ada asasnya.

Sekian
Jinbravo

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com