IMPAK DALAM TUJUH KETURUNAN
(buat Liong Sik, Keng Yik, S Vellu
dan Ka Teng)
Kebelakangan ini begitu berani orang yang bukan
beragama Islam menghina Agama Islam iaitu agama orang Melayu. Sebenarnya agama Islam itu
adalah bersifat universal dan bukan kepunyaan sesuatu bangsa atau kaum sahaja malah
kepunyaan semua. Tetapi dalam konteks Malaysia, agama Islam itu sendiri menjadi sinonim
dengan Bangsa Melayu. Jadi apabila ada pihak terutamanya bukan Islam cuba mempersenda
dan memperlekehkan Agama Islam, secara tidak langsung mereka juga dilihat cuba menghina
dan memperlekehkan bangsa Melayu itu sendiri.
Era pemerintahan UMNO
{B}/BN ini, kita dapat menyaksikan betapa hati rakyat khususnya orang Melayu semacam
diperam dengan perasaan geram dan benci terhadap tauke-tauke besar seperti Eric Chia,
Vincent Tan, Tan Pek Ying, Yeo Tong Ley {YTL},Ananda Krishna, yang menjadi kroni
Mahathir dan sama-sama merompak, mengsonglap dan menghakiskan khazanah rakyat dan
kekayaan negara ini. Kini rakyat menderita, terpaksa menghadapi krisis ekonomi dan beban
hutang negara yang bukan kepalang banyaknya akibat kerakusan pemimpin dan taukeh-taukeh ini.
Sudahlah harta rakyat, khasnya orang Melayu Islam dirompak, kini
sudah berani pula orang kuffar yang sebangsa dengan tauke dan kroni Mahathir tadi iaitu
Cina MCA Ling Liong Sik, Gerakan Lim Keng Yik dan India MIC Samy Vellu secara
terang-terangan menghina Agama Islam. Dan malam kelmarin, seorang lagi menteri Cina, Ong
Ka Teng turut serta dalam isu rompakan senjata yang dikatakan dilakukan oleh puak Al
Ma'unah yang berbangsa Melayu itu.
(penulis meminta maaf dan tidak bermaksud untuk
menghina rakan-rakan yang berbangsa Tionghua dan India secara keseluruhannya apabila
menekankan soal bangsa keempat-empat manusia keparat ini. Tapi itulah hakikatnya)
Kedudukan
sebagai menteri, tidak sedikit pun memperlihatkan sikap perihatin, bijak dan berhemah
terhadap pengundi-pengundi mereka yang beragama Islam. Keceluparan dan kebiadapan mereka
membuah dan meranumkan rasa benci rakyat dan rakyat Melayu Islam terhadap mereka,
Mahathir dan seterusnya UMNO{B}/BN.
Kita hendak memperingatkan pada mereka
ini, jangan sekali-kali cuba bermain api. Orang Melayu Islam di nusantara ini sudah
terlalu banyak kehilangan..sejarah kesengsaraan bangsa, masih belum selesai dianalisis dan di atasi. Jangan pula menteri-menteri ini cuba menabur garam pada luka yang sedia
ada dan mengocak air di jeram, kelak perahu siapa yang karam? Cukup dengan Mahathir
seorang sahaja yang berbuat demikian.
Isu agama dan bangsa ini sangat sensitif
dan kesannya tersangat dalam. Dan apabila kesannya dalam dendamnya juga dalam. Walaupun
agama Islam itu sendiri suatu agama yang toleran dan pemaaf tetapi selagi orang Melayu
itu bergelar manusia maka kelemahan dan sifat itu tetap ujud! Adalah senang hendak
membungakan kebencian dan membuahkan permusuhan tetapi untuk membenihkan persahabatan
dan membakakan kepercayaan amat sukar dan amat lama.. mungkin berkurun masa diambil,
mungkin tujuh keturunan belum tentu berhasil...
Kita mahu tanya orang bukan
Islam khasnya LL Sik, LK Yik, Samy Vellu dan OK Teng. Apakah yang membuat kalian semua
sangat memusuhi Islam dan PAS?
Adakah kalian sudah mengalami hidup di bawah
pemerintahan Islam sebenar maka takut akan PAS?
Adakah kalian pernah dizalimi
oleh orang Melayu yang berpegang teguh kepada ajaran Islam seperti PAS?
Adakah
kamu sudah benar-benar memahami apa itu Islam yang sebenar ertinya bukan Islam ala
Mahathir?
Kalau tidak memahami jangan cuba memperkatakan dan masuk campur dalam soal Islam! Bagaimana
kalian mahu hidup bersama-saman orang Melayu Islam jika tidak memahami
atau sensitif dengan kehendak Islam dan orang Melayu itu sendiri?
Harus diingat
Islam di sini bukan seperti Islam Mahathir, atau mengikut konsep UMNO, Astora
Jabat dan Kassim Ahmad. Jauh sekali anutan Qadiani dan Taslim. Islam ala Mahathir/UMNO,
Astora Jabat, Kasim Ahmad, Qadiani dan Taslim itu terlalu amat jauh bezanya dengan Islam
sebenar. Jadi jangan buat andaian dan komen mengikut persepsi Islam Mahathir/UMNO.
Islam
ala Mahathir/UMNO itu sifatnya zalim iaitu menghalal dan mengamalkan rasuah, pecah
amanah, fitnah, pembohong, zina, judi, arak, samseng serta melindungi penjenayah dan
segala macam keburukan. Manakala Islam sebenarnya tidak begitu, iaitu mengikut AlQur'an
dan Hadith, seperti yang diamalkan oleh kerajaan negeri Kelantan dan Terengganu dan
itulah Islam yang dianuti oleh majoriti orang Melayu di bumi Malaysia ini.
Kalau
Ling Leong Sik, Lim Keng Yik, Ong Kaa Teng dan Samy Vellu tidak tau AlQur'an dan Hadith
{kita faham tapi} sila buat kajian dan adakan dialog dengan Tuan Guru Nik Aziz dan Hj
Hadi Awang. Dan kalau tidak mau dan tidak tahu jangan pula mengeji agama Islam itu. Apa
kata kalau kami orang Melayu Islam pula mengeji dan mencaci agama anutan datuk nenek
moyang kalian? Apa rasa? Tetapi mengeji dan menghina agama lain itu bukanlah menjadi
ajaran agama Islam.
Ketahuilah wahai Ling Leong Sik, Lim Keng Yik, Samy Vellu dan
Ong Ka Teng bahawa di antara ajaran Islam itu yang membuat kalian boleh kenyang dan hidup
mewah serta tidur nyenyak di bumi kepulauan Melayu ini ialah sifat 'toleran', adil, pemaaf, tidak
zalim dan menghormati segala hak asasi manusia itu tidak kira apa bangsa
dan agamanya. Islam jenis inilah yang menjadi pegangan hidup keseluruhan orang Melayu.
Contohnya sudah ada di negeri Kelantan dan Terengganu.
Pernahkah kalian terdengar
bahawa orang bukan Islam dizalimi di kedua-dua negeri itu? Apa kalian sudah buta tidak
dapat melihat, atau pekak tidak dapat mendengar atau hati kalian benar-benar busuk dan
jahat makanya kalian terus menghina Islam? Sekali lagi diingatkan jangan kalian membuat
andaian bahawa Islam orang Melayu majoriti sama dengan Islam ala Mahathir.
Ooooo....kedua-duanya amat berbeza sejauh bumi dengan langit. Itulah sebabnya orang
Melayu tidak menyokong UMNO kerana Islam ala UMNO kini sudah bercanggah dengan Al Quran
dan Hadith yang sudah tentunya bercanggah dengan norma hidup orang Melayu.
Andainya
Orang Melayu Tipis Iman.....
Andai orang Melayu sudah tipis iman dan jauh
Islamnya, mereka akan hilang pedoman, apabila hilang pedoman, jiwa mereka kosong dan
apabila jiwa kosong, mereka akan hilang pertimbangan, apabila hilang
pertimbangan....MAKA ORANG BUKAN MELAYU JANGAN MARAH......
1 kalau Melayu tidak
toleran {sifat toleran mereka selama ini adalah datangnya bersama akidah Islam itu
sendiri} dan apabila sifat ini sudah tiada, kaum lain akan merasai seperti telur di
hujung tanduk dan tidak selamat lagi tinggal di bumi Malaysia ini. Apa LL Sik, LK Yik, OK
Teng dan Samy Vellu mahu kami begitu?
2.kalau kami terus menzalimi kalian dengan
memeras ugut, merampas harta, merogol, rasuah, merompak , menipu dan melakukan segala
macam kejahatan ke atas kalian {kerana selama ini Islam tidak mengajar kami berbuat
begitu}...Apa kalian setujukah dibuat begitu? Contohnya lihat saja Mahathir dan UMNO
sekarang ini, zalim! Itu akibat kurang menghayati inti pati Islam sebenarnya.
3.kalau
kami juga tidak membenarkan kalian mengamalkan agama dan budaya nenek moyang kalian
{kerana selama ini kami mengikuti dan memahami bahawa Islam itu sendiri sangat
menghormati agama lain}... Apa macam Liong Sik, Keng Yek, Ka Teng dan Samy Vellu setuju?
4.Kalau
kami jadikan kalian guinea-pig, papa dan hamba di bumi kami ini {kerana Islam yang
kami hayati itu adalah agama yang merdeka, tidak zalim, melindungi hak orang yang bukan
Islam dan bebas mencari harta asalkan halal}....apa kata Datuk-Datuk dan Sri-Sri semua
..boleh agaknya jadi guinea-pig?
Sebenarnya banyak lagi keburukan yang
boleh menimpa rakyat negara ini, jika orang Melayu disisihkan dari mengamalkan dan
menghayati Agama Islam yang mengikut Al Qur'an dan Hadith. Jadi fikir dulu implikasinya
wahai menteri MCA, MIC dan Gerakan sebelum berbuih mulut, menghina dan mengeji Islam.
Lagi pun kalian tiada hak untuk berbuat demikian. Siapalah kamu untuk memperkatakan
tentang Islam!
Jika tindak-tanduk menghina Islam itu dibuat mengikut 'rhythm' dan
putaran kepala Mahathir, maka perlakuan kalian itu terlalu amat berbahaya dan meninggalkan
impak yang dalam dan berkurun. Bila kurun jadi ukuran waktu, maka keturunan
juga menjadi sasaran!
sungai rajang jernih kilauan
tampak berbalam pohon berangan
disemai jangan benih kebencian
impaknya dalam tujuh keturunan!
Tun Teja