MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

KAJI TAKTIK MAHA FIRAUN, LAWAN SECARA TAKTIKAL!

Assalamualaikum, 
Saya seperti ribuan yang lain juga pengamat politik durjana Mahazalim maha Firaun. Oleh kerana kemahiran mengarang saya lemah, saya tidak pernah bersama menyumbang idea di alam siber. 

Suka saya memberi sedikit idea untuk para reformis, penulis atau dipanjangkan kepada pimpinan BA. Sebelum itu, saya amat setuju dengan tulisan Tentera Panji Hitam.

  1. Pertarungan politik taktikal, mesti melalui taktikal juga. Oleh itu perlu ada 'penyelarasan' para reformis atau pimpinan BA untuk mengkaji taktik yang sesuai untuk menghadapi politik durjana Maha Firaun. Contohnya, isu RAW. Adakah perlu melenting , menjawab atau mengulas fitnah maha kutuk? Pada saya, Maha Firaun dan talibarutnya suka isu ini diulas, dipanjangkan tempoh liputan di dalam akhbar. Jadi jangan ikut rentaknya. Biar dia membebel sorang-sorang. Jangan main isu lain dalam masa ini. Sebaik saja habis sebulan -dua dia membebel, baru bangkitkan isu besar peribadinya. 
  2. Kaji di mana kekuatannya, kesukaannya, barulah reformis mudah menumpaskannya. Saya nampak dan dapat kesan satu kesukaannya.  Maha Firaun suka menggunakan UMNO untuk melepaskan masalah peribadi. Sama seperti isu DSAI, dalam isu RAW Maha Firaun memfitnah pembangkang menuduh RAW adalah sandiwara UMNO. Dengan ini seluruh jentera UMNO akan bekerja mempertahankan UMNO dan secara tidak langsung mempertahankan beliau. Pada hal, tuduhan awal di dalam internet hanyalah sandiwara Maha Firaun & talibarut rapat sahaja. Cadangan saya elok selepas ini para reformis dan pembangkang membangkitkan masalah peribadi Maha Firaun sahaja. 
  3. Cipta satu strategi melemahkan Maha Firaun oleh seluruh rakyat termasuk ahli UMNO sendiri. Misalnya, tunjukkan hubungan baik ahli-ahli bawahan UMNO dan Pas di kampung-kampung dalam urusan hidup. Banyakkan artikel, berita dalam penerbitan pembangkang. Kemudian jangan biarkan hubungan baik ini dirosakkan oleh Maha Firaun dan talibarutnya. Kemukakan bukti bahawa sengketa politik UMNO dan PAS sebenarnya memang disukai oleh Maha Firaun, buktinya tuduhan Pas kepada UMNO dalam RAW.

Dengan cara ini lama-lama rakyat awam (termasuk UMNO yang sukakan keamanan) akan muak dan benci dengan pimpinan mereka khasnya Maha Firaun maha hina itu.    

Sekian terima kasih, harap secubit idea saya dapat dipanjangkan.

(Nota webmaster: Jangan disimpan idea yang baik meskipun anda merasakan wujud 'inferiority complex' dalam diri untuk mula menulis. MR sedia mengeditkan penulisan anda itu dan menjadikan idea anda satu penulisan yang bermutu dan baik. Jangan tangguhkan usaha berjihad anda)

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com