MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

KEMPEN BERKOPIAH PUTIH

Saya ingin membuat cadangan di sini kepada parti Alternatif supaya melancarkan kempen berkopiah putih. Ini adalah kerana kita membuatnya untuk menunjukkan kita cintakan keamanan dan kedamaian. Warna putih adalah suci dan kepada bukan Islam pakailah topi putih.

Kita semua tahu Mahathir lebih suka kepada kopiah hitam. Itulah sebabnya beliau mengatakan kopiah putih adalah kesukaan orang PAS. Jika Mahathir telah melabelkan demikian, rasanya tidak salah kita di parti alternatif melancarkan kempen berkopiah/topi putih.

Di kala itu kita tahulah dalam sesebuah masjid berapa ramaikan orang Islam cintakan keamanan dan keharmonian hidup. Ini cuma satu cadangan saja.

Mr Canggih

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com