BERAPA BANYAK WANG RAKYAT MENGALIR KE KOCEK UMNO?
Pengaliran wang rakyat ke kocek UMNO memang tidak dapat disekat-sekat. Bagai air laju
dan deras mengalir dari takungan yang reput dan pecah!
Justeru itu kita dapati selama 43 tahun memerintah berbagai dasar yang dilaksanakan UMNO
dan kerajaan BN menyalahgunakan kesempatan berkuasa untuk mengukuhkan kedudukan mereka
dan memenuhkan kantung mereka. Duit itu adalah duit rakyat yang datangnya dalam pelbagai
bentuk dan rupa. Bayaran pelbagai jenis hasil dan cukai langsung dan tak langsung!
Ini belum dikirakan hasil mahsyul negara yang disonglap melalui pelbagai projek dan
agenda mereka.
Di negeri Perak, kerajaan persekutuan sudah mendirikan bangunan yang cantik, indah dan
tersergam terletak di sebelah kompleks Majlis Bandar Raya Ipoh. Di situlah ditempatkan
pelbagai jabatan kerajaan seperti Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Kumpulan Wang
Simpanan Pekerja (KWSP) dan lain-lain jabatan persekutuan.
Anihnya dalam menerokai suasana berpejabat baru bagi jabatan-jabatan ini yang dahulunya
menyewa di pelbagai bangunan swasta, Jabatan Akauntan Negara (AG) masih setia menyewa
bangunan UMNO Perak di tingkat 5 dan 6, Wisma UMNO, Jalan Sultan Idris Shah.
Begitu juga dengan lokasi Bank Simpanan Nasional sudah diberikan penguasaan ke atas
bekas bangunan Bank Negara Cawangan Perak di Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab, masih
terus menyewa ruang legar Wisma UMNO Perak itu.
Persoalannya, apakah munasabah kepada jabatan yang berkenaan menyewa ruang setelah
bangunan persekutuan yang dibina masih kosong terbiar. Apakah agenda jabatan berkenaan
masih mahu menyelewengkan wang rakyat dengan memenuhkan poket UMNO semata-mata, dan
melakukan pembaziran melalui pembinaan kompleks kerajaan persekutuan yang tidak dihuni?