MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

DAHLIA: SRIKANDI REFORMASI BERJIWA KENTAL, BERMINDA TAJAM!

Kita pasti terbaca sebuah rencana pendek bertajuk seperti berikut di Laman Minda Rakyat: “43 TAHUN KERAJAAN BERJAYA MENYATUPADUKAN RAKYAT DI MALAYSIA?”.

Diturunkan seluruh kandungannya untuk rujukan bersama:

[[…Sejak malam tadi, sudah banyak juga posting dan kenyataan dibuat berkaitan dengan wawancara Mahdey berkaitan isu Sauk.

Saya cuma tertarik kepada kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden MCA, Ong Ka Teng semasa diwawancara di NTV7 bersama Fuad Hasan dan Kapt Najmudin (Ustaz), iaitu beberapa minit sebelum wawancara khas dengan Mahathir ke udara.

Kata beliau (diringkaskan saja) ," memang benar, kita bimbang isu di Sauk akan menyebabkan kaum bukan Islam tersalah anggap terhadap orang Islam di negara ini. Selama 43 tahun kerajaan telah berjaya menyatupadukan rakyat berbilang kaum, tetapi dengan kejadian begini kita bimbang ia akan memecahbelahkan perpaduan ini"

Menjawab pertanyaan lain yang dikaitkan dengan peristiwa 13 Mei, beliau berkata;

" tidak mustahil perkara itu akan berlaku jika ia tidak dibendung oleh kerajaan".

Persoalannya:

1. Memang benar, Tuanku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Hussein Onn telah membantu menyatupadukan rakyat di Malaysia di bawah satu panji kemerdekaan, tetapi siapakah yang memulakan kehancurannya ini dan memporak-perandakan keharmonian negara serta menimbulkan sensitiviti perkauman jika bukan Mahathir Mohamad? Mahathir bukan saja memecahkan belahkan perpaduan kaum, malah menghancurkan imej Islam di negara ini. Usaha Mahathir menganiaya perkembangan Islam sudah terserlah. Mahathir tidaklah sehebat mana...

2. Mengapa isu 13 Mei diutarakan? Siapakah yang lebih jahat? Kerajaan BN atau pembangkang? Singkaplah kembali sejarah, mengapa 13 Mei berlaku? Kepada Ong Ka Teng dan puak-puak MCA, jangan cuba mengelirukan keadaan dengan menyebut Islam cuba memecah-belahkan kaum di Malaysia. Yang sebenarnya, Mahathir Mohamad anak Kutty itulah yang bapak segala kehancuran di muka bumi Malaysia ini.

Jangan kerana isu AL-Ma'unah yang diputarbelitkan oleh Mamak sekor tu, kamu yang di dalam MCA cuba nak jadi handal pulak!

Bercakap soal Islam dan tidak segan silu menghina Islam. Jangan lupa yang kami anak-anak Melayu Merdeka ini masih bernyawa. Jangan kami dihina begitu!!

# Apapun, jelas membuktikan bahawa cakap Mahathir sudah tidak laku lagi... terpaksa membuat wawancara khas , satu program TV paling bangang tahun ini!!…]]

DAHLIA/KL

* * * * * *

Kerana persoalan yang diketengahkan oleh adik Dahlia itu wajar dijadikan asas kita menentukan pendirian, terimbau hati saya untuk sama-sama menyambung pandangan beliau dan mentafsirkan bagaimana Mahathir betul-betul sudah hilang modal untuk menangkis ledakan rakyat membenamkan beliau, UMNO/BN dan regim serakah beliau.

Walaupun yang ditulis oleh Dahlia itu tidak panjang, tetapi ia sekaligus menobatkannya sebagai seorang srikandi Reformasi yang berminda tajam dan berjiwa kental. Kita dapat rumuskan:

  1. Hematnya, Naib Presiden MCA, Ong Ka Teng Fuad Hasan dan Kapt Najmudin (Ustaz), mewakili 3 golongan rakyat. Ka Teng mewakili kaum China, Fuad Hasan mewakili puak UMNO dan Kapt Najmudin (Ustaz) mewakili ulama UMNO. Semasa diwawancara di NTV7 bersama, mereka nampaknya tidak memperlihatkan ketajaman minda kepemimpinan yang boleh ditakrif sebagai berwawasan, memperkira keharmonian kaum, menghormati ugama Islam yang makin nampak disalah tafsirkan, memburukkan keadaan yang tenteram hingga berkemungkinan akan merosakkan fabrik sosial yang selama ini tidak lagi menjadi persoalan.
  2. Apa yang kita nampak sekarang, rakyat telah mulai yakin bahawa Peristiwa Al-Ma'unah itu adalah “Sandiwara Mahathir” yang sengaja direka-cipta dengan tujuan paling jelas dan ketawa untuk “Menenggelamkan isu RASUAH MAHATHIR MOHAMAD yang sebenar-benarnya menjadi tumpuan dan tuntutan rakyat”.
  3. Malangnya, ketiga-tiga mereka yang diwawancara itu sengaja tidak memperlihatkan kebijaksanaan mereka hingga mereka sanggup bercakap hingga memberi petanda bahawa mereka bertiga adalah orang-orang yang “bodoh-tongong” dan tidak layak menjadi pemimpin 20 juta rakyat yang berminda terbuka, berpendidikan tinggi dan berpengalaman luas.
  4. Sebagai anggota kerajaan, mereka harus lebih jauh melihat ke hadapan dan menganalisis implikasi dari “Sandiwara Mahathir” ini.
  5. Mari kita fikirkan bersama, bahawa sebagai seorang ustaz dan orang yang mengetahui selok-belok Islam, Kapten Najmudin, beliau wajib mempertahankan bahawa Islam adalah suatu agama yang bergerak atas landasan “keamanan” dan bukan “perbalahan dan perpecahan”. Kesempatan yang lakukan oleh Dr. Mahathir itu wajib dikecam hebat. Lebih-lebih lagi, beliau sebagai ulama Islam wajib meletakkan ugama mengatasi jawatan, imbuhan dan kekayaan yang bakal dihadiahkan oleh regim Mahathir yang terdesak memberi sesiapa saja umpan.
  6. Sebaliknya, Najmudin sendiri bersama-sama merosakkan pegangan Islam di hadapan seorang bukan Islam seperti Ong Ka Teng (mewakili MCA – satu kelompok kaum yang berjumlah besar di negara ini). Perbuatan Najmudin amat menyedihkan umat Islam dan orang Melayu.
  7. Fuad Hasan yang mewakili UMNO pula sangat dangkal hingga memburukkan Islam dan bangsa sendiri di hadapan khalayak umum dengan menyemai bibit-bibit kebencian kepada Islam, bangsa sendiri dan UMNO sebagai sebuah parti Melayu.
  8. Ini membawa tafsiran kepada rakyat hingga makin jelas sekarang bahawa UMNO dan pemimpin mereka sudah tidak nampak kebenaran kerana terlalu dangkal ilmu dan berminda cetek. Dari huraian beliau dan Najmudin nampak bahawa politikus Melayu dalam UMNO telah hilang sensitiviti mereka terhadap ugama dan amanah bangsa semata-mata kerana mereka sudah “dibeli” dengan habuan hingga sanggup diperbudak-budakkan oleh Mahathir.
  9. Fikirkan ini, Ong Ka Teng yang mewakili MCA tidak seharusnya begitu lancang mulut hingga melupakan bahawa beliau tidak seharusnya mengeluarkan pandangan seolah-olah pandangan beliau kununnya mewakili kaum Cina. Kah Teng perlu sedar bahawa majoriti kaum Cina mengerti bahawa Dr. Mahathir adalah dalam “Delimma” dalam menghadapi tuntutan rakyat supaya beliau UNDUR dari arena politik Malaysia.
  10. Ong Kah Teng juga tahu bahawa Dr. Mahathir dan kroni politik beliau dalam MCA telah melanjutkan tradisi mengsonglap hak dan kekayaan orang Cina golongan berpendapatan rendah. Bermula dengan Lee San Choon hinggalah kepada Tan Koon Suan, dan sekarang Ling Leong Sik pula; kaum Cina mulai sedar bahawa MCA adalah sebuah parti berhaluan “Rasuah dan Penyelewengan” yang TIDAK BOLEH DIHARAP untuk membela nasib majoriti kaum Cina.
  11. Dengan mencampur-adukkan fakta-fakta ugama Islam yang terbit atas ‘kacau-bilau’ tafsiran salah oleh Dr. Mahathir dan pemimpin UMNO yang berkepentingan; dan bagaimana puak-puak itu diwar-warkan tafsiran buruk terhadap keburukan Islam; Kah Teng wajar sedar bahawa beliau sedang membantu Mahathir melaksanakan agenda meganya untuk melihat negara ini huru-hara.
  12. Jika kejadian Mei 13 berulang, yang paling untuk dan mendapat manfaat-faedah HANYA Dr. Mahathir sendiri seorang saja. Semua kaum kembali semula ke era sebelum tahun 1969. Jika Mahathir berjaya menghasut minda rakyat dan mencetuskan pergaduhan kaum, negara memerlukan tempoh 100 tahun lagi untuk membetulkan keadaan.
  13. Sebenarnya, Mahathir tidak peduli. Mahathir diketahui mengugut dan mengancam semua pihak yang berkepentingan dalam UMNO dan komponen BN supaya menumpukan usaha supaya meyakinkan rakyat bahawa “Agama Islam dan penganut agama Islam di Malaysia adalah berniat jahat”.
  14. Mahathir yang diketahui MEMANG bermusuhan dengan PAS dan Pembangkang lain yang beragama Islam (termasuk NGO) yang makin mendapat sokong rakyat semua kaum ditafsirkan sebagai “the major threat” kepada beliau bersama kroni dan anak-anaknya, wajib dimusnahkan dengan apa cara (walaupun dengan mencetuskan pergaduhan kaum).
  15. Mahathir hanya memikirkan kepentingan peribadinya sahaja. Mahathir tidak peduli lagi tuntutan rakyat asalkan matlamat beliau berkuasa dan menguasai kekayaaan negara akan terpelihara.

Kesimpulannya:

Di sinilah tepatnya ulasan adik Dahlia yang berminda tajam itu. Beliau sebagai bakal pemimpin alternatif mampu menunjukkan ciri-ciri kebusukan agenda Mahathir dan mentafsirkan bagaimana Mahathir mengheret kaum lain ke kancah permusuhan kaum.

Rencana pendek adik Dahlia itu adalah luahan hati rakyat semua kaum yang sebenar. Ia diluahkan dengan ikhlas sebagai tanggungjawab seorang srikandi harapan yang mahu kemerdekaan tanahair, masa depan generasi bangsa dikembalikan seperti sediakala.

Dengan itu, sebagai orang Melayu, penyokong Barisan Alternatif yang memperjuangkan Reformasi:

  1. Kita harus berbangga bahawa adik Dahlia mampu memberi gambaran sebenar apa sedang diagendakan oleh Mahathir dan agen-agennya.
  2. Kita bersyukur ke hadhrat Ilahi bahawa srikandi Barisan Alternatif tidak semudah itu melatah. Sebaliknya berusaha memberi ingatan sebagai usaha memulihkan imej bangsa dan agama Islam yang sebenar.
  3. Malang sekali, apa yang kita nampak, pemimpin UMNO seperti Fuad Hasan dan orang beragama seperti Kapt Najmudin (Ustaz) ikut sama bermain sentimen dengan Mahathir Mohamad hingga sanggup menghasut pemimpin kaum Cina seperti Naib Presiden MCA, Ong Ka Teng dipujuk supaya membusukkan agama Islam.
  4. Kita pasti berterima kasih kepada pejuang Reformasi sekiranya mereka terus meneruskan pendedahan dan melakukan analisis tentang kebusukan agenda Mahathir dan kroni beliau menghasut rakyat memburukkan keutuhan agama Islam melalui proses persendaan oleh regim yang berketuakan seorang DIKTATOR!!
  5. Kita berharap penyokong MCA seperti Ong Ka Teng, pemimpin kerdill UMNO Fuad Hasan dan ustaz bangang seperti Kapt Najmudin akan insaf bahawa mereka sekarang sedang mengangkat seorang bersahabat karib dan saling berpeluk-pelukan dengan YAHUDI sedang merosakkan minda rakyat.

Membetulkan keadaan itu dan meletakkan kemerdekaan tanahair, menegakkan kewibawaan bangsa dan meletakkan kemurnian agama Islam ke tempat sewajarnya, memperjuangkan “Keadilan dan menumbangkan Kezaliman”, mematahkan agenda buruk Mahathir untuk melanjutkan “kuasa Diktatornya” dan segala macam Rasuah dan Penyelewengan Mahathir harus dijadikan keutamaan sekarang.

Kita harus terpesong dengan episod-episod BODOH yang sentiasa di “sandiwarakan” oleh Mahathir untuk “mengelirukan dan mengalih” pandangan rakyat. Dan itu bukan tugas adik Dahlia yang seorang ini saja.

Tanyalah diri anda, apakah sumbangan dan pengorbanan anda menolak kebusukan agenda Mahathir untuk memusnahkan negara, bangsa dan agama Islam ini?


Amin Sapiro
(BEKAS ahli UMNO atas Pagar Berduri)

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com