MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

Episod RAW: Bahagian 11 

SAUK:   APABILA AGAMA MENJADI PERCATURAN 

Dalam  penjelasan Mahathir di wawancara TV semalam, dia telah memperlekehkan pegangan Islam yang diamalkan oleh majoriti Bangsa Melayu di negara ini. Nampak sangat Mahathir sudah sesat kerana menyuapkan pelbagai fitnah dan karut-marut terhadap pemikiran orang Melayu terhadap agama mereka. Bayangkan apakah jenis pemimpin Melayu beragama Islam yang sanggup mencetuskan satu fitnah terbaru bagaimana kumpulan Al Ma'unah itu pernah mencuba menembak ke arah kuil dan kilang Carlsberg. Apakah benar cerita itu sehinggakan pihak polis pun tidak pernah menerima sebarang laporan mengenainya? 

Mahathir menceritakan bagaimana ahli kumpulan itu "menggunakan M-16 untuk menembak kuil." Dia tidak jelaskan berapa buah kuil dan tidak pula dia fikirkan betapa senapang M-16 adalah satu laras senapang yang tidak secanggih Stayer Gun yang pernah digunakan oleh perompak untuk mengganas di kedai emas dan bank di Kuala Lumpur satu masa dulu.  Tetapi, dalam Utusan Malaysia, berita itu diubah pula di mana senjata yang digunakan untuk menembak kuil dan kilang Carlsberg itu adalah jenis  M230. 

Di Kuala Lumpur, setiap berita yang berunsur jenayah akan mendapat liputan yang luas terutama sekali dalam The Malay Mail dan juga Harian Metro. Inilah berita sensasi yang difikirkan dapat menarik minat pembaca membeli akhbar itu di bandar-bandar besar. Kenapakah tidak ada sebarang berita akan usaha memusnahkan Kilang Carlsberg dan kuil di dua akhbar ini? Kita juga tahu lebih lima puluh peratus pekerja kilang Carlsberg adalah pekerja berbangsa Melayu. Apakah mereka tidak mampu bersuara mengeluarkan berita tembakan itu? Apakah semua pekerja kilang arak di negara ini sudah diganti dengan robot? 

Sebarang usaha untuk menceroboh rumah ibadat terutama sekali dengan menggunakan senjata api sudah pasti mencetuskan keadaan huru-hara di kalangan penganut agama di mana kuil itu diserang. Apakah Mahathir fikir rakyat Malaysia ini sudah menjadi robot dan 'zombies' yang sanggup berdiam diri apabila kuil mereka diserang. Apakah Mahathir lupa di Malaysia ini ramai juga orang Melayu yang mempunyai pertalian darah dan persaudaraan dengan kaum lain yang bukan Islam? Malahan, setiap kali dicetuskan berita songsang akan berlakunya huru-hara disebabkan ajaran agama sesat, ramai di kalangan rakyat di negara ini yang tersenyum sinis dan berkata "Apakah Mahathir tidak ada kerja lain lagi?" 

Jelas sangat Mahathir sudah menjadi seorang pembohong besar yang tidak boleh diubati lagi. Beliau sudah menjadi seorang 'compulsive lier'; suka berbohong apa sahaja semata-mata kerana perangai berbohong sudah menjadi darah dagingnya. Perkara ini semakin terserlah apabila dia mengungkit kisah pilihan warna kopiah yang menjadi 'trend' di kalangan orang Melayu sekarang ini.  Dia kata, kopiah berwarna putih adalah gambaran pemakainya yang menentang kerajaan dan kopiah berwarna hitam adalah penyokong kerajaan. Demikianlah satu kenyataan yang biadap dan kurang ajar daripada seorang pemimpin yang dihormati oleh bangsanya selama ini. Mahathir masih tidak faham betapa  kopiah putih boleh dibeli dengan harga MR1.50 di pembekal seperti Maidin Superstore, dan kopiah itu mudah dibasuh selalu. Sedangkan harga kopiah hitam ataupun songkok adalah dibuat daripada kain baldu dan harganya kini sudah menjangkau lebih RM 20.00. Pada satu ketika dulu sebuah songkok hitam boleh dibeli dengan kadar RM 7.00 sahaja. Tetapi, kini ia sudah merupakan pakaian untuk majlis yang formal dan sambutan lebaran sahaja. Untuk pakaian harian, orang Melayu lebih senang menggunakan kopiah putih yang dibikin di luar negara. 

Warna Kopiah Lambang Ideologi Politik Melayu 

Percubaan Mahathir mengeluarkan satu teori baru betapa warna kopiah adalah imej ideologi politik orang Melayu, merupakan satu usaha yang sengkek dan dangkal. Ia tidak seharusnya keluar daripada mulut seorang yang mudah kembang hidungnya apabila dipuji sebagai Wira Dunia Ketiga. Perkara ini lebih memualkan apabila dia membawa kiasan keadaan dan tabiat orang Mesir. Sesiapa yang pernah tinggal dan menetap di Mesir akan sedar betapa kenyataannya mengenai perangai orang Mesir dengan warna kopiahnya itu sebagai sesuatu yang tidak tepat. Yang lebih tepat ialah kalau warna kopiah itu digunakan oleh orang Yahudi. Mereka memang menggunakan warna kopiah kecilnya sebagai simbol parti yang mereka sokong. Di kalangan ketua agama mereka pula pakaian topi dan rambut yang panjang serta bertocang adalah merupakan satu lambang ketaksuban mereka kepada sesuatu parti politik.   

Dalam  hal ini Mahathir amat bijak kerana tidak mahu menggunakan perkataan Israel sebagai bahan bandingan. Dia lebih selesa dengan perkataan 'Mesir'. Apakah dia sudah mula dihantui oleh bayangan 'Sumpahan Mesir' seperti yang ditulis oleh seorang insan yang menggunakan nama pena 'Kemang Suasa'? Teori warna kopiah yang dicetuskan oleh Mahathir  merupakan satu usaha agar rakyat mula memikirkan apakah perlu mereka memakai sebarang kopiah. Mahathir sebenarnya mahukan teorinya itu diambil tafsiran agar pemakaian kopiah di kalangan lelaki Islam dikurangkan. Dia memang nampak semakin rimas apabila melihatkan ramai anak-anak muda yang memakai kopiah di luar rumah, masjid dan surau. Malahan dia semacam tidak percaya betapa semakin ramai golongan  muda di negara ini yang semakin gemar bermundar-mandir dengan kopiah yang beranika warna di kepala mereka. Kepada Mahathir gambaran ini adalah sesuatu yang difikirkannya mencemarkan keindahan 'Malaysia Boleh'.  Soalnya sekarang, kenapakah kopiah yang menjadi pakaian kebiasaan anak bangsa itu dijadikan satu isu besar negara?  Apakah kopiah di kepala sudah bererti orang Melayu sudah semakin lupakan UMNO? 

Dalam hal ini kita mahu soal Mahathir pula: Kenapakah tidak beliau fikirkan apa pendapat kaum lain apabila memerhatikan golongan muda yang menggantungkan loket salib di leher dan anting-anting salib di telinga mereka? Tidak pun pernah kita dengar sebarang reaksi daripada pemimpin agama lain akan fesyen pakaian ini. Tidak pernah kita dengar betapa anak-anak muda yang sedemikian sebagai golongan yang ekstrim dalam  agama Kristian. Kenapakah kita sebagai orang Islam mesti pertikaikan warna kopiah itu sebagai simbol budaya kepercayaan hidup bangsa kita? Semakin jelas sekarang betapa si diktator tua ini sudah semakin nyanyok.

Bayangan Perkembangan Syiar Islam Yang Menakutkan? 

Mahathir semakin benci dengan apa juga bentuk budaya hidup orang Melayu yang berlandaskan ajaran Islam. Kerana itu dia semacam tidak  hiraukan apabila adanya satu golongan Melayu yang anti-hadis di negara ini. Kepada Mahathir, ajaran Islam yang ditonjolkan oleh kumpulan anti-hadis adalah satu ajaran yang tidak sesat. Kumpulan anti-hadis adalah satu kumpulan yang harus diberi ruang yang luas untuk menyebarkan pengaruhnya di negara ini. Apabila ada usaha penyebaran dan pengagihan risalah agama mengenai anti-hadis, tidak ada sebarang ulasan yang jelas daripada Mahathir dan  Hamid Othman, sehinggalah perkara ini ditonjolkan di laman FGR. Apakah benar, kumpulan yang bergiat cergas dalam Anti-hadis ini adalah satu kumpulan yang amat rapat dengan Mahathir dan diiktiraf sebagai salah satu kumpulan yang menasihati perdana menteri akan tata cara peradaban Islam di negara ini? 

Orang Melayu dan juga rakyat Malaysia kerap menjadi bingung dengan gelagat Mahathir memperlekehkan agama Islam sebagai satu cara untuk mengekalkan kuasanya. Yang menghantuinya ialah parti pembangkang yang kerap bersuara lantang mengkritik stail pentadbirannya. Dia tidak pragmatik dalam menangani kritikan pembangkang itu. Yang amat digemarinya ialah menuduh parti pembangkang sebagai kumpulan yang terlalu taksub dengan ajaran agama Islam sehinggakan mereka difitnah sebagai mahu mencetuskan huru-hara semata-mata untuk menegakkan sebuah negara Islam.  Apakah benar fitnahnya itu? Apakah dia sudah rabun dengan keadaan di Kota Bharu sekarang ini sejak  PAS memerintah Kelantan? 

Pada akhir minggu yang lalu, Kota Baru merupakan satu bandar yang penuh dengan kenderaan dan manusia yang datang daripada luar negara. Keadaan jalan raya di merata bandar itu sesak dengan beratus bas dua tingkat yang datang daripada merata pelusuk Thailand. Kota Baru telah menjadi satu pusat yang diserang oleh ramai rakyat Thailand yang beragama Islam. Mereka mengadakan satu persidangan di bandar itu. Sekaligus bandar itu menjadi tumpuan para pelancung dan pedagang daripada negeri lain termasuk juga Singapura.  

Yang lebih mengkagumkan, walaupun persidangan itu berupa usaha warga Thailand yang beragama Islam, semakin ramai kini rakyat Thailand yang bukan Islam yang amat berminat melabur di Kota Baru. Trend ini sebenarnya bermula sebaik sahaja ekonomi Thailand merudum di akhir 1997 dulu. Keghairahan warga Thailand melabur dan berniaga di Kelantan dan seterusnya di Terengganu tidak pernah mendapat liputan meluas daripada sebarang akhbar perdana di negara ini. Sepatutnya keupayaan PAS menarik pelabur daripada negara asing terutama sekali jiran terdekat diberikan liputan meluas bukan sahaja di akhbar-akhbar malahan juga dalam Berita Perdana TV milik kerajaan. Majlis keramaian di Kota Baru sejak seminggu yang lalu sepatutnya menjadi satu kebanggaan negara kerana perniagaan yang dilakukan oleh masyarakat Islam Thailand itu tidak semestinya dilakukan hanya dengan ahli PAS sahaja.  

Ramai juga ahli perniagaan yang diketahui amat totok dengan perjuangan UMNO yang terlibat sama dalam usahasama perniagaan dengan warga Thailand itu. Dalam hal ini kita harus merakamkan betapa pintarnya masyarakat Melayu Kelantan dalam sepak terajang berpolitik. Pada dasarnya mereka amat pragmatik dalam  ilmu berpolitik dan kerana itu mereka biarkan PAS terus berkuasa. Satu contoh yang amat menonjol dalam hal ini ialah tentang kekalahan Tokpa (Dato Mustapha Mohammad) di pemilu-10 dulu. Beliau kalah bukan disebabkan rakyat Kelantan membencinya. Sehingga hari ini nama Tokpa tidak tercemar kerana rakyat Kelantan memang gemar akan perwatakannya. Apatah lagi memikirkan jasa ayahandanya dulu. Tetapi, Tokpa menjadi mangsa keadaan, kerana orang Melayu Kelantan memang sudah amat benci dengan UMNO. Esok ataupun lusa kalau Tokpa bertanding lagi besar kemungkinannya beliau akan menang, bukan disebabkan orang Melayu Kelantan berputar arah membenci PAS. Tetapi mereka berputar arah kerana memang mereka hormatkan Tokpa.

Kepintaran orang Kelantan terutama penduduk Jeli berpolitik tidak pun dapat ditandingi oleh Mahathir. Dia lebih gemar memperlekehkan pihak pembangkang dengan menonjolkan beberapa isu yang tidak masuk akal. Impaknya orang bawahannya akan terus mentertawakannya dan semakin ramai pula yang akan mengatakan betapa beliau sememangnya "sudah melepasi tarikh luputnya." 

Agama Islam Sebagai Alat Mahathir Menongkat Dunia 

Ramai orang Melayu terutamanya veteran UMNO yang mula sedar betapa Mahathir telah menggunakan segala kepintarannya untuk memutar-belitkan keadaan dan menyibarkan maklumat songsang untuk terus berkuasa. Malahan semakin ramai pemimpin UMNO yang sedar betapa Mahathir sudah terlalu berani menggunakan agama Islam sebagai alat  percaturan politik untuk beliau terus menongkat dunia. Dengan lain perkataan semakin ramai pemimpin UMNO yang sedar betapa Mahathir semakin berani memperlekehkan agama Islam untuk terus berkuasa.  

Malangnya beliau mendapat sokongan padu daripada tiga insan yang terkenal dalam bidang agama Islam. Mereka ini adalah Hamid Othman, Jeneral Zainal Abidin dan Dato Ustaz Nakahie. Kita mahu bincangkan cara Islam itu diperlekehkan di negeri Perak sempena artikel yang ditulis berlatarbelakangkan Episod RAW di Sauk. Kalau kita pergi berbincang dengan orang Perak yang berdekatan dengan Sauk kita dapati mereka menjadi semakin bingung dengan gelagat Jabatan Islam yang mahu mengawal kebebasan orang Islam beragama.  Hidup rukun damai masyarakat Melayu sudah semakin tergugat apabila jawatankuasa surau dan masjid pun mahu dikawal oleh UMNO dan pemerintah negeri. Beberapa contoh boleh dirakamkan di sini: 

  1. Sesiapa yang mahu mengadakan kenduri tahlil dan membaca doa yang memerlukan khidmat imam dan siak perlu mendapat ihsan pengerusi Masjid dan surau berkenaan.  Kalau seorang imam dijemput untuk membaca doa, imam itu perlu melaporkan dulu perkara itu kepada pihak atasannya untuk kelulusan. Kalau kelulusan diberikan barulah imam itu boleh menghadirkan dirinya di rumah yang menjemputnya itu.
  2. Semua kelas agama sudah digantung di kebanyakan surau dan masjid kerana  Mahathir telah mengarahkan agar sistem syarahan agama itu dirombak. Seperti yang diterangkannya dalam wawancara semalam, hanya orang tertentu yang akan diberikan 'watikah' untuk bersyarah. Apakah maknanya semua ini kalau bukan menyekat para ilmuan dan ulama bersyarah kepada jemaah yang memerlukan khidmat mereka.
  3. Di beberapa surau dan masjid di seluruh Perak, di mana ahli jawatankuasa yang lalu lebih cenderung kepada perjuangan PAS, mesyuarat tahunan untuk memilih jawatankuasa yang baru sudah lama dibekukan (digantung) oleh pihak yang berkuasa. Tujuannya ialah untuk menentukan  hanya ahli jawatankuasa yang menyokong UMNO akan terpilih untuk masa hadapan.
     
  4. Sebaik sahaja Episod RAW meletup di Sauk, ramai umat Islam di Perak yang mengadakan sessi berjemaah meminta pedoman daripada Allah. Mereka bertahlil dan bersembahyang hajat untuk mendapatkan panduan. Tetapi, usaha mereka itu SENGAJA disalah-tafsirkan sebagai sembahyang hajat untuk menyokong Kumpulan Al-Ma'unah. Fitnah yang terkutuk ini sengaja dibesar-besarkan di media massa tajaan kerajaan sehinggakan berita buruk itu hampir diterima oleh segelintir masyarakat Islam dan juga bukan Islam di negara ini. Keadaan semakin buruk apabila berita negatif itu terus disebarkan oleh beberapa pemimpin UMNO yang tidak sedar dan mahu sedar akan keadaan yang sebenar. Apakah tidak mungkin betapa beberapa sessi sembahyang hajat yang dilakukan di Selangor  dulu "sengaja ditaja oleh Seorang Imam Besar'? 
  5. Sebarang usaha memperlekehkan golongan ulama yang mahu mencari titik kedamaian dalam Episod RAW ini patut disedari oleh segenap lapisan masyarakat Melayu sebelum terlambat. Dalam bahagian awal penulisan siri ini penulis ada membuat komen betapa besar kemungkinannya Kumpulan Al Ma'unah adalah satu kumpulan tajaan Mahathir bin Mohammad. Kerana itu penulis ada menulis beberapa tajuk artikel selepas itu yang berbunyi 'Perang Bermalaikat, Sabung Berjuara' dan 'Meneka Identiti Imam Besar'.  Insya-Allah dengan nama Allah yang maha besar dan maha mengasihani, dalam satu hari yang terdekat akan terserlah berita bahawa Al-Ma'unah dan Episod Sauk adalah satu drama politik yang terbesar di dunia ini di alaf baru. Ketika itu memang tidak sukar mengenal siapakah sebenarnya imam besar pergerakan itu. Kerana itulah penulis tidak pernah menulis nama Amin ketua pergerakan itu sebagai "Sheikh Amin". Hanya setakat Prebet Amin sahaja, kerana ternyata sangat si prebet ini memang melakonkan skrip yang sudah lama diolah oleh seorang Imam Besar itu.  

    Dalam hal ini Mahathir harus sedar betapa beliau harus berhenti membuat fitnah dan bertaubat selagi ada masa memihak kepadanya. Bukankah ini yang dimaksudkan oleh penulis dalam artikel yang berjodol: "Amin Mahu Curi Global Express'? Hanya Mahathir bin Mohammad yang tahu apakah Episod Sauk itu satu episod yang benar ataupun sengaja diada-adakan semata-mata untuk membolehkan seorang insan terus menongkat dunia. Hanya Mahathir bin Mohammad, dan juga prebet Amin bin Mohd. Razali yang tahu siapakah sebenarnya nama Imam Besar pergerakan 'penjenayah' Al Ma'unah di Sauk itu.
     
  6. Berdasarkan keadaan semasa di mana majoriti masyarakat Melayu semakin  benci kepada Mahathir dan juga para jongosnya, Mahathir perlu membuat pelbagai onar untuk menangkis serangan tohmahan orang Melayu kepada kejijikan pemerintahannya.  Dia sudah tidak mendapat sokongan padu daripada pemimpin UMNO yang masih ada dalam parti, malahan dia sudah menjadi tertekan disebabkan serangan yang bertubi daripada golongan veteran UMNO yang semakin berani menyanggahnya. Dia cuba mempengaruhi masyarakat bukan Melayu untuk menegakkan ketokohannya sebagai seorang perdana menteri. Tetapi gelagat para keparat niaga Cina dan India yang melampau-lampau seperti yang ditulis dan diceritakan oleh MGG Pillai semakin menjerut kewibawaannya. Keadaan semakin genting apabila dia terus diperlekehkan oleh dunia luar. Kejijikan dunia luar itu diperhebatkan lagi oleh cerita lucu tentang kelakuan Ketua Hakim Negara dan Attorney General dan jua para hakim yang korup sekorupnya. Semua ini adalah momokan yang membesar laksana satu raksasa yang terus menghantui Mahathir di Putrajaya dan kemana sahaja dia akan pergi. 

Kesimpulan: 

Semakin jelas kini, ugama Islam sudah menjadi satu alat percaturan politik yang mahu dicuba-pakai oleh seorang diktator tua yang sudah sedar betapa kuasa politik yang ada di tangannya hanya laksana cendawan di batang kayu. Di musim hujan memang tidak ketara sangat akan kehadiran cendawan itu kerana ia mudah mengeluarkan warna seiras dengan warna batangnya, tetapi apabila keadaan semakin panas, cendawan di batang pokok akan mula berkeping-keping dan bersedia untuk terkopek jatuh ke bumi. 

Demikianlah gambaran kuasa yang ada pada seorang bedebah bernama Mahathir bin Mohammad. Betapa pun beliau menyarankan agar semua pemimpin UMNO bersuara lantang menyokong betapa Episod Sauk adalah sesuatu yang benar, semakin ramai rakyat Malaysia yang percaya bahawa hanya orang gila yang boleh percaya episod itu sebagai sesuatu yang bukan berbentuk sandiwara buatan Mahathir.  

Yang jelas kini dalam Episod Sauk itu, nyawa seorang India sudah hilang. Begitu juga dengan nyawa seorang Iban dan Melayu. Apakah Mahathir fikir masyarakat Cina tidak menilai Episod Sauk ini? Apakah mereka tidak mampu sujud kepada Ilahi mencari pedoman mengikut cara yang mereka tahu sehinggakan mereka tidak mahu memberi ruang kepada Paklah menerangkan Episod ini? Nampak sangat Mahathir dan juga Paklah sudah tersasar jauh dalam perjuangan politik mereka. Kenapakah Episod Sauk ini mahu diberikan ruang yang luas sedangkan para 'penyangak' itu tidak pun dihadapkan ke mahkamah? Apakah Mahathir masih berfikiran dia mampu menggunakan isu ajaran sesat dan budaya membenci kerajaan sebagai isu sampingan dalam drama Sauk? Kenapakah kini dia sanggup menjatuhkan hukuman kepada sesiapa yang berani menuduh episod Sauk sebagai satu sandiwara UMNO?  

Kalau kita lihat tulisan mengenai Sauk tidak ada sesiapa yang menuduh UMNO yang membuat sandiwara itu. Yang nyata dan jelas ialah nama Mahathir Mohammad sebagai sutradara sandiwara itu.  Ini bererti, pihak UMNO pun diketepikan dalam episod ini. Memang jelas, Allah telah menunjukkan betapa tuduhan jijik Mahathir sudah "berbalik ke atas dirinya." Mahathir sudah semakin terhimpit. Keadaan hidupnya dan martabat perwatakannya sudah laksana cendawan  yang berkuping-kuping di batang kayu yang kering. Soalnya sekarang negara ini sedang dilanda musibah pelbagai rupa. Kemarau panjang yang datang melanda sedang dibayangi jerebu yang semakin menebal di merata negara. Wabak JE sedang merebak dengan ganasnya dan akhbar kerajaan hanya pura-pura mengambil perhatian akan hal itu. Bagaimana pula dengan serangan denggi? Bagaimana pula dengan keadaan pasaran saham yang semakin merudum? 

Mahathir sedang senak sekarang ini. Dia akan semakin nyanyok dan hanya menunggu hari-hari yang terdekat untuk mula meletakkan genggaman tangan di belakangnya. Orang yang akan sedar perbuatan itu mungkin mengira apakah Mahathir membayangkan dirinya sedang diliwat. Sebenarnya Mahathir akan mula berangan-angan untuk bermain tahinya sendiri. Inilah bahananya sebagai iktibar kepada Mahathir dan juga para jongosnya akan balasan Allah. Bukankah kes Anwar Ibrahim satu drama panjang yang dirancang oleh Mahathir dan para jongosnya juga? 

Panglima Sauk
20.7.2000

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com