MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

MAHATHIR HAMPIR BERJAYA

Sebelum berlakunya peristiwa rompakan senjata di Sauk kita didedah dan terdedah dengan pelbagai isu nasional. Isu-isu tersebut telah membuka mata hati rakyat dari pelbagai lapisan  masyarakat, rakyat ketika itu semacam sudah hilang keyakinan terhadap kewibaan Umno serta kerajaan BN.

Kerajaan BN serta Umno hampir Lumpuh di dalam menghadapi isu-isu yang tercetus. Kerana setiap perkara yang ditimbulkan dapat diolah dengan baik oleh BA. Antara isu besar yang ditimbulkan mutakhir ini ialah:-
       -    PAS Pemecah belah Masyarakat.
       -    Perpecahan Melayu
       -    Kes Ketua Hakim Negara
       -    Pendedahan Bekas Ketua Pengarah BPR.

Isu PAS pemecah belah telah disahut oleh pemimpin PAS supaya diadakan satu Muzakarah bagi mencari satu penyelesaian. Pemimpin bersedia dan amat bersedia dalam apa jua bentuk sekali pun supaya pihak kerajaan khususnya JAKIM mengambil satu daya usaha menganjurkan satu Muzakarah di dalam mencari titik bengik punca masalah tersebut. Namun sehingga hari ini tiada riak pun dari pihak kerajaan mengambil inisiatif
di dalam mencari penyelesaian. Ada beberapa mufti telah memberi kesanggupan untuk menjadi orang tengah
di dalam menganjurkan Majlis Muzakarah tersebut.

Malah satu majlis muzakarah yang pernah diadakan antara IKIM dan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang satu ketika dulu tidak pernah didedahkan kepada masyarakat.. Hatta ketika muktamar {PAS ke-46 yang baru lalu Presiden PAS YB Dato' Fadzil Mohd Nor masih menyatakan kesanggupan untuk bermuzakarah Dengan Umno. Namun tiada sedikit pun jawapan dari UMNO. Adakah UMNO tidak bersedia atau UMNO membuat tuduhan melulu tanpa berpaksikan landasan Islam) 

Kemudian Umno cuba mengheret raja-raja melayu dengan mengharapkan raja-raja melayu campur tangan
dalam menyelesaikan perpecahan melayu, namun tiada reaksi dari raja-raja melayu kecuali Sultan sebuah negeri sahaja yang ada membuat sedikit ulasan. Ini pun diketahui umum yang sultan tersebut adalah satu satunya sultan yang memberi aset besar kepada UMNO. Sebenarnya sultan dan Raja Melayu masih ingat ketika Umno inilah dulu yang langsung tidak menghormati mereka dahulu. Umnolah yang mengaibkan raja raja melayu satu ketika dulu.

Selepas itu rakyat Malaysia dikejutkan dengan pendedahan kes Ketua hakim negara yang melancung keluar negara dengan seorang pesalah yang masih dalam perbicaraan beliau. Tiada sedikit pun ulasan dari pemimpin  UMNO, kecuali Rais Yatim itu pun difahamkan beliau telah dimarahi oleh Mahathir...

Yang terakhir ialah kes pendedahan bekas ketua pengarah BPR di mahkamah tentang arahan supaya BPR tidak meneruskan penyiasatan terhadap Ali Abu Hassan. Isu ini amat mendapat tempat di hati rakyat. Pemuda KeAdilan telah menjelajah ke seluruh negara mendedahkan perkara ini. Malah banyak laporan polis telah dibuat. Begitu juga dengan Pemuda PAS telah membuat laporan Polis di Bukit Aman. Desakan supaya Mahathir ditangkap dan didakwa berkumandang di sana sini.  Mahathir mula panik UMNO membisu. Pemuda UMNO semakin layu dan lesu. Isu ini amat menikam UMNO. Musuh Mahathir di dalam Umno bertepuk tangan. 

Malaysia bagaikan dilanda serangan bom Atom, apabila isu Sauk meletup. Saya tidak mahu memfokuskan
kepada isu tersebut, kerana bagi BA mereka telah mengeluarkan kenyataan yang jelas. Tapi apa yang
hendak saya nyatakan di sini segala isu besar yang tercetus di atas tadi hampir pupus, apabila semua pemimpin BA sentiasa mengeluarkan kenyataan tentang peristiwa Di Sauk. Boleh dikatakan semua pemimpin BA tertumpu kepada isu Sauk. Hilang lenyaplah isu -isu negara yang laungkan selama ini. Malahan saban hari laman web pro
reformasi menyiarkan berita tentang Sauk.

Di sini menunjukkan Mahathir berjaya mengalih isu yang menyerang Umno dan BN. Hari ini pula beliau
cuba mengaitkan PAS dan Pertubuhan yang terlibat di Sauk. Seandainya pemimpin melenting dan cuba menjawab perkara ini, Mahathir semakin berjaya kerana PAS dan BA tidak lagi menyerang beliau dalam isu BPR.


catatan:
Tentera Panji Hitam.

Nota Webmaster:
MR memberikan sekalung tahniah atas pandangan bernas anda. Diharap selepas ini semua penulis siber kembali memfokuskan isu penyelewengan Mahathir dalam berbagai projek mega, apakah tindakan polis terhadap laporan KeADILan yang mengatakan Mahathir melakukan rasuah serta hukuman ke atas DSAI yang dijangkakan hangat. Marilah kita segera menutup sandiwara Sauk, melainkan perbicaraan ke atas impak yang dilakukan oleh regim Mahathir seperti penguguran nama Islam atau tindakan meneruskan akta kezaliman ISA.

Dalam episod RAW Sauk, MR ingin mengucapkan sekalung tahniah, jazakumullah kepada semua pemberi maklumat dan perisik khas. Juga tidak lupa kepada penulis bersiri episod ini iaitu Panglima Sauk yang bersusah payah memberikan analisis sebenar dari lapangan (tempat kejadian).

MR juga berharap di masa akan datang sekiranya berlaku lagi episod seumpama ini, anda semua sedar bahawa dengan penglibatan anda sajalah kita mampu menewaskan pembohongan yang dilakukan oleh media yang nyata bersekongkol dengan diktator tua yang gila itu.

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com