KENYATAAN KHAS WEBMASTER
MAHATHIR GILA! MAHATHIR GILA!!
Minda Rakyat merakamkan kekesalan terhadap bicara sinis dan tuduhan liar PM Malaysia
Mahathir Mohamad berhubung penglibatan 'majoriti ahli PAS' dalam kumpulan Al-Ma'unah.
Dalam kenyataan terbarunya, Mahathir membuat tuduhan atas niat membalas dendam
'kununnya' PAS memfitnah episod RAW adalah sandiwara UMNO.
Minda Rakyat mahu Mahathir membuktikan bilakah atau siapakah pimpinan PAS yang mendakwa
bahawa episod RAW adalah sandiwara UMNO. Bukankah media semuanya dibolot oleh UMNO dan
kerajaan BN. Justerru itu tidak wajar sebagai seorang Perdana Menteri membuat tuduhan
melulu ke atas saingan politiknya. Ini jelas membuktikan bahawa BN/UMNO menghadapi
dilema 'political tension'.
Sebagai laman yang mendokong perjuangan menegakkan sebuah negara Islam, Minda Rakyat
masih percaya hanya melalui pilihan raya UMNO/BN akan ditumbangkan. Ini jelas dengan
isyarat yang diberikan oleh rakyat yang kini memberikan kepercayaan penuh kepada PAS dan
BA untuk memerintah negara.
Kenyataan melulu Mahathir jelas membuktikan sifat amarah yang lahir dari hati yang
dipenuhi dendam kesumat. Ia pasti lahir dari desakan syaitan yang berkampong dan
berlubuk dalam hati yang penuh kehitaman dan tidak melihat sinar keimanan. Jiwa yang
seringkali mendokong amalan syaitan dan kerja mungkar menyebabkan Mahathir seperti
seorang yang kurang siuman.
Mahathir mestilah bertanggungjawab di atas tuduhan dan tohmahan yang dilemparkan kepada
PAS. Minda Rakyat bukan laman rasmi PAS. Pendedahan sandiwara episod RAW di Sauk
didedahkan melalui laman ini untuk membuktikan bahawa informasi yang telus tanpa ada
kepentingan kepada sesiapa. Semua rakyat berhak menyuarakan pandangan mereka dalam Minda
Rakyat.
Justeru itu Minda Rakyat mengutuk sekeras-kerasnya agenda politik kotor Mahathir.
Mahathir mesti menarik balik tuduhan liar terhadap PAS sebelum rakyat menghukum Mahathir
dan BN dalam pilihan raya 2004. Kami rakyat Malaysia berbilang bangsa di negara ini
hidup dalam aman dan damai serta menolak sebarang anasir yang boleh mengganggu gugat
ketenteraman dan keharmonian hidup bersama.
Episod RAW ternyata telah dijadikan 'provokasi' dan sandiwara terancang UMNO/BN untuk
menjatuhkan maruah PAS dan BA serta rakyat Malaysia keseluruhannya.
Mahathir kini sudah gila! Mahathir benar-benar gila!!!
Minda Rakyat
21 Julai, 2000