Mahathir toksah nak Muhong..Kesedaran Rakyat Makin Jelas
Rakyat semakin sedar agenda regim Mahathir sengaja mengaitkan Pembangkang dengan
keganasan. Pihak regim ini giat berusaha memecah-belahkan rakyat semua kaum dengan
mengadu-domba menggunakan sentimen menggugat perpaduan dan harmoni kaum. Ini sangat berbahaya.
Dr.
Mahathir telah mengulang-ulang isu “PM Bukan-Melayu”. Padahal isu ini tidak pernah
dipersoalkan dan tidak menjadi minat kaum lain. Selama ini regim ini telah
memperlekehkan keupayaan orang Melayu dan rakyat untuk berfikir dan membuat keputusan.
Banyak
di antara projek Mega (seperti Bakun, Mahligai Mahathir Putera Jaya, pembelian Global
express, pembinaan KLCC, Stadium dan SUKOM, projek PERWAJA, dasar Penswastaan Pendidikan
dan Kemudahan Awam, dll) yang dibantah rakyat. Ia adalah satu pembaziran yang pasti dan
telah gagal menjana kekuatan ekonomi rakyat. Yang mendapat faedah ialah kroni-kroni yang
mendapat tender dan kontrak secara langsung dari Mahathir.
Malangnya, Mahathir
mempengaruhi beberapa pihak kroni dan media massa dengan memburuk Pembangkang dan
men”turnover” minda rakyat supaya membenci anggota Pembangkang kerana kritikan
mereka.
Tanpa mengira soal imej negara, agama, bangsa dan masa depan generasi
orang Melayu, Mahathir mengugut rakyat pelbagai cara. Orang Melayu dikatakan tidak
“bersyukur” kepada UMNO. Rakyat dibelasah semasa menyuarakan bantahan melalui
saluran hak asasi dan kebebasan bersuara.