MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

MAHATHIR "JUARA" segala MAKSIAT!!

Hasutan MAHATHIR Makin Membosankan Rakyat

Bermakna, usaha Mahathir mempertingkatkan kewibawaan beliau secara demokratik telah bertukar kepada ugutan jijik tidak bersopan dan “non-political”. Sehingga hari ini, Mahathir tidak putus-putus dihantui oleh bayangan Anwar. Beliau terus-menerus mengutuk Anwar dan pemimpin Pembangkang tanpa henti-henti. Ini menyebabkan rakyat bosan. Makin nampak Mahathir dan regimnya dalam ketakutan!

Sekarang nampaklah siapakah yang sebenarnya bersandiwara. Mahathir sentiasa memukul canang tentang dengan cuba meniupkan semangat bencikan Pembangkang bagi meraih simpati yang sudah luntur parah dipihak beliau dan UMNO/BN.

Apabila Anwar disahkan oleh semua saksi bahawa fitnah ke atas beliau adalah satu KONSPIRASI, maka Dr. Mahathir yang dituntut sebagai saksi cuba memanipulasi undang-undang dengan mengugut hakim-hakim supaya beliau dikecualikan.

Walaupun “sandiwara” ini sengaja dimainkan oleh Mahathir, tetapi itu tidak meredakan tanggapan rakyat bahawa Mahathir memang seorang “Penjenayah dan Pengkhianat” seorang pemimpin rakyat yang berbakat, telus, taat dan amanah!

Kerana itulah, dengan bukti melalui kesaksian Datuk Shafie Yahya, Mahathir menjadi kelam-kabut untuk mencari isu lain mengalih tumpuan rakyat. Dan pilihan beliau (atas sebab terdesak) ialah dengan melakunkan “Sandiwara Sauk”. Kerana kebenaran adalah dipihak rakyat, Mahathir GAGAL lagi.

Ditinjau di ceramah-ceramah Pembangkang ataupun dalam pita/CD-Rom yang mereka jual, terdapat banyak unsur tuntutan supaya regim Mahathir bersifat telus, adil dan meninggalkan perbuatan menzalimi rakyat. Rakyat yang menghayati “addin” Islam bersimpati kepada semua pihak yang difitnah dan diseksa, yang dilemparkan ke dalam penjara oleh regim ini.

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com