MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

MAHATHIR BERLAKON UNTUK
KESELESAAN DIRI

Oleh : Mohd Suffian Salleh

Sama seperti 19 tahun yang lepas-lepas, semua penerangan pastinya akan melibatkan orang lain yang jahat. Ini umpama seorang jaguh yang ego dalam menghadapi saat-saat kejatuhan seorang pemimpin hipokrit yang sememangnya sentiasa melupakan jasa-jasa parti yang menjadi musuh tradisinya. Lakonan sesedap hati beliau ini akhirnya menjadikan ahli UMNO dan barua-baruanya terpaksa bekerja keras bagi menerangkan lakonan yang bersifat ego tadi. Walaupun ianya tersiar secara rakaman , namun gagal meyakinkan ramai orang. Akhirnya UMNO yang terpaksa menelan semua luapannya.

Pada 4 Ogos nanti, maka bergema pula apa yang dipanggil "The Judgment Day". Ia mengingatkan bagaimana dua terminator yang begitu canggih sebagaimana yang dibayangkan dalam MSC yang gagal, dimana terminator yang pertama tadi akhirnya mati terlebur dalam logam panas yang gagal diselamatkan, meski pun mempunyai kelebihan dari yang satu lagi. Ini menunjukkan bahawa semua drama yang terjadi adalah mengikut skrip dari seorang yang mempunyai idea yang semakin tenggelam punca. Bermula dari kegagalan projek kereta nasional sehinggalah kepada penangguhan projek Bakun, ianya masih menunjukkan beberapa kegagalan yang berpunca dari seorang yang mengaturkan sesuatu mengikut kemahuannya. Sebagaimana episod perbicaraan yang paling panjang dalam sejarah negara, begitu jugalah apa yang akan dialami oleh orang yang mendiami Sungai Buloh ini , dimana hukuman dan ketetapan telah di tentukan. Akan tetapi, seorang insan ini sebenarnya telah menyebabkan beliau sering tidak tidur lena bagi menjana minda dalam episod pembohongan yang seterusnya. Disebabkan keadaan inilah maka sejak akhir-akhir ini beliau semakin melalut menyalahkan orang lain dan bangsanya sendiri.

Pembohongan beliau tidak akan terhenti sahaja di situ. Kegagalan demi kegagalan sebenarnya tidaklah begitu merunsingkan beliau yang masih memerintah dengan segala kemudahan dan barua-barua yang ada di sekelilingnya. Umpama Suharto, beliau kini di atas kerusi roda apabila kuasa dan kewangan sedang disiasat oleh pihak yang berkuasa.

Apa yang dilakukan dan dilakonkan oleh Sang Ketua ini, maka ianya juga sentiasa diikuti dan menjadi contoh bagi semua pak angguk-pak angguk yang selamanya akan sentiasa terangguk umpama sesumpah yang sentiasa menukarkan warnanya. Inilah budaya Parti Ajaran Sesat UMNO yang cuba menyesatkan manusia-manusia yang semakin mengejar kecanggihan dalam sebuah negara yang mengamalkan semuanya boleh. Sebenarnya, contoh ini bukanlah suatu pengajaran yang terbaik bagi sebuah parti yang mempunyai sejarah perjuangan yang tersendiri. Meskipun kemerdekaan ini umpama meminta dari pihak penjajah tanpa pertumpahan darah, ianya sebenarnya menunjukkan bahawa rakyatnya yang sentiasa kekenyangan ini tidak akan melakukan sesuatu di luar dari kebiasaan dan kelazimannya meskipun ianya telah dipelopori oleh seorang insan yang masih berada di Sungai Buloh. Atas faktor inilah maka Sang Ketua tadi bebas melakukan apa sahaja mengikut naluri dan alam fantasinya dari segala segi.

Kejayaan-kejayaan yang digembar gemburkan sebenarnya sentiasa sahaja cuba menutupi kelemahan yang lain pula. Bermula dari kegagalan kereta nasional, yang dijual lebih mahal kepada rakyat sendiri, sehinggalah episod drama perbicaraan paling panjang dalam sejarah negara, sehingga kepada kegagalan Kementerian Pertahanan mengawal senjatanya , malah dalam semua episod Malaysia Boleh , keyakinan dan semangat orang Melayu makin kukuh dalam menghadapi apa yang dipanggil sebagai sesuatu cubaan bagi menyesatkan pendirian mereka. Sama jugalah apa yang beliau dakwakan dalam bukunya Dilema Melayu, orang yang beliau dakwa itu akan suatu hari nanti , mendakwanya pula atas kegagalan beliau mempertahankan maruah bangsa Melayu.

Kita semua pasti, bahawa episod ini tidak akan hanya berakhir di sini sahaja. Akan muncul lagi tohmahan apabila rakyat cuba berhimpun. Akan terjuih pula bibir beliau bagi menuding jari kepada pihak lain. Kali ini pasti pulalah KeADILan yang akan menjadi mangsanya kerana "Drama 4 Ogos ini". Ianya tidak menghairankan rakyat jika beliau sentiasa ditakuti walaupun masih dalam tahanan. Malahan ketidakhadiran Sang Ketua ini ke mahkamah dan episod ketua hakim negara dan peguam negara yang sentiasa bersantai keluar negeri sehingga gagal menentukan mana yang baik dan tidak maka selagi itulah kita hanya boleh melalak. Apa yang penting , salakkan kita biar mengegarkan seluruh dunia. Malaysia Boleh???????

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com