MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

43 tahun kerajaan berjaya menyatupadukan rakyat di Malaysia?


Sejak malam tadi, sudah banyak juga posting dan kenyataan dibuat berkaitan dengan wawancara Mahdey berkaitan isu Sauk.

Saya cuma tertarik kepada kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden MCA, Ong Ka Teng semasa diwawancara di NTV7 bersama Fuad Hasan dan Kapt Najmudin (Ustaz), iaitu beberapa minit sebelum wawancara khas dengan Mahathir ke udara.

Kata beliau (diringkaskan saja) ," memang benar, kita bimbang isu di Sauk akan menyebabkan kaum bukan Islam tersalah anggap terhadap orang Islam di negara ini. Selama 43 tahun kerajaan telah berjaya menyatupadukan rakyat berbilang kaum, tetapi dengan kejadian begini kita bimbang ia akan memecahbelahkan perpaduan ini"

Menjawab pertanyaan lain yang dikaitkan dengan peristiwa 13 Mei, beliau berkata;

" tidak mustahil perkara itu akan berlaku jika ia tidak dibendung oleh kerajaan".

Persoalannya:

  1. Memang benar, Tuanku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan Hussein Onn telah membantu menyatupadukan rakyat di Malaysia di bawah satu panji kemerdekaan, tetapi siapakah yang memulakan kehancurannya ini dan memporak-perandakan keharmonian negara serta menimbulkan sentiviti perkauman jika bukan Mahathir Mohamad? Mahathir bukan saja memecahkan belahkan perpaduan kaum, malah menghancurkan imej Islam di negara ini. Usaha Mahathir menganiaya perkembangan Islam sudah terserlah. Mahathir tidaklah sehebat mana...
  2. Mengapa isu 13 Mei diutarakan? Siapakah yang lebih jahat? Kerajaan BN atau pembangkang? Singkaplah kembali sejarah, mengapa 13 Mei berlaku? Kepada Ong Ka Teng dan puak-puak MCA, jangan cuba mengelirukan keadaan dengan menyebut Islam cuba memecah-belahkan kaum di Malaysia. Yang sebenarnya, Mahathir Mohamad anak Kutty itulah yang bapak segala kehancuran di muka bumi Malaysia ini.

Jangan kerana isu AL-Maunah yang diputarbelitkan oleh Mamak sekor tu, kamu yang di dalam MCA cuba nak jadi handal pulak!

Bercakap soal Islam dan tidak segan silu menghina Islam. Jangan lupa yang kami anak-anak Melayu Merdeka ini masih bernyawa. Jangan kami dihina begitu!!

# Apapun, jelas membuktikan bahawa cakap Mahathir sudah tidak laku lagi... terpaksa membuat wawancara khas , satu program TV paling bangang tahun ini!!


Dahlia/KL

 

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com