MAKLUMAT TERBARU EPISOD RAW
Maklumat oleh perisik khas kali ini menyatakan bahawa kematian Jaafar Putih yang penuh
misteri itu akan terbongkar sedikit hari lagi. Kematian beliau yang enggan diulas oleh
kakitangan Hospital Gerik beberapa hari lalu adalah disebabkan oleh mangsa mengalami 'over dose'
oleh seseorang yang disyaki rapat dengan beliau menjelang hari kematiannya.
Ramai kenalan di kampong mengetahui aktiviti zaman muda Jaafar Putih yang merupakan 'kaki
tonggang' atau kaki minum. Sebagai seorang bekas tentera, kita memahami perkara ini memang
sering berlaku kepada mereka yang bergelar tentera. Amalan jahiliyah dalam pasukan tentera
kita masih menyelubungi majoriti anggota tentera, walau pun sudah ada KAGAT sebagai
perisai dalam membina iman para tentera yang beragama Islam.
Sukar untuk menentukan apakah Jaafar mati kerana 'dose' dadah atau akibat tabiat lamanya.
Setakat ini pihak perisik masih gagal mendapatkan puncanya dan akan memberikan makluat
apabila menerima maklumat sahih.
Dalam pada itu, Mohamad Amin (Ketua Al-Ma'unah) masih ditahan reman di IPD Kuala Kangsar.
Diberitakan beliau menerima wang ratusan ribu ringgit seminggu sebelum episod RAW. Beliau
ada memaklumkan hal ini kepada keluarganya dengan berkata beliau akan menerima wang banyak
kerana
satu 'projek besar'. Bagaimana pun beliau tidak menyatakan akan berlaku episod RAW.
Sudah menjadi kebiasaan kepada ibu bapa yang akan menerima ganjaran maka perkara ini heboh di
kalangan sanak saudara mereka tanpa menyedari bahawa ganjaran itu adalah kerana
penglibatan anak mereka (Mohd Amin) dalam episod RAW. Namun di kalangan saudara mara mereka
sudah faham akan hakikat drama episod RAW.
Satu perkara yang perlu kita fahami dalam episod RAW ialah kenyataan mengenainya tidak
dibuat oleh para menteri kabinet. Selain, Mahathir, hanya Pak Lah dan Najib sahaja yang
memberikan maklumat tentang episod RAW. Begitu pun mereka telah menghentikan
kenyataan-kenyataan mereka kecuali bercakap atas isu mempertahankan kebenaran episod RAW.
Berlainan dengan Mahathir, beliau nampaknya mengetahui benar akan selok belok strategi
Al-Ma'unah dan keganasan mereka. Tentulah amat pelik seorang yang mengatakan dirinya tidak
tahu menahu tentang keganasan Al-Ma'unah boleh menceritakan strategi mereka sehingga
menembak ke kilang Calsberg dan lain-lain. Melainkan seorang 'sutradara' sahaja, orang
lain tidak akan mampu memberikan mesej ini kepada rakyat.
Jika kita melihat dalam isu DSAI, kesemua para menteri bercakap tentang isu liwat. Nampak
kecelaruan dan maklumat yang bercanggah itu menikam para konspirator sehingga timbul tilam
yang belum ada jenama, 3 kali ubah tarikh pertuduhan dan kondominium yang masih
belum siap.
Ringkasnya episod RAW adalah sandiwara UMNO yang terancang, menyamai
konspirasi yang pernah menimpa DSAI dua tahun lalu.