MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

ALLAH MENGETAHUI.....

Hari ini sindrom 'gelabah' telah membalut seluruh rakyat Malaysia. Rakyat 'brand' UMNO (B)/BN dan rakyat marhaen sama-sama gelabah, namun tahap dan alunan gelabah itu tetap berbeza. UMNO (B)/BN kini, terlalu amat gelabah kerana terbayang akan hilangnya kuasa dek sikap tamak, bodoh-sombong dan keangkuhan bikinan mereka sendiri. Manakala rakyat marhaen pula mahu menyerahkan kuasa itu kepada BA setelah tidak tertahan lagi dengan tingkah laku UMNO (B)/BN, yang telah meliwati negara dan seluruh rakyatnya sejak 20 tahun yang lalu. Rakyat sudah melihat dan membuat perbandingan di antara pentadbiran para ulama dan sekular. Ternyata di antara kedua, terlalu amat luas jurang  perbezaannya. Pentadbiran orang yang tunduk-takut kepada ALLAH (para ulama), lebih telus dan baik daripada yang angkuh dan takbur terhadap-NYA!

UMNO (B)/BN Mengundang Bala..

Kerana gila kuasa dan tamak serta kebebalan para pemimpin UMNO (B)/BN begitu memuncak, maka keadaan kucar-kacir kini melanda negara dan rakyat. Perubahan sokongan rakyat terhadap Barisan Alternatif secara mendadak, menyebabkan rasa dengki dan cemburu yang keterlaluan yang membawa kehancuran kepada diri mereka dan sekaligus mengheret rakyat secara keseluruhannya.

Perasaan negatif yang tidak terkawal, membuat mereka hilang pertimbangan sehingga sanggup menggadai akidah dan cuba merobek pula keimanan yang ujud di dada rakyat marhaen. Perkataan Islam yang menjadi teras rasmi Parti PAS begitu menyenakkan Mahathir dan kuncu-kuncunya, lalu mereka sedang berusaha melenyap dan mengharamkan perkataan itu. Ini bererti UMNO (B)/BN bukan saja cuba menghakiskan lambang Islam itu pada parti PAS bahkan mereka dilihat sedang berusaha keras melenyapkan identiti agama Islam pada orang Islam itu sendiri. Peristiwa di Sauk adalah merupakan perlaksanaan jitu ke arah itu. Sebelum ini mereka telah, seolah-olah menanam benih-benih anti Islam kepada para remaja dan seluruh rakyat dengan membiarkan budaya songsang subur membiak tanpa dikawal. Akibatnya, wujud penyakit sosial yang parah seperti penagihan dadah, pelacuran, arak, judi, budaya 'hedonism', samseng, malah murtad dan sesat di kalangan remaja dan orang Islam.

Begitu juga mertabat Islam itu sengaja diperlekehkan supaya Umat Islam hilang kepercayaan dan merasa rendah diri. Perlakuan ini membuatkan manusia seperti Ling Liong Sik, Lim Keng Yit dan Samy Vellu, yang tidak sedar diri akan asal usulnya, dan tanpa segan silu dan hilang kewarasan sebagai seorang manusia telah dengan lantangnya turut menghina agama Islam. (Ingatlah wahai semua pendusta Islam! segala ungkapan yang menghina Islam itu meninggalkan kesan yang mendalam dan tidak mudah padam di hati dan nadi umat Islam khasnya orang Melayu itu sendiri!)

Ketahuilah bahawa martabat orang Melayu itu adalah terletak pada agama Islam dan bangsa Melayu itu sendiri. Tanpa Islam, Melayu akan menjadi suatu bangsa yang lemah, hina, mundur dan sesat. Jadi, omong kosong 'Ketuanan Melayu' itu, adalah suatu  momokan yang hambar yang bertujuan memesongkan orang Melayu dari menyedari kekuatan akidah Islam itu sendiri.

Kegilaan UMNO (B)/BN untuk mengharamkan perkataan Islam pada Parti PAS itu adalah seperti orang membuang tabi'at sebelum kedatangan ajalnya. Ini juga memungkinkan kita menyaksikan bala yang akan menimpa Parti UMNO (B)/BN yang membawa ke arah 'the final episode' atau babak-babak terakhir pemerintahan mereka.

Apakah mereka tidak melihat bahawa negeri-negeri di bawah pemerintahan kedua-dua orang Tuan Guru, iaitu Datuk Hj Nik Aziz dan Hj Abd Hadi Awang ini sudah menampakkan tanda-tanda mendapat keberkatan ALLAH? Contohnya...

Negeri Kelantan.

  1. Kini di bawah pemerintahan PAS, pimpinan Tuan Guru Nik Aziz, alhamdulillah...tidak terdengar pun banjir besar berlaku, sedangkan semasa pemerintahan UMNO/BN dulu, banjir besar saban tahun menjengah, banyak nyawa yang menjadi korban, sehinggakan peperiksaan SPM/STPM terpaksa ditunda dan wang berjuta ringgit terpaksa dibelanjakan untuk itu.
  2. Dengan berbagai-bagai deraan, tekanan, sekatan dan tohmahan dibuat oleh kerajaan pusat terhadap kerajaan PAS Kelantan, tetapi negeri itu tetap kelihatan makmur... pelawat bertali-arus, pelacuran tidak kelihatan. Begitu juga jenayah, judi, arak sudah berkurangan. Segala keperluan rakyat boleh dibeli dengan harga jauh lebih murah dari negeri-negeri lain, yang diperintah oleh UMNO (B)/BN, terutamanya bahan makanan.

    Lebih mendayuskan pihak UMNO (B)/BN ialah, hutang lapuk jutaan ringgit, tinggalan Mohammad Yaakub, telah dilangsaikan oleh Kerajaan PAS! Sehingga kini, ada negeri-negeri lain yang diperintah oleh UMNO (B)/BN, masih tidak membayar hutang mereka (mungkin mereka menanti kerajaan PAS untuk melakukannya he..he..he). Yang paling tidak adil dan mengaibkan, ada hutang-hutang ini dilupuskan begitu saja oleh kerajaan pusat!
  3. Begitu juga dari segi pendidikan, keputusan penilaian penting seperti UPSR/PMR/SPM/STPM, alhamdulillah..sentiasa menunjukkan ke arah kecemerlangan yang konsisten saban tahun.
  4. Negeri Kelantan dikatakan kaya dengan hasil bumi seperti emas dan minyak yang masih belum diterokai. (meleleh air liur Mahathir dan kroninya bila terkenang akan hasil bumi Negeri Kelantan itu)

Negeri Terengganu

  1. Suatu ketika dulu Rusilla, kawasan Tuan Guru Hj Hadi Awang, gempar dengan penemuan emas sehinggakan pendulang-pendulang amator dari dalam dan luar negeri berlumba-lumba menjalankan kegiatan di situ. Ada yang dikatakan sudah kaya kerana peristiwa emas itu.
  2. Selang beberapa bulan PAS mentadbir, harga minyak, hasil utama bumi Negeri Terengganu, telah melambung naik sehinggakan royalti sebanyak 5 persen itu berjumlah RM 810 juta! yang sebelum ini tidak pernah berlaku semasa 'Wang' Mokhtar jadi Menteri Besar UMNO (B)/BN dulu. (kali ini air liur Mahathir dan kroninya itu bukan lagi meleleh, malah sudah sampai tahap lidah terjelir..kerana dengan wang sebanyak itu boleh digunakan untuk 'bail-out' syarikat anaknya atau kroninya atau terus saja masuk kantongnya!) Mungkin itulah di antara sebabnya, PIEM kita beriya-iya mencari helah hendak menyekat royalti ini dari sampai ke tangan PAS...

Kunuuunnya..ikhsan kerajaan pusat...{cerita mengarut!} Kemudian kalau royalti itu sampai juga kepada kerajaan Negeri Terengganu akaunnya mesti di odit. Kalau hendak odit boleh, silakan sebab memang wajar semua akaun kena periksa, kena semak....tapi Hj Mahathir jangan pengsan pulak sebab di antara rancangan PAS itu:

  1. dengan wang sebanyak itu, mungkin Hj Hadi hendak melaksanakan janjinya untuk memberi biasiswa, bukan saja kepada anak-anak Negeri Terengganu malah penuntut negeri-negeri lain. Tidakkah malu Mahathir nanti? Itu baru dapat 5 persen, kalau BA memerintah nanti dengan wang minyak yang banyak itu, semua penuntut boleh diberi biasiswa dan pendidikan percuma.

    Rakyat akan membuat perbandingan di antara kerajaan PAS dengan kerajaan UMNO{B}/BN! Rakyat akan tanya Mahathir, mengapa kerajaan pusat tidak memberi biasiswa dan pendidikan percuma kepada rakyatnya seperti yang dilakukan oleh kerajaan Negeri Terengganu?
  2. menaikkan taraf hidup rakyat Negeri Terengganu, yang kaya minyak, tetapi miskin, di bawah pemerintahan UMNO (B)/BN selama ini.
  3. melaksanakan manifesto BA yang dibuatnya dalam kempen Pemilu yang lalu.

Dan bila akaun royalti 5 persen, hak rakyat Terengganu, ini diperiksa dan dikenal pasti kegunaannya atas kehendak Mahathir maka rakyat ada hak dan sememangnya berhak hendak melakukan perkara yang sama terhadap akaun PETRONAS yang mula beroperasi sejak 1979 itu. Ini melibatkan jumlah wang kepunyaan rakyat, yang bukan sedikit malah ratusan billion ringgit....{boleh agaknya, Datuk Sri?

Siapa tahu mungkin dengan kegilaan mereka, untuk 'menghapuskan' perkataan Islam yang digunakan oleh Parti PAS itu, akan mengundang bala dan menjadi penyebab 'penghapusan' UMNO (B)/BN kelak? Who knows? God only knows!  ALLAH mengetahui apa yang kita tidak ketahui!

Mereka merancang, ALLAH juga merancang dan rancangan ALLAH yang paling sempurna!


Tun Teja

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com