|
Takut Kerana Bersalahkah?
Para pemimpin UMNO/BN yang ada kaitan dengan segala macam rasuah dan penyelewengan telah diugut dan diberi amaran oleh Mahathir – iaitu jika UMNO/BN hancur, mereka akan diheret dan dipenjarakan; harta rasuah yang mereka miliki secara jalan salah akan dirampas oleh kerajaan Barisan Alternatif. Ini telah meningkatkan ketakutan di kalangan pemimpin UMNO/BN yang rasuah. Dalam satu mesyuarat MB-MB UMNO di Seri Perdana (Ogos 1998), beberapa orang MB dan anggota MKT UMNO (yang bersimpati kepada Anwar) telah menjelaskan secara rahsia bahawa Mahathir Mohamad telah mengungut mereka. (Mahathir Terperangkap Bersama UMNO/BN Siri 3- Amin Sapiro) Sebaliknya, orang yang bersih dan tidak boleh diugut mengikut rentaknya dipecat dan dihina. Lihat bekas Mufti Selangor, bekas BPR Datuk Shafie Yahya, Dr Badrul Amin (UIA), Dato Seri Anwar dan lain-lain. Yang gentlemennya tentang Dr Badrul Amin ialah pengorbanannya melepaskan kerjayanya sebagai pensyarah UIA dan sanggup letak Jawatan walaupun kedudukan dan pendapatannya agak selesa – tapi prinsip kebenaran dan keadilan dan jihadnya begitu tinggi. Dengar cerita, Rektor UIA Prof Dr. Mohd Kamal Hassan memberinya ultimatum (kata putus) “kalau ana tak nak letak jawatan, biarlah saya sajalah yang letak Jawatan” – begitulah sedikit sebanyak lagunya agak saya. Siapa yang menegakkan keadilan dan menentang kerosakkan Mahafiraun memang ditekan habis-habis. Berbalik kepada topik takut kerana bersalah, maka saya pun berfikir kenapalah susah sangat Norian Mai (singa takde gigikah atau singa tua) nak siasat rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh Mahafiraun. Mengikut seksyen 112 prosedur kanun acara jenayah, polis akan mengambil statement (keterangan) dari seseorang yang memiliki maklumat bagi membantu penyiasatan. Keterangan beramaran (seksyen 113)juga boleh diambil sekiranya yang tertuduh telah ditangkap. Apa pun kedua-dua ini tidak dan belum diambil oleh polis. Yang peliknya kata siasatan sedang dilakukan dan failnya belum tutup, tapi statement dari Mahafiraun samada di bawah kanun acara jenayah mahupun akta Rasuah tidak ada langsung. Nak salahkan Norian Mai pun tak boleh sebab bukan saja dia, Sultan, Ketua hakim, ketua badan penggalak Rasuah, attorney General (Mohktar), termasuk naib-naib presiden UMNO sendiri pun takut padanya. Mungkinkah mereka ini semua telah diugut – diugut dengan apa? Andaian biasanya ialah takut kerana bersalah. Salah apa? – adalah tu - hehehe. Tapi mereka lupa bahawa Akta Rasuah boleh dikenakan pada mereka tak kira bila rasuah mereka lakukan. Mahafiraun takkan hidup selama-lamanya dan tak boleh melindungi mereka selama-lamanya tapi Akta itu sudah pasti bertahan lama. Walau apa pun, untuk mereka ini, hukum Allah tak akan mereka lepas- masa mati atau nak mati, dalam kubur dan pada hari dibangkitkan untuk dibicarakan tindak-tanduk mereka semasa hidup. Mahafiraun sudah bertekad, alang-alang menyeluk dosa biarlah sampai nampak dosa-dosa itu semua. Kalau itu contoh yang baik ikutlah dan tunggulah masanya. Seterusnya saya ingin menghuraikan kedudukan undang-undang berkenaan dengan isu alibi Dato Seri Anwar dalam kes semasa ini. Terlebih dahulu alibi merupakan satu pernyataan oleh tertuduh kepada pendakwaraya bahawa yang dituduh tiada ditempat kejadian pada waktu kejadian sebagaimana yang didakwa oleh pendakwa di kertas tuduhan. Apabila notis ini telah diisukan pada Pendakwaraya, maka beban membuktikan bahawa tertuduh ada di situ terletak pada pendakwaraya bukan tertuduh. Bermakna bukan tanggungjawab tertuduh membuktikan bahawa dia tiada di situ sebaliknya adalah tugas pendakwaraya membuktikan bahawa tertuduh berada di tempat kejadian pada waktu kejadian. Kedudukan undang-undang berkenaan alibi sudah settle (jelas) dan telah diperakukan oleh Mahkamah Agung Atau Federal dalam beberapa kes (tidak lama dahulu mahkamah federal digelar Mahkamah Agung kemudian tukar balik). Mahkamah kutty katakanlah. Jelas bahawa Dato Seri Anwar tiada di tempat kejadian berdasarkan rekod dan keterangan yang telah dikemukan. Yang peliknya, pendakwaraya tidak sekali-sekalipun mencabar pernyataan alibi Dato Seri Anwar sebagaimana yang dikehendaki oleh undang-undang malahan pihak pembela pula bertungkus lumus membuktikan alibi Dato Seri. Walau apa pun seperti yang saya katakan, adalah tugas dan beban pendakwaraya membidas alibi Dato Seri Anwar yakni membuktikan bahawa Dato Seri Anwar berada di tempat kejadian pada waktu kejadian. Ini tidak dilakukan. Maka alibi Dato Seri tidaklah tercabar dan sebenarnya tidak perlupun pihak pembela membawa bukti bahawa Dato Seri tiada berada di situ. Namun pihak pembela dengan membawa bukti alibi Dato Seri nampak jelaslah pembohongan tuduhan Mahafiraun dan betapa teraniaya Dato Seri Anwar.
Yan |
Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com |