MENJANA KEMENANGAN BA DALAM TAHUN 2004

JAAFAR PUTEH: SAKSI DI LUAR UNDANGAN?

Timbul seperkara yang keliru apabila di tengah keributan mendakwa pihak 'penjenayah' yang merampas senjata, tiba-tiba kita diperdengarkan berita kematian Jaafar Puteh antara saksi utama apabila beliau dilaporkan menjadi salah seorang tebusan dalam episod RAW.

Berasaskan maklumat yang ada 'gangguan' ke atas allahyarham Jaafar Puteh bermula apabila beliau dibebaskan menjadi tebusan kepada penjenayah yang merampas senjata 6 Julai lalu. Hal ini disahkan oleh anggota keluarga beliau sendiri sebagaimana laporan Bernama.

Kematian Jaafar menjadi misteri. Beliau tinggal di Kg. Chain, yang terletak kira-kira tiga kilometer daripada Lenggong. Arwah Jaafar adalah seorang yang masih bujang ketika hayatnya. Beliau juga dikatakan seorang yang suka 'minum' sepanjang hayatnya. Oleh itu berasaskan maklumat yang ada setakat ini Jaafar Puteh adalah 'pelakon' tidak diundang dalam episod RAW. Justeru itulah beliau disisihkan dan tidak mendapat layanan sebenar sebagaimana tahanan  dan tebusan yang lain.

Sampaikan pandangan serta informasi kepada mindarakyat@hotmail.com