MGG4?/0719
KEJENGKELAN MELAYU TERHADAP KRONI CHINA
Di
Pahang, apabila seorang pribumi cuba memohon sebidang tanah untuk membina sebuah rumah
kediaman di kampung, dia perlu menghadapi pelbagai masalah. Dia mesti menunjukkan bahawa
dia boleh dipercayai oleh orang politik. Kalau dia meminta pinjaman bank untuk
membangunkan projek itu dia akan mengalami masalah panjang yang termasuk menunggu
lama-lama di hadapan pejabat pemimpin politik ataupun pegawai kerajaan.
Kalau pun dia berjaya mengatasi hambatan ini dia akan diberi juga tanah itu secara
yang tidak ikhlas. Pemberian itu akan mudah ditarik balik kalaulah dia cuba
mempraktikkan amalan demokratik untuk menyokong seorang ahli politik yang tidak disenangi
oleh pemimpin UMNO negeri. Ketika Insan Yang Mesti Dihapuskan Dengan Apa Jua
Cara disingkirkan, dibaham dan dikenakan tuduhan; teman perniagaannya dan juga
sahabatnya telah menghadapi pelbagai masalah terhadap penarikan pinjaman bank dan kontrak
perniagaan mereka yang ditarik-balik tanpa sebarang sebab. Seorang gurkha di Langgak
Golf telah dilantik menjadi anggota Majlis Tertinggi UMNO. Tetapi, kedurjanaan yang
terdahulu terus menghantui para pengikutnya. Menteri Besar Pahang, Dato Seri Adnan
Yaakob telah menunjukkan gelagat lucahnya di samping aksi membalun seorang insan
yang telah diberikannya sekeping tanah. Pemberiannya itu telah menjebak insan
tersebut ke kancah hutang dan mendorongnya menjadi ahli PAS. Kisah ini berulang
selalu di setiap negeri Melayu. Tanah menjadi mainan para pengikut setia parti yang
mempunyai kesabaran yang tidak bertepian.
Tetapi, peniaga Cina daripada negeri
yang lain tidak pula menghadapi masalah seperti ini. Seorang Tan Sri, Dato' Seri, dan
Dato' daripada Johor telah berjaya memiliki beribu hektar tanah di sepanjang lebuh raya
Karak-Kuala Lumpur. Tidak pernah pun sesiapa yang memeriksa latar belakang
fahaman politiknya, dan apakah kemungkinannya beliau berpaling tadah dalam kesetiaan
politiknya itu. Kerana itu dia dipuji kerana kepintarannya berpolitik. Tanah itu
telah diagihkan kepadanya ketika Menteri Penerangan dan juga Setiausaha Agung Umno, Tan
Sri Khalil Yaakob menjawat jawatan Menteri Besar Pahang. Pengagihan tanah itu dibuat hanya
dalam jangka masa satu tahun selepas permohonan dikemukakan. Sebenarnya, pembabitan
Tan Sri Vincent Tan dalam pemilikan tanah Pahang bukannya satu perkara baru. Dia
sedang memiliki Pulau Redang di Terengganu, Pulau Tioman di Pahang dan beberapa tapak
tanah lagi di negeri yang lain. Hubungan Tan Sri Vincent Tan dalam pemilikan tanah
ini adalah lebih menyeluruh lagi daripada insan Melayu yang lain. Malahan dia
terus menerima tawaran membuat projek besar-besaran yang memang tidak mampu
dilaksanakannya. Memang tidak ada satu projek pun yang telah berjaya
dilaksanakannya: IWK, Monorail, KL Linear City adalah di antara beberapa projek yang
tergendala itu. Hubung kait politik yang bertaraf keindividuan telah memberikannya
satu kuasa kekebalan daripada serangan kemuflisan. Pihak mahkamah pula memang
sentiasa menari mengikut irama rentaknya dan memusnahkan sesiapa sahaja yang tidak
disenanginya.
Pada satu ketika Perdana Menteri yang tidak lagi mengiktiraf
beliau sebagai seorang peniaga pilihan, telah bersedia melakukan upacara rasmi pembukaan
'Colmar tropicale' satu bandar baru yang berkonsepkan sebuah pekan kecil di
Peranchis. Bandar baru berkonsep itu telah dirancang di sebuah banjaran gunung di
luar Kuala Lumpur. Projek ini sebenarnya merupakan pilihan Perdana Menteri. Tan Sri
Vincent Tan telah menawarkan dirinya untuk membina pekan itu dengan harapan untuk membalun
projek sampingan darinya yang berharga berbilion ringgit lagi. Memang ramai peniaga
lain yang mencuba kaedah ini dan gagal segagalnya. Di Langkawi, terdapat Porto Malai yang
berkonsepkan Port Grimaux di Peranchis. Terdapat juga Wilayah Bertasik
yang dikenali sebagai Bolehland Lake District di tempat yang sama. Di situ juga ada satu
kampung buku yang mencontohi sebuah projek di Britain. Ada juga satu klinik mata
yang dikendalikan oleh pakar daripada Russia untuk mengubati penyakit mata. Dato' Seri,
Dr. Bahlolempangan Pek Khing telah membuat beberapa projek untuk memuaskan
hati Perdana Menteri. Sebagai ganjarannya dia diberikan peluang membina sebuah empangan
Hydro Bakun di Sarawak. Seperti yang dijangkakan, beliau telah menggunakan semua
syarikat yang disenaraikan di bursa saham yang di bawah kawalannya untuk mengambil
kontrak-kerja projek itu. Dia tidak kirakan samada syarikat itu semuanya tidak pun
mempunyai pengalaman dan kepakaran untuk melakukan kontrak itu. Projek itu
tergendala. Begitu juga beliau. Tetapi, Perdana Menteri masih mahu mengambil risiko
politik kalau dia terus memberikan projek besar kepada Tan Sri Vincent Tan.
Semua
peniaga besar ini telah menganyam hubungan perniagaan mereka dengan beberapa kontrak
perniagaan yang disimpai dengan pinjaman yang besar-besar. Mereka berlumba-lumba untuk
menubuhkan satu rangkaian niaga yang menjadi konglomerat dalam sekelip mata tanpa ada
sebarang inti perniagaan yang boleh dibanggakan. Mereka terus maju sambil diberikan
kerlipan cahaya hubung-kait politik. Sebagai contohnya, Tan Sri Vincent Tan bergiat
dalam perniagaan sewa-video, cuci-kereta, pembangunan harta, sekolah memandu, restoran
makanan segera. Di waktu yang sama dia terus berbangga melalak sebagai seorang
peniaga bertaraf antarabangsa yang tiada tolok bandingnya. Memang tidak ada sesiapa yang
mempercayainya. Semua peniaga ini pada asalnya melakukan kerja-kerja yang
berbagai-bagai daripada agen insuran, pemandu kenderaan, kerani, dan juru jual
kereta terpakai pernah mengalami masalah dalam usaha niaga mereka yang terbaru itu. Ketika
itu mereka merasakan terpaksa menggunakan pengalaman lama ketika sengkek dulu untuk
menyaman orang lain. Sedangkan mereka sepatutnya berusaha untuk membaik-pulih kemerosotan
niaga yang mereka hadapi. Inilah yang dilakukan oleh Tan Sri Vincent Tan, Tan Sri
Loy Hean Hong, Tan Sri Dato Seri Dr. Empangan tolol Ting, dan ramai lagi seperti mereka
itu. Tentu kita perasan betapa mereka semuanya menggunakan khidmat pemandu kereta
dan pengawal peribadi berbangsa Melayu. Kaedah ini memberikan gambaran betapa mereka
sengaja memperlekehkan salah satu sasaran Dasar Ekonomi Baru: budaya memberikan
identifikasi kepada sesuatu bangsa dan kaum terhadap sesuatu jenis pekerjaan.
Krisis
kewangan Malaysia muncul apabila para kroni menghadapi masalah kemuflisan. Lima
kroni berbangsa Melayu yang terunggul telah menanggung hutang lapuk bersama
dengan syarikat yang mereka kuasai berjumlah sekitar RM 50 bilion. Inilah hutang
yang tidak mampu mereka lunaskan. Lima kroni Cina yang terunggul pula (di mana Vincent Tan
mendahului semuanya dengan hutang bertapuk sekitar dua ribu juta ringgit) akan
menaikkan jumlah hutang lapuk itu ke angka RM 80 bilion. Senarai pemiutang itu
mempunyai tiga lagi peniaga. Mereka ini terdiri daripada Dato Seri Ling Liong Sik,
presiden MCA dan menteri pengangkutan, Tan Sri Francis Yeoh daripada YTL, Dr. Ling,
Tan Sri Lee Kim Yew, dan Tan Sri William Cheng. Begitulah atur-susunnya. Masyarakat
Melayu telah menuduh kelima-lima bahlol Cina ini sebagai penyebab kenapa
Perdana Menteri mempunyai masalah yang lebih daripada yang disangkakan. Dr. Mahathir
terpaksa menyisihkan para penyokong asalnya dengan terus membantu peniaga China
sedangkan sumbangan mereka yang sebenar kepada negara ini ialah dengan mencetuskan hutang
lapuk yang berbilion yang tidak mampu dibayar balik oleh lima keturunan mereka.
Sejak
30 tahun yang lalu, inilah perubahan dalam tahap persepsi orang Melayu. Tragedi Mei
1969 dulu merupakan satu ketegangan perkauman yang menyerang masyarakat Cina kelas
menengah dan kelas bawahan. Kali ini dijangkakan ketegangan kaum itu akan tertumpu ke arah
mereka yang telah memerah keistimewaan sistem pemerintahan dan menyumbang kepada krisis
kewangan negara. Semua ini tidak dapat diperbetulkan dengan cara menuntut kerugian
daripada tindakan menyaman para wartawan yang tidak berduit.
Diterjemahkan
oleh -MT-
|